Anda di halaman 1dari 8

CERITA LEGENDA

AMRINA ROSYADA BINTI ABDUL RAHMAN


NUR ATIKAH BINTI ISHAK
NUR AQILAH BINTI SAMSUDIN

PENSYARAH
ZALEHA TAMBI ADAM
LATAR BELAKANG
• Legenda adalah cerita prosa rakyat yang dianggap oleh yang
mempunyai cerita sebagai sesuatu yang benar-benar terjadi.Oleh
karena itu, legenda sering kali dianggap sebagai “sejarah” kolektif
(folk history).
• Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin, Legendrus yang
bermaksud sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan
kebenarannya tetapi popular dan digunapakai dari satu generasi ke
satu generasi sejak zaman dahulu lagi.
• Menurut James Dananddjaja, legenda adalah prosa rakyat yang
dianggap oleh yang empunya cerita sebagai suatu kejadian yang
sungguh sungguh pernah terjadi.

• Robert A Georges dalam American Folk Legend, menyatakan


legenda aialah sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita
yang pernah terjadi pada masa lampau atau masa terdekat yang
dipercayai benar oleh penutur atau pendengarnya.
CIRI-CIRI
1. Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi
alam masyarakat pendukunnya. Misalnya, cerita legenda

2. Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang


benar-benar wujud dalam sejarah bangsa tersebut.

3. Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifatdan


ciri-ciri yang istimewa seperti mempunyai ilmu kebatinan,
kegagahan yang luar biasa dan sebagainya, yang biasanya diingati
secara berpanjangan oleh masyarakat kolektifnya.
4. Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi
idola dalam masyarakat pendukungnya.
5. Cerita legenda sangat jelas unsur
tempatannya kerana mengandungi nilai
sejarah tempatan.
6. Latar masa yang berkaitan dengan cerita
tersebut tidak semestinya masa lampau tetapi
ada hubungkait antara masa silam dengan
masa kini.
JENIS-JENIS CERITA LEGENDA
Terbahagi kepada dua jenis :

1. Legenda Tempatan
Legenda tempatan merupakan tokoh-tokoh legenda yang diambil
dari sejarah tempatan atau direka sendiri oleh orang Melayu apada
masa dahulu. Legenda tempatan boleh dibahagikan kepada:
a. Legenda Setempat
b. Legenda Kebangsaan
c. Legenda Islam

2. Legenda dari luar


Cerita-cerita mengenai tokoh yang sangat popular di dunia
meresap masuk ke dalam cerita legenda Melayu. Contohnya
Iskandar Zulkarnain, Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah dan
lain-lain.
GAYA BAHASA
1. Penggunaan Puisi
Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita legenda, antaranya ialah :
a. Rangkap ulang (runs)
Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulangulang
pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan
dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.
b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan
membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa


tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan
dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan
sebagainya.

3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang rajaraja.


Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.
4. Bahasa perbandingan
Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat
istimewa wira dan wirawati, mereka dibandingkan secara
langsung dengan objek-objek alam. Misalnya, untuk
menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya
dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai,
bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan
sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan


sebagai penanda wacana penceritaan. Contohnya
maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit


sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat
juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.