Anda di halaman 1dari 85

Pengenalan Kesusasteraan

Melayu
Definisi Kesusasteraan

Ali Ahmad (1994)"sastera berasal daripada


bahasa Sanskrita castra, yang disebut
syastra, yang bererti kitab suci”.
Susastera memberi erti seni sastera atau seni
bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan
persuratan. Tambahan ke di awal dan an di
akhir kata susastera menyimpulkan maksud
yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang
bersifat halus dan indah.
Definisi Kesusasteraan
Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu
adalah "Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia
mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang
ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula
memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya
pengucapannya.
Definisi Kesusasteraan
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan
merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan
yang membawa unsur-unsur cereka dan
disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai
perkataan.
Fungsi Kesusasteraan

 Pendidikan/Pengajaran/Didaktik (mengajar)
 Kepuasan Estetik.
Pendidikan / Pengajaran / Didaktik

Pendidikan: kisah-kisah yang ditulis oleh mereka


yang terangkum didalamnya pelbagai bidang
ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
Fungsi Kesusasteraan

Kepuasan estetik.

Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik


adalah falsafah keindahan yang sudah bermula
sejak zaman Greek, yang dimulai oleh Socrates.
Fungsi Kesusasteraan
Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam
Glosari Mini Kesusasteraan sebagai "Kajian atau
sains tentang keindahan dalam sastera atau seni
lainnya”.
Fungsi Kesusasteraan

Kepuasan estetik
Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai
apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita
yang dapat menyentuh perasaannya dan juga
pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-
aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula,
dengan membaca karya yang mempamerkan
keindahan akan merasa satu kepuasan yang
tidak dapat digambarkan dalam dirinya.
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
 Lisan
 Tulisan
 Kreatif
 Bukan Kreatif
 Estetik
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
1. Lisan

Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah


Lisan. Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah
atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan
bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu
disampaikan secara lisan ataupun mediumnya
adalah kata-kata ataupun pertuturan.
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
1. Lisan
 Para sasterawan zaman tradisional, oleh
sebab tidak mempunyai alat tulis, mereka
menurunkan pula karya-karya mereka
kepada anak cucu, saudara dan sahabat
handai secara lisan agar ciptaan mereka itu
tidak hilang begitu sahaja.
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
Tulisan
Apabila masyarakat Melayu mula
menerima pengaruh Islam, mereka telah
menerima juga bersama-sama sistem
tulisan. Maka berlakulah satu perubahan
besar dalam penghasilan karya
kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan
kepada tulisan.
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
 Tulisan
 Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah
kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan
bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.
Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan
kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karya-karya
kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya
kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan
penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak
golongan istana.
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
 Kreatif
 Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif
itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi
naratif dan non naratif. Oleh itu novel,
cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan
puisi tradisional merupakan kesusasteraan
kreatif.
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
Bukan Kreatif
Karya kesusasteraan bukan kreatif
adalah karya-karya seperti esei,
rencana dan sebagainya
Ciri dan Pengaruh dalam
Kesusasteraan
Estetik
• Estetik merujuk kepada keindahan
hasil-hasil kesusasteraan yang
dicipta oleh seseorang penulis.
Pembahagian Genre dalam
Kesusasteraan Melayu
• Kesusasteraan Melayu Tradisional (KMT)
• Kesusasteraan Melayu Moden (KMM)

• KMT
• Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan
kepada dua kelompok utama iaitu:
• 1. Prosa Melayu Tradisional
• 2. Puisi Melayu Tradisional
Prosa Melayu Tradisional

2 cabang utama

Naratif
Bukan Naratif
Prosa Melayu Tradisional

Naratif ( 2 jenis )

Naratif Lisan
Naratif Tulisan
Prosa Melayu Tradisional

Naratif Lisan ( 3 genre )

Mitos
Legenda
Cerita Rakyat
Prosa Melayu Tradisional

Naratif Lisan ( 3 genre )

Mitos
cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg
mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan
tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa,
kejadian-kejadian alam, dsb.
2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau
direka-reka, dongeng.
Prosa Melayu Tradisional

Naratif Lisan ( 3 genre )

Legenda
cerita dongeng yg bersangkutan dgn
kisah-kisah yg bersejarah.
Prosa Melayu Tradisional

Naratif Lisan ( 3 genre )

Cerita Rakyat
cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman
dahulu dlm sesuatu masyarakat yg
diturunkan drpd generasi kpd generasi secara
lisan;
Prosa Melayu Tradisional

Cerita Rakyat ( 3 subgenre )

Jenaka
Binatang
Dongeng
Prosa Melayu Tradisional

Cerita Rakyat ( 3 subgenre )

Jenaka
cerita rakyat yg menggelikan hati,
misalnya Pak Pandir dan Abu Nawas.
Prosa Melayu Tradisional

Cerita Rakyat ( 3 subgenre )

Cerita Binatang
cerita rekaan / teladan yang secara
tersirat mengandungi pengajaran.
(seperti cerita Sang Kancil dll).
Prosa Melayu Tradisional

Cerita Rakyat ( 3 subgenre )

Cerita Dongeng
Cerita khayalan (yang diada-adakan kejadiannya):
seperti Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang .
Prosa Melayu Tradisional

Cerita Rakyat ( 3 subgenre )

Cerita Dongeng
Lipur Lara
Teladan
Prosa Melayu Tradisional

Cerita Rakyat ( 3 subgenre )

Cerita Dongeng
Lipur Lara (hibur)
Penglipur lara orang yg menghiburkan hati yg duka dgn
menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya
diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. Hikayat Malim
Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Prosa Melayu Tradisional

Cerita Rakyat ( 3 subgenre )

Cerita Dongeng
Teladan
sama tetapi plotnya memberi contoh teladan
kepada khalayak. (Batu Belah, Bawang
Putih, Bawang Merah)
Prosa Melayu Tradisional

2 Pengaruh dlm Naratif Tulisan

Pengaruh Hindu
Pengaruh Islam
Kesusasteraan Melayu
Moden
6 genre.

Esei/Kritikan
Novel
Cerpen
Drama
Biografi
Sajak
Kesusasteraan Melayu
Moden
6 genre.

Esei/Kritikan
karangan prosa tentang sesuatu tajuk.
Menurut definisi 'Encyclopedia
Britannica', esei ialah satu karangan yang
berpatutan panjangnya.
Kesusasteraan Melayu
Moden
6 genre.

Novel
cerita dalam bentuk prosa, biasanya
panjang dan kompleks, yang berkaitan
dengan pengalaman manusia dan
kelakuan sosial.
Kesusasteraan Melayu
Moden
6 genre.

Cerpen
Cerita pendek.
Kesusasteraan Melayu
Moden
6 genre.

Drama
karya yg dipersembahkan oleh pelakon di
pentas, radio, atau TV, sandiwara.
seni mengenai sandiwara (spt cara
menyusun skrip, latar, hiasan pentas.
situasi atau urutan peristiwa penuh emosi,
tragik, atau bergelora.
Kesusasteraan Melayu
Moden
6 genre.

Biografi
riwayat atau kisah hidup seseorang.
cabang sastera yang berkaitan
dengan riwayat atau kisah hidup
seseorang.
Kesusasteraan Melayu
Moden
6 genre.

Sajak
puisi moden (berbeza drpd pantun
atau syair) yg digubah dlm bahasa
yg indah utk menyatakan fikiran
(perasaan, pengalaman, dsb)
Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera
Klasikisme
Romantisisme
Realisme
Naturalisme
Absurdisme
Surealisme
Keislaman
Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera
Klasikisme
tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd
yg lain. (Kamus Dewan)
Lebih mementingkan ketenangan dlm isi
penulisan, memperlihatkan kreativiti yang
bersifat penyatuan, mementingkan nilai budi,
sangat patuh kpd peraturan dan disiplin.
Bersifat konvensional dan tradisionalis. (Mana
Sikana 2004:6)
Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera
Klasikisme
aliran yang berpegang kpd pemikiran
bahawa karya sastera mestilah
mengutamakan bentuk, isi dan penuh
dengan emosi.
mementingkan nilai yg terkandung di
dalam sesebuah karya.
Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera
Klasikisme
Pengarang patuh kpd konvensi sastera yang sedia
ada.
konvensi : sesuatu (spt amalan, tingkah laku, ciri-ciri,
dll) yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi
(diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yg sudah
diterima dan diamalkan secara meluas dan
berterusan. (Kamus Dewan)
Aliran Klasisisme
 Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera sebagai
medium pendidikan.
 Tanggung jawab terhadap masyarakat bersifat
kolektif dan milik bersama.
 Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi yang
luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa
keburukan.
 Sastera yang terhasil adalah karya yang bersifat
bersih dan suci.
Prinsip Aliran Klasisisme
 Kebijaksanaan – Pemilihan diksi yang berkesan
berhasil memancarkan kebijaksanaan berdasarkan
makna-makna yang diungkapkan secara luaran
dan dalaman.
 Kebenaran – Karya yang dihasilkan sewajarnya
mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan.
 Keanggunan – merujuk kepada adab, tatasusila,
dan kehalusan berbahasa.
 Kefasihan – kebolehan pengarang mengadun dan
memilih kata yang persis yang akhirnya makna
dapat disampaikan dengan persis.
 Keadilan – aktiviti atau tatacara sesuatu itu dibuat
atau diperoleh.
Aliran dalam Penulisan Karya
Sastera
Romantisisme (aliran sastera dan seni di Eropah pd
hujung abad ke-18 hingga awal abad ke-19 yg
mengutamakan perasaan dan keindahan dan kebebasan
melahirkan perasaan dan isi hati individu).

sebagai suatu yang bersifat imaginatif (menulis


tentang sesuatu yg tidak wujud).
menentang klasik dan rasionalisme. Penentangan
berlaku kerana anggap aliran klasik sebagai
sesuatu yg tidak sesuai dgn peredaran zaman dan
bersifat statik.
Aliran dalam Penulisan Karya
Sastera
Romantisisme
menentang rasionalisme kerana anggap
perasaan sebagai elemen penting.
banyak main peranan terhadap fizikal dan
mental manusia berbanding dengan
perkara-perkara rasional. (Mana Sikana
2004 : 4).
Aliran romantis lebih bersifat tragis dan
mengharukan
Aliran dalam Penulisan Karya
Sastera
Romantisisme
aliran romantis lebih bersifat tragis dan
mengharukan serta lebih banyak melihat
dari aspek kebaikan berbanding keburukan.
Perasaan (ungkapan romantis, sedih pilu
terhadap orang yang dikasihi).
perasaan tidak terhad kepada kekasih tetapi
kepada negara dan Tuhan.
Aliran Romantisisme

 Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang


indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang
kekurangan.
 Jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan
dengan penuh kesempurnaan.
 Jika kesedihan, penulis menggambarkannya sehingga
mampu menitiskan air mata pembaca.
 Aliran Romantisisme

 Aliran romantisisme berteraskan sensitiviti atau


sensori yang sentimental sifatnya.
 aliran ini menonjolkan perasaan dengan
mengkesampingkan pemikiran rasional dan
lain-lain pertimbangan.
 Sifat emosional yang terungkap menyebabkan
karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak di
bumi nyata dan kurang mementingkan aspek
kebenaran.
Romantisisme
 Aliran romantik mengutamakan rasa, sebagai lawan aliran
realisme. Pengarang romantis meng awan ke alam khayal,
lukisannya indah membawa pembaca ke alam mimpi. Yang
dilukiskannya mungkin saja terjadi, tetapi semua dilukiskan dengan
mengutamakan keharuan rasa para pembaca. Bila seseorang
berada dalam keadaan gembira, maka suasana sekitarnya harus
pula memperlihatkan suasana yang serba gembira, hidup, berseri-
seri. Demikian juga sebaliknya. Kata-katanya pilihan dengan
perbandingan-perbandingan yang berlebih-lebihan.
 Aliran romantik terbahagi pula atas aktif romantik dan pasif
romantik. Dinamakan aktif romantik apabila lukisannya
menimbulkan semangat untuk berjuang, mendorong keinginan
untk maju. Dinamakan pasif romantik, apabila lukisannya
berkhayal-khayal, bersedih-sedih, melemahkan semangat
perjuangan.
Aliran dalam Penulisan Karya
Sastera
Realisme
Tokoh Penting : Auguste Comte.
Beliau menyatakan sosiologi sebagai suatu
bidang ilmu yang tertinggi.
penelitian dan gambaran terhadap
kehidupan organisasi masyarakat seperti
adanya merupakan suatu kebenaran. (Mana
Sikana : 1983 : 6)
Aliran dalam Penulisan Karya
Sastera
Realisme
Ini bermaksud : realisme bersifat
mendedahkan segala perkara yg berlaku
dlm kehidupan seharian manusia. (masy atau
sosial).
Isi Penulisan : lebih banyak membicarakan
tentang ekonomi, pendidikan, status masy,
politik serta sosial dan kenegaraan. (Mana
Sikana 2004 : 7)
Aliran dalam Penulisan Karya
Sastera
Realisme
Keseluruhan : lebih mengetengahkan elemen
perjuangan dan kemasyarakatan. Sastera itu
sendiri dijadikan alat untuk mencapai
sesuatu matlamat seperti karya tentang
kemerdekaan, darurat, ketidakadilan sosial,
politik dan nasionalisme.
Realisme (kisah hidup sebenar, bukan
khayalan)
 Aliran realisme ialah aliran yang ingin
mengemukakan kenyataan, barang yang zahir
(lawan batin). Sifatnya harus objektif kerana
pengarang melukiskan dunia kenyataan.
Segala-galanya digambarkan seperti apa yang
nampak, tak kurang tak lebih. Rasa simpati dan
antipati (benci) pengarang terhadap objek yang
dilukiskannya, tak boleh disertakannya. Dengan
perkataan lain, pengarang dalam ceritanya itu
tidak ikut bermain, dia hanya penonton yang
objektif.
Aliran dalam Penulisan Karya
Sastera
Naturalisme (menggambarkan sesuatu
dalam keadaan atau sifatnya yang sebenar)
Peringkat awal dipegang oleh para pelukis.
mengemukakan karya yang isi dan
persoalannya benar wujud di dalam masy,
terutama kepincangan dalam masyarakat.
Naturalisme
 Aliran naturalisme ingin melukiskan keadaan
yang sebenarnya, sering cenderung kepada
lukisan yang buruk, kerana ingin memberikan
gambaran nyata tentang kebenaran. Untuk
melukiskan kepincangan masyarakat,
pengarang naturalis tidak segan-segan
melukiskan kemesuman (kekotoran). Emelia
Zola seorang pengarang naturalis Perancis yang
paling besar di zamannya. Sering lukisannya
dianggap melampaui batas kesopanan sehingga
seolah-olah tidak ada lagi batas-batas ukuran
susila dan ketuhanan padanya.
Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera
Absurdisme (mustahil)
hilang segala-gala selepas Perang Dunia Kedua.
membentuk kekosongan dalam jiwa manusia.
muncul keluh kesah di dalam jiwa pengarang.
muncul karya-karya yang bertentangan dengan
kenyataan, mustahil dan tak masuk akal.
Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera
Surealisme (di luar kenyataan, realiti)
menjurus kpd aspek tidak rasional; aspek
bawah sedar.
Surealisme
 Dalam aliran ini lukisan realitinya bercampur angan-angan,
malah angan-angan amat mempengaruhi bentuk lukisan.
Di dalamnya ada pernyataan jiwa, kematangan dalam
jiwa. Kalau dalam filem semua hal (gerak-geri, suara,
muzik, pemandangan) dapat dinyatakan serentak, maka di
dalam tulisan, hal-hal seperti itu harus dinyatakan satu
demi satu. Itu sebabnya, lukisan nampak melompat-lompat
dari yang satu kepada yang lain, justeru untuk menyatakan
keseluruhan itu sekaligus.
 Payah pembaca mengikuti karangan yang bercorak surealisme.
Pembaca harus menyatukan dalam fikirannya segala lukisan yang
seakan-akan bertaburan itu. Jalan atau aturan tata bahasa seolah-olah
diabaikan oleh pengarang kerana pikirannya meloncat-loncat dengan
cepat. Logik seakan-akan hilang, alam benda dan alam fikiran
bercampur aduk menjadi satu.
Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera
Keislaman
karya sastera perlu mengikut lunas Islam.
perlu melukiskan kejernihan hidup orang
bertakwa dan menggambarkan
ketidaktenteraman orang yang menjauhi
Islam.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Genre Novel

 Novel Saduran (cerita yg isinya (pokoknya)


diambil drpd cerita lain)
 Novel Melayu Asli (latar Tanah Melayu, watak
bangsa Melayu)
 Novel Berunsur Islam (mengajak khalayak
mempraktikkan ajaran Islam)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Genre Novel

 Novel Remaja
 Novel Kanak-Kanak
 Novel Popular (golongan muda yg gemarkan
bacaan ringan)
 Novel Konvensional (sesuatu (spt amalan, tingkah laku,
ciri-ciri, dll) yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi
(diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yg sudah diterima dan
diamalkan secara meluas dan berterusan)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Genre Novel

 Novel Sejarah (penceritaan tentang ketokohan


sejarah atau peristiwa sejarah)
 Novel Absurd
 Novel Tak Konvensional (anti realisme, absurd)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Cerpen

 Cerpen konvensional
 Cerpen absurd
 Cerpen panjang
 Cerpen berunsur Islam
 Cerpen berdasarkan karya tradisional
 Cerpen kanak-kanak
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Genre Cerpen

 Cerpen Konvensional (aliran realisme)


 Cerpen Absurd (aliran absurdisme)
Cth: Gap-Gup (Othman Putih), Fakurdafia (Mana Sikana),
Parasit (Anwar Ridhwan)
 Cerpen Panjang
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Genre Drama/Teater

 Drama Tradisional
 Drama Bangsawan
 Drama Sandiwara
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit)

 Wayang Kulit Kelantan


 Wayang Melayu
 Wayang Gedek
 Wayang Purwa
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit)

 Wayang Kulit Kelantan


berdasarkan Hikayat Seri Rama yg disadur drp
epik Ramayana.
persembahan menggunakan patung yg diukir dan
alat muzik.
bahasa yg digunakan : bahasa Melayu Patani.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit)

 Wayang Melayu
diambil drp episod Pandawa Lima dalam epik
Mahabharata dan Sastera Panji.
persembahan menggunakan patung ukiran Jawa
dan alat muzik.
bahasa Melayu pengaruh Jawa atau bahasa Jawa.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit)

 Wayang Gedek
banyak persamaan dgn wayang kulit Thai tetapi
diubahsuai.
teks : Hikayat Seri Rama yg disadur drp epik
Ramayana.
bahasa : bahasa Melayu pengaruh Thai.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Tradisional (Wayang Kulit)

 Wayang Purwa
seperti Wayang Melayu tetapi tidak ada cerita
panji.
persembahan menggunakan patung dan alat
muzik.
bahasa : bahasa Melayu pengaruh Jawa.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Sajak

 Sajak Kabur
 Sajak Protes
 Sajak Eksperimen
 Sajak Berunsur Islam
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Sajak

 Sajak Kabur (penggunaan simbol dan imej yang


terkeluar drp kebiasaan sajak).
Cth Sajak : Kuasa (A.S Amin)
imej : tua, hijau, ombak, merah, orang dagang.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Sajak

 Sajak Protes
Contoh : Sungai Tua ( A. Latiff Mohidin)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Sajak

 Sajak Eksperimen
mengkonkritkan idea dan kata
memanipulasi kata, suku kata dan tanda baca.
menggunakan rajah tertentu.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Moden

 Drama Konvensional
 Drama tak Konvensional
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Moden

 Drama Konvensional (terbahagi 2)

Drama Sandiwara
Drama Realisme
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Moden

 Drama tak Konvensional

Drama Absurd (kejiwaan dan konflik batin, sukar


difahami, fantastik, abstrak, berunsur mimpi, sukar
dihayati).
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Drama Moden

 Drama Sandiwara (terbahagi 3)

Drama Sejarah (semangat kebangsaan)


Drama Purba (istana / rakyat di desa)
Drama pra-realisme (sebelum drama realisme)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Unsur-Unsur dalam Drama Moden

 Unsur Sinkope (pemendekan sesuatu kata dgn


menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dr
tengah-tengah kata itu, mis pengguguran ha dlm sahaja
menjadi saja, dan id dlm tidak menjadi tak. )
 Unsur Humur
 Unsur Protes
 Unsur kolokuil (kolokial ?)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden
Unsur-Unsur dalam Drama Moden

 Unsur Humur (kelucuan)


 Unsur Protes (pernyataan tidak setuju dengan
sesuatu dasar (usul dll), sanggahan, sangkalan,
tentangan)
 Unsur kolokuil (kolokial ?) bersifat bahasa
percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa
baku)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden

 Makna Istilah
 metafora : pemakaian kata-kata yg menyatakan
sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna
biasa atau makna sebenar perkataan yg
berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan)
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden

 Makna Istilah
 simile : perumpamaan yg secara jelas
mengungkapkan perbandingan atau persamaan
antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain,
misalnya bodoh macam lembu.
Bentuk Kesusasteraan
Melayu Moden

 Makna Istilah
 mistisisme : aktiviti keagamaan yg diamalkan dgn
tujuan mencari pengetahuan dan kebenaran utk
mendekati Tuhan (melalui meditasi dan
sembahyang).

Anda mungkin juga menyukai