Anda di halaman 1dari 24

TERAPI KANAK-KANAK

“INTERVENSI KAUNSELING
KANAK-KANAK”

Terapi Seni
PENGENALAN
• Terapi Seni menjadi satu profesion bermula pada tahun
1930.
• Ia menggambarkan sebagai alat komunikasi dan
ekspresi secara visual
• Terapi Seni juga memberi peluang kepada klien
mencapai tumbesaran personal melalui kesedaran diri
untuk menerokai konflik emosi yang tiada penyelesaian
(Florida Art, 1998).
• Terapi Seni adalah salah satu
permainan yang digunakan oleh
ahli profesional dan kaunselor dalam
menyelam emosi dan tingkah laku
klien
DEFINISI TERAPI SENI
• Profesion perkhidmatan kemanusian yang
mempergunakan media seni, imej, proses
kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit
untuk menghasilkan produk sebagai
mencerminkan perkembangan individu,
kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan
pertelingkahan.
KONSEP TERAPI SENI
• Bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam
menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidi
kan Seni Visual.
• Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan E
mosi dan tekanan dalam menghadapi Proses pengajaran da
n pembelajaran
• Satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.
• Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau
binaan membantu minda mereka memberi tumpuan pada
hasil seni.
• Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka
mengawal kecelaruan dalam minda.
• Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki
fizikal, mental dan emosi pesakit.
KONSEP TERAPI SENI
• Merupakan bentuk kualiti pemulihan
berdasarkan penggunaan bahan atau media
seni dalam proses perkembangan serta
kesedaran kendiri.
• Merupakan proses mereka cipta seni sebagai
tambahan kepada kata-kata dalam mentafsir
dan menerangkan celik akal ke arah
perkembangan dan kesedaran kendiri.
SEJARAH TERAPI SENI
• Wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya
adalah sejak kurun kemunculan manusia dari
zaman dahulu kala
• Zaman pra-sejarah dengan imej haiwan di gua-
gua, simbol yang estetik menghiasi keranda
masyarakat Mesir serta lukisan-lukisan erotik
yang wujud pada zaman roman dan corak-corak
dekor yang diguna pakai pada baju-baju besi
pahlawan Gladiator sebagai perlindungan
OBJEKTIF TERAPI SENI
1.Memahami serta menyatakan perasaan
pentingnya bermain bagi kanak-kanak
2. Mendedahkan pendekatan terapi seni kepada
klien.
3. Klien menyelami masalah yang dialami dan
meneroka melalui seni kreatif dan kebolehannya.
4. Membantu klien meluahkan perasaan
berdasarkan seni lukisan.
5. Seni kreatif dan kebolehan dalam terapi seni
salah satu aktiviti dalam menjalankan seni
kaunseling.
KEPENTINGAN TERAPI SENI

1. Menyelesaikan semula konflik perasaan.


2. Meningkatkan kesedaran diri dan keyakinan.
3. Membangunkan kemahiran sosial.
4. Mengubah kelakuan.
5. Meningkatkan kefahaman kemahiran.
6. Membangunkan strategi menyelesaikan
masalah.
MENGAPA GUNA TERAPI SENI
1. Tidak bergantung kepada bahasa atau kemahiran lisan
2. Menyediakan kebolehan pencapaian untuk kanak-
kanak dan yang tidak berupaya.
3. Menawarkan peluang untuk memiliki pengalaman
dalam cara yang terkawal.
4. Fokus penemuan untuk sesuatu aktiviti, menghalang
pencerobohan pemikiran.
5. Menggalakkan pemikiran kreatif dan dalam
persekitran yang selamat
6. Mengurangkan pencerobohan dan kemampuan untuk
mengelakkan emosi yang kuat dengan selamat
7. Melukis adalah seni yang menyeronokkan.
JENIS TERAPI SENI

1. Terapi Seni berfungsi


sebagai rawatan
2. Terapi Seni berfungsi
sebagai diagnosis
TERAPI SENI SEBAGAI RAWATAN
• Klien menggambarkan sesuatu hasil lakaran atau
ciptaannya berdasarkan perasaan,mimpi yang
dialami, ingatan terhadap sesuatu perkara, idea
atau hasil desakan dalaman klien untuk melukis
sesuatu lakaran.
• Klien boleh menggunakan tanah liat atau cat bagi
menggambarkan sesuatu yang dialami dalam
bentuk-bentuk fizikal
• Klien menggunakan kreativiti untuk meluahkan
perasaan secara selamat tanpa menggunakan
perkataan.
PROSUDER TERAPI SENI
• Persekitaran yang selamat dan tidak mengancam klien
meluahkan perasaan.
• Klien diberi galakan mempelajari dan menguasai diri
melalui penerokaan kendiri terhadap hasil seni.
• Kerja seni dilakukan secara spontan dan dijalankan
dibawah panduan ahli terapi seni
• Klien dapat menghadapi isu-isu yang rumit dan
menyampaikan mesej secara lebih jelas dan selamat.
• Hasil ciptaan seni klien merupakan satu rekod peristiwa
yang terlukis bagi klien membuat refleksi dan akhirnya
dapat meningkatkan kefahaman yang lebih jelas.
TERAPI SENI SEBAGAI DIAGNOSIS

• Ahli terapi perlu bersedia menemani klien yang


tidak sedar dengan perjalanannya.
• Ketidaksedaran klien perlu dipulihkan dalam
memberi bantuan kepada klien.
• Oleh itu, ahli terapi sentiasa membuat persediaan
supaya tidak berlaku perkara yang boleh
memberi bebanan atau tekanan kepada klien.
KLIEN YANG MEMERLUKAN TERAPI
SENI
• Orang perseorangan atau berkumpulan yang
memerlukan, terdiri sama ada kanak-kanak,
remaja, orang dewasa lelaki dan perempuan.

• Sesuai bagi mereka yang menghadapi


kebimbangan, kerungsingan, kemurungan,
pengabaian atau trauma dalam kehidupan.
BAHAN/MEDIA SENI YANG
DIGUNAKAN
Pensil, pemadan, Krayon, pastel, craypas, marker
Cat Tempera, Warna Air, Cat Arcylic (Akrilik),
Cat Jari dan Tanah Liat
PETUNJUK YANG PERLU DILIHAT
DALAM SESEBUAH GAMBAR

1. Apa yang ganjil


2. Halangan
3. Apa yang hilang
4. Apa yang penting
5. Saiz
6. Bentuk yang berlainan
7. Objek berulang
PETUNJUK YANG PERLU DILIHAT
DALAM SESEBUAH GAMBAR
8. Mengandungi perspektif
9. Empati terhadap gambar
10. Tona warna (corak)
11. Membandingkan dunia
sekeliling
12. Melukis di luar musim
13. Sambungan kuasa
14. Lukis semula
15. Lukisan yang terpadam
TEKNIK DAN KAEDAH TERAPI SENI
Lukisan
Lukisan batik
Seni Catan Minyak
Membuat topeng (masks)
Bentuk2 dengan tanah liat
seperti seni tembikar
Seni arca (pasir, kayu)
MENTAFSIR WARNA (Greg M.Furth 1988)
• Merah – masalah yang berat, emosi yang
mendalam, bahaya atau sakit
• Pink – masalah atau kesakitan yang berkurangan
• Ungu – kawalan atau sokongan, spiritual dan
kekuasaan
• Oren – kekurangan tenaga atau terselamat dari
situasi yang menekan
• Kuning Emas – spiritual dan sesuatu
yang bernilai
• Biru Terang – sihat, hidup dan
bertenaga
• Biru Muda – jarak dan berjauhan
• Hijau Tua – ego dan fizikal yang sihat, berkembang,
kehidupan baru atau proses penyembuhan.
• Hijau Muda – psikologi dan fizikal yang lemah,
pemulihan melalui rawatan
• Coklat Muda – alam semula jadi dan sihat
• Coklat Tua – situasi berjauhan ke arah pemulihan
kesihatan
• Hitam – tidak diketahui atau ketakutan
• Putih – penekanan perasaan
(Jika keseluruhan warna telah digunakan
menggambarkan kehidupan yang sempurna)
KESIMPULAN
• “Kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat
umur mempunyai kebolehan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui
permainan dan seni. Merkea juga mempunyai
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk
mencerminkan diri mereka dan untuk
mencipta idea baru yang menuju kepada
kebaikan”
(Dyer – Friedman & Sanders, 1997; Rubin 1978)

Anda mungkin juga menyukai