Anda di halaman 1dari 23

• Etika profesional ialah satu sistem nilai

(norma) khusus bagi golongan


profesional. Nilai dikaitkan dengan
tingkahlaku yang sepatutnya diamalkan
oleh golongan profesional dan kriteria-
kriteria yang sepatutnya digunakan untuk
menilai tingkahlaku tersebut.
• Nilai merujuk kepada sesuatu yang diingini
mengenai apa yang dianggap sebagai baik atau
buruk dan menuju kepada sesuatu matlamat.
• Etika profesional agak berbeza daripada nilai-
nilai biasa. Ia tidak memberikan tumpuan kepada
semua nilai yang diamalkan oleh seseorang
profesional sebagai manusia biasa, ia hanya
menekankan nilai yang berkaitan dengan
tingkahlakunya sebagai seorang profesional.
Nilai

Manusia
Profesional
Biasa
• Jelasnya etika profesional agak berbeza
daripada nilai-nilai biasa.
• Oleh itu, timbul 3 persoalan pokok tentang
nilai etika profesional:
1. Bagaimana nilai justifikasi?
2. Bagaimanakah nilai profesional dapat dikaitkan
dengan nilai biasa?
3. Apakah nilai-nilai tersebut?
1. Sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang
konsisten dan kukuh bagi seseorang individu
atau masyarakat untuk bertindak supaya
tindakan mereka adalah baik, betul atau boleh
diterima.
2. “… piawai atau kriteria yang digunakan bagi
menentukan sesuatu pilihan apabila seseorang
itu berhadapan dengan keadaan di mana ia
mempunyai pelbagai pilihan” (Abdul Latif Mohd
Ibrahim, 2004:51).
3. Sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan
untuk menyelesaikan konflik moral.
• Nilai profesional merujuk kepada obligasi
(tanggungjawab). Obligasi digunakan sebagai satu
cara untuk menentukan satu-satu nilai iaitu apa
yang betul atau apa yang salah untuk dilakukan.

• Nilai yang menggambarkan obligasi dibahagikan


kepada 3 jenis:
1. Standard
2. Prinsip
3. Peraturan
• Digunakan untuk menilai sama ada seseorang
itu baik atau buruk. Standard sahaja tidak
mempunyai sebarang nilai, ia perlu ditentukan.
Antara nilai-nilai yang dilaksanakan ialah
kecekapan, kesetiaan, kejujuran, ketekunan dan
STANDARD kebijaksanaan.
• Nilai prinsip menerangkan tentang
tanggungjawab-tanggungjawab bukan
sahaja menentukan tingkahlaku dan
tindakan, tetapi juga memberikan ruang
kepada profesional untuk menggunakan
budi bicara dan penilaiannya sendiri.
• Pegangan prinsip seseorang jurutera
PRINSIP ialah bertanggungjawab atas
keselamatan apa yang direka bentuknya
dan terpulanglah penilaiannya
mengenalpasti dan memilih kaedah
yang sesuai mengikut penilaiannya.
• Di sinilah kebijaksanaan dan
penilaiannya membezakan daripada
orang lain.
• Peraturan menentukan tugas dan tingkahlaku
tertentu yang perlu dilakukan oleh seseorang
profesional.
• Peraturan mengawal seseorang profesional itu
bertindak atau menggunakan budi bicaranya
sendiri dengan sesuka hati.
PERATURAN
• Sebarang tindakan individu sama ada beretika
atau tidak beretika dipengaruhi oleh interaksi
beberapa faktor yang kompleks. Tahap kesedaran
etika profesional dipengaruhi oleh faktor-faktor
berikut:
1. Peringkat perkembangan moral
2. Ciri-ciri individu
3. Struktur organisasi
4. Budaya organisasi
5. Isu kritikal
Kekuatan ego
Ciri-ciri Lokus kawalan
individu dalaman
Lokus kawalan
Lokus kawalan
luaran

• Dua faktor personaliti iaitu kekuatan ego dan lokus kawalan


mempengaruhi tingkahlaku baik dan buruk individu.
• Kekuatan ego merujuk kepada kekuatan keyakinan
seseorang. Individu yang mempunyai kekuatan ego yang
tinggi akan sentiasa merasakan apa yang dilakukannya
adalah betul.
• Lokus kawalan bermaksud ciri-ciri personaliti yang
mengukur darjah kepercayaan seseorang tentang
kebolehan dan keyakinan yang menentukan nasib dirinya
sendiri.
• Individu yang mempunyai lokus kawalan
dalaman mempercayai bahawa apa yang berlaku
pada dirinya disebabkan oleh dirinya sendiri.
Mereka sendiri yang akan mengawal dan
menentukan untung nasib diri mereka. Sekiranya
mereka berjaya dalam kehidupan mereka itu,
semua berpunca daripada usaha dan kegigihan
mereka sendiri
• Individu yang mempunyai lokus kawalan luaran
pula mempercayai faktor luaran mempengaruhi
apa yang berlaku pada diri mereka. Kejayaan atau
kegagalan kehidupan mereka berpunca dari
faktor-faktor di luar diri mereka seperti nasib,
takdir dsb.
• Dari perspektif etika, seseorang yang
mempunyai lokus kawalan luaran akan
mengambil sikap kurang bertanggungjawab
terhadap akibat-akibat daripada tindakannya
dan lebih bergantung kepada tekanan luaran.
Sebaliknya, seseorang yang mempunyai sifat
lokus kawalan dalaman akan mengambil
tanggungjawab sepenuhnya atas semua akibat
daripada tindakannya, dan bergantung
sepenuhnya kepada kepercayaan piawai
tentang apa yang dikatakan benar atau salah.
LOKUS KAWALAN LOKUS KAWALAN
DALAMAN LUARAN

Percaya apa yang


Percaya apa yang
berlaku kerana
berlaku kerana diri
persekitaran dan
sendiri
takdir

Sangat Kurang
bertanggungjawab bertanggungjawab
• Struktur organisasi dapat membantu
perlakuan beretika di kalangan profesional.
Peraturan, polisi, deskripsi kerja dan kod
etika dapat dijadikan panduan ke arah
perlakuan yang konsisten dan tidak melanggar
etika dalam profesion mereka. Selain daripada
itu, pengaruh pegawai atasan juga
mempengaruhi perlakuan beretika atau
sebaliknya bagi individu.

“ ke p im p in a n m e la lu i te la d a n ”
• Budaya organisasi merujuk kepada nilai, norma
dan peraturan yang diterima dan dikongsi
bersama oleh ahli organisasi.
• Kesemua ini mencorakkan tingkahlaku ahli
organisasi. Kandungan dan kekuatan budaya
organisasi mempengaruhi tingkahlaku yang
beretika di kalangan ahli organisasi.
• Budaya organisasi yang berasaskan kepada piawai
etika yang tinggi boleh menjadi penggerak dan
pengaruh yang positif kepada amalan tingkahlaku
yang beretika di kalangan profesional.
• Isu kritikal ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
1. Sebesar manakah kemudaratan (atau faedah)
terhadap mangsa (atau penerima faedah) akibat
daripada tindakan etika itu?
2. Sebanyak manakah persetujuan yang diberikan
untuk mengatakan bahawa tindakan itu salah (atau
betul)?
3. Adakah kemungkinan untuk menjangkakan yang
satu-satu tindakan itu berlaku dan benar-benar
dapat mendatangkan keburukan (atau kebaikan)?
4. Berapakah jangka masa antara satu-satu
tindakan dengan akibat yang dijangkakan?
5. Seteruk manakah kesan tindakan etika itu
terhadap mereka yang terlibat?
6. Serapat manakah perasaan dan hubungan
kita (dari segi sosial, psikologi dan fizikal)
dengan mangsa (atau penerima faedah)
akibat daripada tindakan yang salah (atau
betul)?
• Mengikut panduan ini, semakin ramai yang
menerima kemudaratan, semakin banyak
persetujuan yang mengatakan sesuatu
tindakan itu adalah salah.
• Semakin besar kemungkinan tindakan itu
berlaku dan sebenarnya boleh mendatangkan
kemudaratan, semakin cepatlah akibatnya
terjadi dan semakin rapat hubungan dengan si
Mangsa semakin kritikallah isu tersebut.
• Kesedaran ini mendorong profesional untuk
sentiasa melakukan tindakan yang beretika.