Anda di halaman 1dari 55

GCI 1022 CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

(KRISIS KEWANGAN GLOBAL TAHUN 1996)


DISEDIAKAN OLEH,
LORETTA ANAK RON
PPISMP BAHASA IBAN 3
CABARAN DAN ISU SEMASA
DUNIA
SOALAN
Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada
krisis kewangan global pada tahun 1996 dan
apakah kesannya kepada ekonomi negara
Malaysia?.
KRISIS KEWANGAN GLOBAL
Dalam bidang perdagangan antarabangsa, konsep
globalisasi boleh diaplikasikan kepada
perkembangan semasa seperti krisis mata wang,
inflasi, sistem kewangan,dan imbangan perdagangan
yang menimbulkan implikasi dan dilema ke atas
negara membangun.
Kegawatan berikutan kejutan kejatuhan nilai mata
wang yang menimbulkan krisis baru ke atas
pembangunan di Asia dan Asia Tenggara memberi
kesan yang besar ke atas pelaburan, pertumbuhan
dan perkembangan ekonomi serta kemakmuran Asia
yang dilaung-laungkan selama ini.
Krisis yang melanda dan dialami oleh
negara-negara ASEAN pada dekad
kegemilangan dan kemakmuran yang
membawa kepada kemusnahan dan
kegawatan yang paling buruk dalam sejarah
perubahan pada abad ke-21 dikenali sebagai
Asean Miracle yang memerlukan negara-
negara Asia dan negara-negara membangun
mengatur agenda baru bagi mengatasi
kegawatan ekonomi serta membendung
kejatuhan nilai mata wang untuk mengelakkan
berlakunya penjajahan baru, kemiskinan dan
kemunduran (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000).
Andrew Crockett (1997) mentakrifkan ketidakstabilan
kewangan atau krisis kewangan sebagai keadaan
prestasi ekonomi boleh dilemahkan oleh turun naik
harga aset kewangan atau kemampuan pengantara
kewangan untuk memenuhi obligasi berkontrak mereka
menandakan kehadiran krisis kewangan di Malaysia
pada tahun 1998 akibat krisis kewangan Asia pada
tahun 1997.
Dari segi Indeks Komposit BSKL berada pada paras
300 mata pada Ogos 1998 berbanding Indeks Komposit
Kuala Lumpur pada paras 1,237.96 mata pada
Disember 1996. Manakala, Ringgit dinilai pada RM4.20
berbanding dengan Dolar Amerika iaitu penurunan
melebihi 40 peratus daripada tahun sebelumnya.
Negara- negara Barat dan kebanyakkan
jurnal telah menyalahkan kerajaan-kerajaan
Asia. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
misalnya telah mendakwa krisis itu timbul
kerana kurangnya ketelusan dan ketiadaan
muafakat politik-perniagaan di negara-negara
Asia.
Beberapa ahli ekonomi yang jujur dan
beberapa akhbar telah mengemukakan
pandangan mempertahankan Asia dan
menyifatkan kacau-bilau kewangan itu adalah
berpunca daripada sikap tidak menentu dan
kejahilan para pelabur dan penasihat-
penasihat mereka juga berpunca daripada
tindak-tanduk IMF yang tambah
memburukkan lagi keadaan.
SEJARAH KRISIS KEWANGAN ASIA
1997
 Sehingga 1996, Asia menarik hampir setengah dari aliran
modal negara membangun. Tetapi, Thailand, Indonesia dan
Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan
pemulihan kecepatan pertukaran ditambat menggalakkan
pinjaman luaran dan menyebabkan keketerbukaan yang
berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing
dalam sektor kewangan dan perusahaan.
 Pakar ekonomi telah berpendapat bahawa negara China
pada ekonomi nyata sebagai faktor penyumbang krisis.
China telah mula bersaing secara agresif dengan
pengeksport Asia lainnya terutama pada 1990, setelah
penerapan perubahan kepada berorientasikan eksport.
Yang paling penting, mata wang Thailand dan Indonesia
adalah berhubung erat dengan dolar, yang naik nilainya
pada 1990 an. Mengakibatkan para pengimport Barat
mencari pengeluar yang lebih murah dan menemukannya di
China yang nilai mata wangnya rendah berbanding dolar.
Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan
mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan
harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara.
Bermula dengan kejadian di Amerika Selatan,
pelabur Barat kehilangan kepercayaan terhadap
keamanan di Asia Timur dan mulai menarik
kembali wang pelaburan mereka.
THAILAND
 Dari 1985 ke 1995, Ekonomi Thailand mengalami
pertumbuhan rata-rata 9% setahun. Pada 14 Mei dan 15 Mei
1997, mata wang baht,mengalami serangan spekulasi besar.
Pada 30 Jun, Perdana Menteri Chavalit Yonchaiyudh berkata
bahwa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi
pemerintah Thailand akhirnya menambat mata wang tersebut
pada 2 Julai.
 Pada 1996, "dana hedge Amerika telah menjual $ 400 juta
mata wang Thai. Dari 1985 sampai 2 Julai 1997, baht
ditambat pada 25 kepada dolar. Baht jatuh menjunam dan
hilang setengah harganya. Baht jatuh ke titik terendah di 56
kepada dolar pada Januari 1998. Bursa saham Thailand jatuh
75% pada 1997. Finance One, perusahaan kewangan
Thailand terbesar muflis. Pada 11 Ogos, IMF membuka pakej
bantuan dengan lebih dari 16 juta dolar AS .Pada 20 Ogos
IMF menyetujui, pakej "bailout" sebesar 3.9 juta dolar
AS.kullakattachi
FILIPINA

 Bank Pusat Filipina menaikan suku bunga


sebesar 1.75% mata pada Mei dan 2% mata lagi
pada 19 Jun. Thailand mula dilanda krisis pada
2 Julai. Pada 3 Julai, bank Pusat Filipina
dipaksa untuk campurtangan secara besar-
besaran untuk menjaga Peso Filipina dengan
menaikkan suku bunga dari 15 % ke 24 %
dalam satu malam.
HONG KONG

 Pada Oktober 1997, dolar Hong Kong, yang ditambat 7.8


kepada dolar Amerika Syarikat (AS), mendapatkan
tekanan spekulatif kerana inflasi Hong Kong lebih tinggi
jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat selama
bertahun-tahun. Pejabat kewangan menghabiskan lebih
dari US$1 juta untuk mempertahankan mata wang
tempatanl.
 Meskipun adanya serangan spekulasi, Hong Kong masih
dapat mengatur mata wangnya ditambat ke dolar AS.
Bursa saham menjadi tidak stabil, di antara 20 sehingga
23 Oktober, Index Hang Seng menjunam 23%. Pada 15
Ogos 1997, suku bunga Hong Kong naik dari 8 % ke
23 % dalam satu malam.
KOREA SELATAN
 Korea Selatan adalah ekonomi terbesar ke-11 dunia. Dasar
makro ekonominya bagus namun sektor banknya dibebani
pinjaman. Hutang berlebihan menyebabkan kepada
kegagalan besar dan pengambil alihan. Contohnya, pada
Julai, pembuat kereta ketiga terbesar Korea, Kia Motors
meminta pinjaman darurat. Di awal penurunan pasaran Asia,
Moody's menurunkan rating kredit Korea Selatan dari A1 ke
A3 pada 28 November 1997, dan diturunkan lagi ke Baa2
pada 11 Disember.
 Bursa saham Seoul jatuh 4% pada 7 November 1997. Pada
8 November, jatuh 7%, penurunan terbesar yang pernah
tercatat di negara tersebut. Dan pada 24 November, saham
jatuh lagi 7,2 % kerana ketakutan IMF akan meminta reform
yang berat. Pada 1998, Hyundai Motor mengambil alih Kia
Motors.
MALAYSIA
 Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang
melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia
diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat
mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh
menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's
menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian,
agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank
terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham
Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak
1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan
kawalan "modal".
 Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu
sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran
menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP
negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi
Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis
ini dengan menolak bantuan IMF.
INDONESIA
 Pada 14 Ogos 1997, pertukaran floating teratur ditukar
dengan pertukaran floating-bebas. rupiah jatuh lebih dalam.
IMF datang dengan paket bantuan 23 miliar dolar, tapi rupiah
jatuh lebih dalam lagi kerana ketakutan dari hutang
perusahaan, penjualan rupiah, permintaan dolar yang kuat.
Rupiah dan Bursa Saham Jakarta menyentuh titik terendah
pada bulan Septemer. Moody's menurunkan hutang jangka
panjang Indonesia menjadi "junk bond".
 Pada 14 Ogos 1997, pertukaran floating teratur ditukar
dengan pertukaran floating-bebas. rupiah jatuh lebih dalam.
IMF datang dengan paket bantuan 23 miliar dolar, tapi rupiah
jatuh lebih dalam lagi kerana ketakutan dari hutang
perusahaan, penjualan rupiah, permintaan dolar yang kuat.
Rupiah dan Bursa Saham Jakarta menyentuh titik terendah
pada bulan Septemer. Moody's menurunkan hutang jangka
panjang Indonesia menjadi "junk bond".
SINGAPURA
 Ekonomi Singapura berhasil mengatur performa yang
relatif sihat dibandingkan dengan negara lain di Asia
selama dan setelah krisis kewangan, meskipun hubungan
erat dan ketergantungan ekonomi wilayah tetap membawa
kesan negatif terhadap ekonominya. Tetapi, secara
keseluruhan kemampuannya menghilangkan krisis
diperhatikan secara luas, dan meningkatkan penelitian
kebijakan fiskal Singapura sebagai pelajaran bagi negara
jirannya.
 Sebagai ekonomi terbuka, dolar Singapura terbuka
terhadap tekanan spekulatif seperti telah terjadi pada 1985.
Ekonomi sangat penting dalam keberlangsungan
Singapura sebagai negara merdeka, pemerintah
Singapura berhasil mengatur suku pertukaran mata
wangnya untuk menghindari potensi penyerangan
speklulatif.
AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN
 "Flu Asia" juga memberikan tekanan kepada Amerika
Syarikat dan Jepun. Eknomi mereka tidak hancur tetapi
terpukul kuat. Pada 27 Oktober 1997 Industri Dow Jones
jatuh 554-point, atau 72 %, kerana kecemasan ekonomi
Asia. Bursa Saham New York menunda sementara
perdagangan. Krisis ini menuju ke jatuhnya konsumsi dn
keyakinan mengeluarkan wang.
 Jepun terpengaruh kerana ekonominya berperan penting
di wilayah Asia. Negara-negara Asia biasanya
menjalankan defisit perdagangan dengan Jepun kerana
ekonomi Jepun dua kali lebih besar dari negara-negara
Asia lainnya bila dijumlahkan, dan tujuh kali lipat Cina.
Sekitar 40 % ekspor Jepun ke Asia. Pertumbuhan nyata
GDP memelan di 1997, dari 5 % ke 1,6 % dan turun
menjadi resesi pada 1998. Krisis Finansial Asia juga
menuntun ke kebangkrutan di Jepun.
LAOS

Laos terpengaruh ringan oleh krisis ini


dengan nilai tukar Kip dari 4700 ke 6000
terhadap satu dolar AS.
FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA KRISIS
KEWANGAN GLOBAL 1996
Menurut beberapa penggubal dasar dan penganalisis
di rantau ini, punca utama krisis kewangan 1996-1998
bukanlah kerana kelemahan ekonomi negara-negara
terbabit tetapi berpunca daripada faktor-faktor luaran
seperti naik-turun pasaran kewangan global.
Terdapat peranan spekulasi mata wang terutama
daripada dana-dana kewangan yang bergerak secara
rahsia dan mengawal wang yang sangat banyak. Mereka
sudahpun menjatuhkan bank-bank pusat (seperti Bank of
England pada 1992) sebelum krisis ekonomi menimpa
Asia.
 Pedagang mata wang merupakan orang yang
bertanggungjawab terhadap penurunan nilai mata
wang. Merekalah punca kegawatan mata wang dan
sedang berusaha mengakibatkan kemelesatan di
seluruh dunia (Mahathir Mohamad, 2003).
Kegawatan Ekonomi: Bagaimana kedudukan BSKL ?
Khususnya serangan mata wang yang dilakukan oleh
penyangak mata wang, George Soros pada
pertengahan tahun 1997. Ketika itu, Indeks
Komposit (IK) yang pernah mencecah paras tertinggi
melebihi 1300 mata pada awal tahun 1994 telah
mengalami kejatuhan yang berterusan hingga
mencecah paras 262.7 mata pada 1 September
1998.(Dewan Ekonomi, Februari 2002).
Raja pelabur, George Soros yang dikritik oleh
mantan Perdana menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad kerana dianggap memanipulasi mata
wang Asia Tenggara turut memberitahu radio
BBC bahawa spekulator mata wang sudah tidak
dapat dikawal lagi dan perlu dicegah bagi
menggelakkan berlakunya ketidakstabilan
ekonomi dunia (Khor Kok Peng, 2008).
Krisis ekonomi tahun 1997 juga disebabkan
sektor kewangan. Penarikan balik dana secara
mendadak oleh pengurus dana asing dan
kemudian diburukkan lagi oleh kekurangan
penyertaan pedagang saham tempatan.
GEORGE SOROS
KESAN-KESAN KRISIS KEWANGAN
KEPADA EKONOMI MALAYSIA

Krisis kewangan membawa kepada krisis ekonomi


Malaysia menjadi semakin jelas pada penghujung
tahun 1997 apabila ekonomi negara tumbuh pada
kadar yang jauh lebih rendah.
Kemerosotan ekonomi yang dialami ternyata amat
buruk berasaskan bandingan dengan keadaan setahun
lalu apabila ekonomi Malaysia merosot sebanyak 2.8
peratus dalam suku pertama 1998, 6.8 peratus dalam
suku kedua 1998, 8.6 peratus dalam suku tahun ketiga
1998, dan 8.1 peratus dalam suku tahun keempat
1998.
Akibatnya,KDNK Malaysia merosot sebanyak 6.7
peratus pada tahun 1998 berbanding
pertumbuhan 7.7 peratus pada tahun 1997.
Oleh itu, pendapatan per kapita Malaysia turun
sebanyak 1.8 peratus kepada RM11,835 pada
tahun 1998 (Malaysia, 1999).
Mengikut sektor pula, jumlah keluaran dalam
sektor peringkat pertama dan peringkat kedua
mengalami kejatuhan sepanjang tahun 1998,
manakala sektor peringkat ketiga mengalami
pertumbuhan yang kecil
 Sektor pembuatan yang menjadi pendorong utama
pertumbuhan ekonomi negara dan juga pembekal
peluang pekerjaan yang besar telah merosot sebanyak
10.2 peratus pada tahun 1998. Kemerosotan ini adalah
disebabkan kejatuhan permintaan dalam negeri dan
juga dari luar negara, khususnya dari negara rantau Asia
yang turut mengalami krisis kewangan dan ekonomi
yang teruk.
 Nilai tambah di sektor pembinaan mengalami
kemerosotan pada kadar yang tinggi pada tahun 1998,
iaitu sebanyak 24.5 peratus. Keluaran dalam sektor
pertanian juga mencatat kejatuhan sebanyak 4.0
peratus pada tahun 1998. Hanya sektor peringkat
ketiga, iaitu sektor perkhidmatan yang mengalami
pertumbuhan kecil sebanyak 1.5 peratus pada tahun
1999.
Kesan negatif yang dibawa oleh krisis kewangan
dan ekonomi sejak pertengahan tahun 1997
menjejas kehidupan rakyat negara ini melalui
beberapa cara:
Data rasmi menunjukkan bahawa bilangan
pekerja yang diberhentikan di Malaysia
sepanjang tahun 1998 mencapai angka 83, 865
atau 1 peratus daripada jumlah guna tenaga.
Perkembangan ini telah meningkatkan bilangan
penggangur di Malaysia daripada 229, 700 pada
tahun 1997 kepada 444, 200 orang pada tahun
1998, manakala kadar pengganguran meningkat
daripada 2.7 peratus kepada 3.9 peratus dalam
tempoh yang sama (Bank Negara, 1999)
Kejatuhan besar nilai ringgit mengakibatkan
harga barang-barang import, termasuk barang
makanan asasi meningkat daripada 2.7 peratus
pada tahun 1997 kepada 4.9 peratus pada tahun
1998 dengan indeks bagi komponen makanan
meningkat pada kadar yang lebih tinggi iaitu 8.9
peratus (Bank Negara, 1999).
Hal ini bermakna penduduk di negara-negara
ini, termasuk golongan miskin, menerima dua
pukulan hebat daripada krisis yang berlaku. Di
satu pihak, sebahagian mereka kehilangan
pendapatan ataupun kurang pendapatan. Di
pihak lain, mereka dibebankan dengan kenaikan
kos hidup akibat kenaikan harga barang yang
tinggi.
Pihak pemerintah di Malaysia terpaksa
mengurangkan peruntukkan perbelanjaan untuk
usaha membasmi kemiskinan pada peringkat
awal berlakunya krisis kewangan dan ekonomi
yang dihadapi.
Mengikut satu anggaran, kadar kemiskinan di
Malaysia dijangka akan meningkat daripada 6.8
peratus pada tahun 1987 kepada 8.5 peratus
pada tahun 1998(ucapan Belanjawan 2000 yang
dibentangkan oleh Y.B Tun Daim Zainuddin di
Dewan Rakyat pada 25 Februari 2000), manakala
bilangan rumah miskin dianggarkan meningkat
daripada 346 000 kepada 448 000 dalam
tempoh yang sama.
 Berdasarkan anggaran itu juga, peratus isi rumah
termiskin di seluruh negara didapati meningkat
daripada 1.4 peratus kepada 1.9 peratus dalam tempoh
tersebut. Hal ini bermakna bilangan isi rumah termiskin
meningkat semula daripada 70,300 orang kepada 98,
465 orang (menurut Noraini Othman dan Sumit K.
Mandal, 2000).
 Di Malaysia, kejatuhan mata wang dan saham juga
turut berlaku. Akibatnya, banyak syarikat terpaksa
ditutup dan ramai yang hilang pekerjaan atau mata
pencarian. Harga barang-barang keperluan pula naik
secara mendadak menyebabkan masyarakat, terutama
yang berpendapatan rendah mengeluh kesal.(Khor Kok
Peng, 2008).
 Pengeluaran ouput adalah rendah di semua sektor yang
utama dan perbelanjaan pengguna juga adalah lemah.
Projek infrastruktur yang besar yang berjumlah lebih
daripada RM60 billion seperti Bakun hydro-electric dam,
Northern Region International Airport, Highland Highway
dan Kuala Lumpur Linear City terpaksa ditangguhkan
.Bawah pengukuran belanjawan yang ketat, menteri-
menteri dan pegawai kerajaan menghadapi potongan
gaji.
 Dari segi Imbangan Pembayaran, kejatuhan nilai Ringgit
meningkatkan jumlah eksport dan mengurangkan jumlah
import. Secara tidak langsungnya, ia mengurangkan saiz
defisit dalam akaun semasa. Bagi sesetengah produk
seperti minyak petroleum yang diniagakan dalam nilai
US dollar, kita menampakkan satu peningkatan yang
mendadak dalam hasil pendapatan negara dalam nilai
Ringgit.
 Tahun 1998 memperlihatkan kesan krisis
ke atas ekonomi Malaysia. Pertumbuhan
KDNK merosot dari sekitar 7 peratus pada
tahun 1997 kepada sekitar negatif 7
peratus pada tahun 1998.
Ekonomi negara berada dalam kedudukan
yang lemah memandangkan sektor
korporat mengalami kesukaran dalam
mendapatkan kredit dan pada masa yang
sama mengalami peningkatan hutang
yang semakin tinggi.
 Sebahagian besar daripada barangan eksport
Malaysia terdiri daripada barang industri dan ia
telah menyumbang kepada 80 peratus daripada
jumlah eksport negara. Bagaimanapun, faedah
yang dinikmati daripada barangan eksport ini
adalah terhad walaupun nilai Ringgit adalah
rendah.
 Skel pengeluaran yang sederhana menyebabkan
banyak firma mengambil kesempatan yang ada
untuk meningkatkan outputnya dan dieksport
walaupun mereka telah beroperasi pada tahap
yang sepenuhnya.
Selepas serangan mata wang negara Thailand
pada 8 Julai 1997, Malaysia pula diserang oleh
penyangak mata wang yang membawa kepada
jualan menyeluruh di pasaran saham dan
pasaran tukaran wang konteks KLSE menjunam
dari 1200 mata kepada paras di bawah 600
mata, nilai ringgit merosot sebanyak 50%
daripada RM2.50 kepada RM4.10 bagi setiap
dolar.
Perdana menteri pada 2 September 1998
mengambil keputusan mengadakan kawalan
modal dan menetapkan nilai ringgit pada
RM3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat.(Jomo
K.S, 2010). Hal ini merupakan satu langkah yang
berisiko dan menerima kritikan dari pemimpin
dunia.
Mengikut Jomo K.S (2010) lebih RM30 bilion
jumlah bersih pelaburan portfolio yang
mengalir keluar pada suku ketiga tahun 1997,
iaitu lebih banyak daripada aliran masuk bersih
dari tahun 1995 yang bersamaan dengan
hamper satu per lima daripada KNK/GNP
tahunan.
kebanjiran keluar ini termasuklah RM21.6
billion saham dan sekuriti koporat serta RM8.8
bilion instrumen pasaran kewangan hanya
dalam tempoh suku tahun, iaitu dari bulan Julai
ke September 1997, sejumlah RM16 bilion
pelaburan portfolio bersih telah meninggalkan
negara ini.
Pengalaman Malaysia sebenarnya menunjukkan
kelemahan yang sangat menyerlah kerana
pengantunganya kepada pasaran modal.
Akibatnya, ekonomi Malaysia menjadi tawanan
kepada kekuatan pelabur portfolio
antarabangsa.
Dalam hal ini, Malaysia tidak terkecuali merasai
halangannya. Nilai RM yang berlegar sekitar
RM2.60 bagi setiap Dolar Amerika antara tahun
1990 hingga awal tahun 1997 telah menjunam
sehingga RM4.88 pada pertengahan tahun
1998(Dewan Ekonomi, April 2007).
 Namun begitu, Malaysia bernasib baik kerana asas
ekonomi yang mantap dan mampu mengelak
daripada meminta bantuan IMF. Setelah ditambah
pada RM3.80 bagi setiap Dolar AS pada September
1998, sistem tambatan ini akhirnya telah
dimansuhkan pada tahun 2005 bagi membolehkan
Ringgit Malaysia(RM) bergerak berasaskan kuasa
pasaran, nilainya telah meningkat secara sedikit
daripada RM3.80 pada 21 Julai 2005 kepada RM3.49
pada pertengahan Januari 2007.(Dewan Ekonomi,
April 2007). Kini, nilai RM berlegar sekitar RM3.21
berbanding Dolar AS sehingga Mei 2014.(Sin Chew
Daily, 30 Mei 2014).
Dalam tempoh krisis 1997-1998, keadaan
ekonomi Malaysia tidaklah seburuk ekonomi
negara-negara jiran kerana kerajaan telah
mengambil langkah mengehadkan pinjaman
asing dan mengadakan peraturan dan
pengawalan yang ketat ke atas perbankan
menyebabkan perbankan negara tidak terjejas
teruk. Dalam kalangan negara yang mengalami
krisis kewangan Malaysia merupakan negara
yang terpantas pulih daripada krisis kewangan
tanpa bantuan IMF. Langkah bijak Malaysia
menjalankan kawalan modal akhirnya mendapat
pujian daripada pemimpin dunia dan IMF.
USAHA MENGATASI KRISIS EKONOMI GLOBAL:
Krisis kewangan global yang berlaku pastinya
menimbulkan kebimbangan di kalangan
rakyat memandangkan Malaysia tidak
terkecuali daripada menerima tempiasnya.
Kesannya kepada ekonomi negara akan
menyebabkan rakyat terpaksa menanggung
beban daripada beberapa segi antaranya,
kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga
barang, penutupan kilang dan pemberhentian
pekerja yang akan meningkatkan kadar
pengangguran.
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan
dalam menanggani masalah ini. Dalam usaha
memerangi inflasi dan menstabilkan harga,
langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan
boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
langkah-langkah fiskal, kewangan dan
pentadbiran.
Melalui langkah fiskal dan kewangan, kerajaan
mengambil langkah mengawal cukai bagi
barangan tertentu termasuk makanan.
Sementara melalui langkah kewangan pula,
kerajaan akan mengamalkan dasar kewangan
yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi
stabil.
Melalui langkah-langkah pentadbiran pula,
kerajaan mengambil beberapa pendekatan,
antaranya memperbaiki sistem pengangkutan
dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.
Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan
yang lebih sihat antara industri untuk
menghasilkan produktiviti yang tinggi,
permodenan teknologi dan daya saing industri
dari segi harga produk. Begitu juga dengan sistem
pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari
semasa ke semasa bagi memastikan
pengangkutan barangan dan perkhidmatan
menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT,
lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-
usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan,
kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti
Langkah mengurangkan harga barang
• Kerajaan telah mengambil langkah mengurangkan
harga barang keperluan seperti petrol dan beras
selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia.
Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan
tertentu seperti nelayan kerana bertujuan
mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak
langsung harga ikan di pasar-pasar. Harga lantai
petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang
kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan
disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej
rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan
kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.
Bajet mengembang
• Kerajaan juga mengamalkan bajet
mengembang (expansionary) dan bukannya
menguncup demi untuk memasukkan duit ke
dalam poket rakyat. Walaupun terpaksa
berbelanja melebihi pendapatan dan
menaikkan defisit kepada 4.8 peratus,
kerajaan melakukannya kerana ia terbaik
untuk negara dan rakyat. Menteri Kewangan
Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit
tinggi tidak menjadi masalah kepada negara.
Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah
mencapai 5.5 peratus.
Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja
diberhenti
Kerajaan mengambil langkah awal
menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi
menghadapi masalah pemberhentian pekerja
oleh majikan di negara ini berikutan krisis
ekonomi global. Dua jawatankuasa itu ialah
Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan
Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang
Diberhentikan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S
Subramaniam, berkata Jawatankuasa
Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan
satu garis panduan berhubung pengurusan
pemberhentian pekerja dan langkah yang
perlu diambil oleh majikan sewaktu berdepan
dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis
panduan itu akan disediakan sebelum
Disember ini dan selain memantau keadaan
ekonomi, mereka juga akan membantu
mencari pekerjaan bagi pekerja yang
diberhentikan kerja tanpa mengira bidang.
Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang
Diberhentikan akan berperanan untuk
menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka
beberapa program bagi melatih semula
pekerja yang diberhantikan. Latihan akan
diberikan menerusia Perbadanan Sumber
Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan
RM5 juta dan usaha memohon peruntukan
tambahan daripada Kementerian Kewangan
sedang diusahakan.
Meningkatkan kemahiran bekerja menerusi
latihan semula
Kerajaan akan mempertingkatkan kemahiran
kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil
dan sederhana menerusi latihan semula bagi
membolehkan industri berkenaan bersaing di
pasaran lebih besar dan berdikari. Datuk Dr S.
Subramaniam berkata, latihan semula itu yang
akan diberikan dan dibiayai oleh Tabung
Pembangunan Sumber Manusia.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
menggariskan enam langkah proaktif yang
perlu digerakkan semua agensi dan
kementerian bagi mengelakkan negara
terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi
terutama tahun depan yang membawa
kegelisahan rakyat.
Keenam-enam langkah proaktif yang perlu
dilaksanakan semua agensi dan kementerian
adalah seperti berikut:
Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan.
Ini bererti segala kepakaran ilmu dan
pengkhususan yang berkaitan pengurusan
ekonomi dan kewangan negara harus
diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan
membuat keputusan-keputusan yang tepat
dan kena pada tempat serta masanya.
Perlu menambah tahap efisien daripada
peringkat paling asas kepada yang lebih
canggih. Dalam konteks ini, Kementerian
Kewangan sebagai agensi pusat juga
memberikan khidmat kepada agensi-agensi
lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan
sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya,
maka tahap efisien ini akan tercapai.
Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini,
semua pihak perlu mencerna idea yang lebih
inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya,
mereka tidak boleh lagi memakai cara lama
dalam persekitaran sekarang.
 Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini,
semua pihak perlu mencerna idea yang lebih
inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya,
mereka tidak boleh lagi memakai cara lama
dalam persekitaran sekarang.
Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang
dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan
yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus.
Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya
berlandaskan faktor penghasilan kerja.
Perlu memastikan setiap produk dan
perkhidmatan yang dihasilkan termasuk
dibelanjakan benar-benar membawa nilai
ringgit kepada kerajaan.
Hindari rasuah dan terus berpegang kepada
nilai-nilai integriti.
RUMUSAN

krisis kewangan global 1996 dipengaruhi


oleh faktor:
Naik turun pasaran kewangan global
Penurunan nilai mata wang.
Peranan spekulasi mata wang terutama
daripada dana-dana kewangan yang
bergerak secara rahsia dan mengawal
wang yang sangat banyak.
Serangan mata wang yang dilakukan oleh
penyangak mata wang.
Sektor kewangan
 Krisis kewangan global telah meninggalkan
beberapa kesan terhadap ekonomi Malaysia:
 Kemorosotan ekonomi yang ketara.
 KDNK Malaysia merosot.
 Kejatuhan besar nilai ringgit.
 Kejatuhan mata wang dan saham.
 Ekonomi negara dalam kedudukan yang lemah.
 Menjejaskan kehidupan rakyat.
 Menteri-menteri dan pegawai kerajaan
menghadapi potongan gaji.
SOALAN(SETIAP SOALAN
MENGANDUNGI 5 MARKAH)
1. Pada pendapat anda, apakah yang anda faham
tentang krisis kewangan global pada tahun
1996?.Jelaskan.
2. Secara ringkas, huraikan faktor-faktor yang
membawa kepada krisis kewangan global
1996?.
3. Nyatakan dan berikan huraian kesan-kesan
krisis kewangan global pada tahun 1996 kepada
ekonomi negara Malaysia?.
4. Siapakah penyangak mata wang pada tahun
1996?Mengapakah beliau dianggap sebegitu?.
5. Sekiranya anda pemimpin negara pada masa
itu, apakah inisiatif yang anda lakukan untuk
menangani krisis kewangan global ?.
RUJUKAN

 Buku Cabaran dan Isu Semasa Dunia.


 Laman Web:
http://www.harwaimun.com/kesan_malaysia.html
 Laman Web:
ttps://ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_Kewangan_Asia
_1997