Anda di halaman 1dari 55

FIQH DA’WAH

Prinsip Dan Kaedah Asasi


Da’wah Islamiyyah
Muqaddimah
• Tea Party Konsep

• Group Discussion

Perasaan Dakwah Harapan

Realiti
Muqaddimah
• Dakwah & Pendakwah bagaikan dua sisi mata wang yang
saling melengkapi, memerlukan dan menyempurnakan
sehinggakan kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.
• Tanpa kefahaman Islam yang benar dan kaedah dakwah
yang betul kerja-kerja dakwah kadang-kadang tidak
berhasil atau lambat mendatangkan hasil, bahkan boleh
mendatang kesan negatif pada dakwah Islamiyyah itu
sendiri.
• Fiqh Dakwah merupakan sarana supaya lahirnya
kefahaman yang shohih terhadap Islam dan kemampuan
yang baik untuk menyampai dan menyebarkannya
Muqaddimah

• Perbincangan ini nanti akan memberi gambaran


mengenai kesyumulan dan keluasan Islam serta
Manhaj Dakwah yang tersusun rapi.
• Juga memberi gambaran dimana dakwah perlu
bermula dan kemana pula arah tujunya serta
beberapa perhentian untuk para da’ie berhenti
membuat penelitian, keputusan serta
muhasabah diri
Muqaddimah
• Sekiranya kita mentadabburi Al Quran, kita akan dapati
bahawa ketika Allah memerintahkan RasulNya untuk
menyampaikan risalahNya, Allah SWT tidak
membiarkan RasulNya memilih uslub da’wahnya
sendiri walaupun Nabi SAW adalah seorang yang
berakhlaq mulia dan cerdas aqal fikirannya.
• Oleh itu kita tidak mengada-adakan manhaj dakwah
Prinsip-Prinsip
Da’wah &
Perkara-Perkara
Berkaitan
Dai’e & Dakwah
Dai’e & Dakwah
• Ma’na Dakwah
– Dari segi bahasanya dakwah bererti Ajakan
ataupun seruan
– Dakwah bermakna mengajak manusia dengan
perkataan dan perbuatan kepada Islam dan
menerapkan manhajnya, memeluk ‘Aqidahnya
dan melaksanakan syari’atnya.
• Pendakwah
– Ialah mereka yang mengajak manusia untuk
kembali kepada hakikat-hakikat ini.
Dai’e & Dakwah
• Kewajiban Syar’ie
– Dakwah kepada Allah Azza wa jalla yang diabaikan
hari ini adalah suatu kewajiban yang dibawa oleh
Rasul SAW, sebagaimana dipikul oleh para
pengikutnya yang setia dan jujur, iaitu orang-orang
yang mengikuti jejaknya setelah mereka dan
berqudwah kepada Rasul itu didalam manhaj dan
menempuh jalan mereka.
Dai’e & Dakwah
– Firman Allah SWT: Ali Imran: 104
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala
perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala
Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat
demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”
– Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim
“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah
ia ubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka
dengan lisannya, sekiranya tidak mampu maka dengan
hati dan itulah selemah-lemah iman”
INILAH
DAKWAH
KITA
INILAH DAKWAH KITA
Jika kita ingin mengemukakan da’wah kita
dan meringkaskan tujuan serta matlamatnya
dalam beberapa perkataan sahaja, maka kita
boleh bahagikan kepada tiga tujuan asas.
Tujuan-tujuan berkenaan adalah :-
Tujuan Pertama:
• Da’wah kita adalah untuk manusia secara
menyeluruh dan ummat Islam secara
khusus, supaya mengabdikan diri
sepenuhnya kepada Allah s.w.t Yang
Maha Esa tanpa menyekutuiNya
dengan sesuatu dan tidak mengambil
sesuatu selain Nya sebagai Ilah dan Rabb.
INILAH DAKWAH KITA
Tujuan Kedua :
• Da’wah kita kepada sesiapa sahaja yang
menunjukkan sikap penerimaan mereka
terhadap Islam sebagai ad Deen ,
pegangan hidup, supaya mereka
mengikhlaskan pegangan dengan
agama hanya kepada Allah s.w.t
semata-mata serta membersihkan
diri dari saki baki nifak, dari amalan-
amalan mereka , dari sesuatu yang
bertentangan dengan Islam. (Takwin)
INILAH DAKWAH KITA
Tujuan Ketiga :
• Da’wah kita adalah untuk alam sejagat, supaya mereka
membangkitkan sesuatu revolusi dan perubahan yang
menyeluruh terhadap dasar pemerintahan sekarang,
kerana pemerintahan ini dikuasai oleh taghut dan
perosak-perosak yang bermaharajalela di muka bumi
dengan kemusnahan-kemusnahan, supaya dilucutkan
kekuasasan dari kepimpinan ideologi dan
implementasinya dari tangan mereka dan terus
diserahkan ke tangan mereka yang beriman dengan Allah
s.w.t dan Hari Akhirat, mereka ini beriman dengand
agama yang hak tanpa tujuand atau keinginan kepada
sebarang bentuk kemegahan, kemaharajalelaan dan
kemusnahan di muka bumi ini.
Kenapa kita perlu tahu tujuan dakwah kita?
KEPERIBADIAN PENDAKWAH
• Da’ie seharusnya memahami dan
menghayati hakikat dakwah ini serta
menjelmakan dakwah itu pada diri
mereka.
• Dengan kasih sayang dan syaksiyah
Islamiyah mereka mendekati masyarakat.
• Peribadi pendakwah adalah contoh kepada
dakwah yang mereka serukan
RAHMAH (KASIH SAYANG)

• Risalah Islam ialah Risalah Kasih Sayang


َ َ ْ ً َ ْ َ َّ َ َ ْ َ ْ َ َ َ
‫وما أرسلناك ِأال رحمة ِللعال ِمين‬
Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad)
kecuali sebagai rahmat untuk semesta alam (al
Anbiya’: 107)
• Dakwah tidak akan wujud kecuali kamu memandang
mereka yang kamu da’wahi dengan penuh kasih sayang
• Seorang Da’ie mengetahui bahawa inilah jejak langkah
mereka yang diberi nikmat oleh Allah SWT iaitu
Siddiqin, Syuhada dan orang-orang shalih.
• Termasuk keburukan seorang da’ie terhadap dirinya
sendiri apabila melihat mereka yang dida’wahnya
dengan pandangan yang hina atau dengan pandangan
yang sombong dan merasa dirinya tinggi.
AS SIDQU

 SIDQUL LISAN
 Ia tidak berbicara kecuali dengan jujur
 SIDQUL NIYYAH WAL IRADAH
 Ikhlas kerana Allah
 Tidak ada penyimpangan dalam niat
 SIDQUL ‘AZM
 Semangat yang kuat,
 tidak ada kecenderungan lain,
 tidak mudah lemah dan ragu-ragu
 SIDQUL WAFA’ BIL ‘AHDI
 Menepati janji
 SIDQUL FIL ‘AMAL
 Bersungguh-sungguh dalam beramal
DAKWAH DAN
TARBIYYAH WASILAH
UTAMA DALAM
PEMBENTUKAN UMMAH
DAKWAH DAN TARBIYYAH WASILAH UTAMA DALAM
PEMBENTUKAN UMMAH
• Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan
Tarbiyyah, bukan terbentuk secara tiba-tiba atau
kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan
bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran
dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu
ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan
di dalam Al-Quran.
• Bahkan kita melihat Dakwah Rasulullah SAW sendiri
telah melalui beberapa fasa yang menggambarkan
perjalanan dakwah yang tersusun dan terancang.
– Sirrul Dakwah Sirrul Tanzim
– Jahrul Dakwah Sirrul Tanzim
– Jahrul Dakwah Jahrul Tanzim
DAKWAH DAN TARBIYYAH WASILAH UTAMA DALAM
PEMBENTUKAN UMMAH
• Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah
sejak di zaman Makkah lagi. Baginda mendidik
(mentarbiyyah) sekumpulan jamaah mukminin yang
menjadi benih bagi terbentuknya masyarakat yang baru.
• Rasulullah SAW menyedari bahawa sasaran risalah
dakwah lebih besar daripada Makkah dan Semenajung
Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata
khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan
Risalahnya bersifat sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya
menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang
baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.
DAKWAH DAN TARBIYYAH WASILAH UTAMA DALAM
PEMBENTUKAN UMMAH
• Rasulullah SAW sewaktu period pertama gerakan dakwah
berdepan dengan berbagai jalan yang lebih mudah,
namun Baginda memilih jalan D&T yang penuh dengan
kesukaran dan mengambil masa yang panjang. Antara
pilihan yang ada pada masa itu selain dari jalan yang
telah baginda pilih:
– Social Reform
– Economic reform
– Political Reform
• kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh
bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi
Mukmin).
DAKWAH DAN TARBIYYAH WASILAH UTAMA DALAM
PEMBENTUKAN UMMAH
• Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyyah
Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyyah
akhlak dan budi pekerti berteraskan
keimanan/tauhid kerana inilah asas sebenarnya bagi
pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan
Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan
kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta
deen undang-undang semata-mata belum cukup untuk
membina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq
masyarakat.
DAKWAH DAN TARBIYYAH WASILAH UTAMA DALAM
PEMBENTUKAN UMMAH
• Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah
Al Ra' ad ayat 11, maksudnya:
'Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang
terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka
mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka.'
• Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam
menjelaskan; inilah jalan membentuk dan membina
ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan.
Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan
di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri kerana
itu maka medan Islam yang pertama ialah 'alam jiwa
dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama
untuk sampai kepada matlamat ialah Tarbiyyah.
Manhaj & Kaedah Dakwah
Para Rasul
Manhaj & Kaedah Dakwah Para Rasul

• Seluruh pengajaran atau isi da’wah para


Rasul ialah mentauhidkan Allah.
• Mereka menjelaskan hakikat tauhid ini
dengan berbagai uslub. Antara lainnya ialah
dengan memperhatikan ayat-ayat kauniyah,
mengingatkan nikmat Allah, menjelaskan
sifat-sifat kesempurnaan yang ada padaNya
atau dengan hujjah-hujjah logik, dengan
membuat perumpamaan atau tafakkur dan
tadabbur tentang jiwa manusia dan
cakarawala alam semesta.
Manhaj & Kaedah Dakwah Para Rasul

Katakanlah: "Jikalau ada tuhan-tuhan di samping-


Nya, sebagaimana yang mereka katakan, niscaya
tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang
mempunyai 'Arsy". Maha Suci dan Maha Tinggi dia
dari apa yang mereka katakan dengan ketinggian
yang sebesar-besarnya. Langit yang tujuh, bumi
dan semua yang ada di dalamnya bertasbih
kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan
bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu
sekalian tidak mengerti tasbih mereka.
Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi
Maha Pengampun. (al Israk 42-44)
Uslub Da’wah Dalam Al
qur’an
Uslub Da’wah Dalam Al qur’an
• Penjelasan dengan hujjah bukan dengan kekerasan
• Menghadapi berbagai tuduhan yang disebarkan dengan
mengfungsikan aqal dan menegakkan dalil dengan berbagai cara
dalam bentuk yang beragam sesuai dengan tingkat pemikiran
mereka, hingga tidak satu sisi yang diragukan.
• Menggunakan method targhib (menggemarkan) dan tarhib
(menakut-nakutkan) dalam da’wah dengan hikmah yang mantap.
• Menampakkan uswah hasanah dan memberikan contoh dari Al
Quran agar akhlaq seseorang sesuai dengan al Quran.
• Al Quran juga mengajarkan kepada kita bahawa bukti itu merupakan
suatu kewajiban bagi da’ie. Seseorang mad’u berhak bertanya dan
wajib bagi seorang da’I untuk menjawab dan menjelaskan, meskipun
didalam pertanyaannya itu ada faktor yang memancing emosi,
penghinaan atau pelecehan.
Sikap Seorang Da’ie
Terhadap Masyarakat
Sikap Seorang Da’ie Terhadap Masyarakat

• Seorang da’ie tidak boleh larut mengikuti keinginan


mereka, tidak pula larut dalam tradisi dan kebiasaan
mereka yang bertentangan dengan syari’at Islam,
kaedah-kaedah, hukum dan adabnya.
• Da’ie tidak seharusnya terhina dengan kemahuan
mereka, hanya kerana ingin menarik mereka dalam
da’wah. Da’ie tetap tidak boleh berkompromi dalam
perkara-perkara yang tidak syarak walau demi
kepentingan Da’wah….tidak ada “demi kepentingan
da’wah” bahkan da’wah adalah perintah Allah yang
perlu dilaksanakan mengikut manhaj yang digariskan
oleh Allah SWT
Imam Syafi’ie rahimullah pernah ditanya, “Mana yang
lebih utama bagi seseorang, apakah diberi
kemenangan atau diuji.” Beliau menjawab, “Ia tidak
akan mendapat kemenangan hingga diuji”
Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membuat
Allah redha akan tetapi hal itu membuat manusia
benci, maka Allah akan mencukupi keperluannya
terhadap manusia. Dan barangsiapa yang membuat
manusia redha (tetapi) membuat Allah murka, maka
mereka tidak akan dapat mencukupinya sedikitpun.”
(HR Tirmizi)
Beberapa Kaedah Dari
Usul Fiqh
• Tanpa kehadiran Da’ie kaum Muslimin akan
menjadi orang-orang bodoh yang menjadi makan
syaitan. Oleh itu kehadiran Da’ie ibarat pelita
yang menerangi kegelapan malam. Mereka
adalah Imam yang membawa petunjuk.
Keberadaan mereka menjadi hujjah Allah dimuka
bumi ini.. Melalui merekalah dapat disingkirkan
salah faham dari fikiran manusia dan awan
keraguan dapat disingkapkan dari hati dan jiwa
mereka.
Qudwah Sebelum Dakwah
Qudwah sebelum Tarbiyyah
• Perilaku dan amal mereka adalah cerminan
dari da’wah yang mereka dokong.Mereka
adalah Uswah dalam pembicaraan mereka.
Dengan itu mereka membaiki apa-apa yang
rosak dan meluruskan yang bengkok.
• Mereka tidak pernah bersembunyi dari
masyarakat bahkan sentiasa mencari ruang
dan peluang untuk hampir kepada
masyarakat; untuk duduk bersama mereka,
berbincang dan menasihati mereka.
• Mereka hadir dalam masyarakat dengan
membawa wajah-wajah keimanan (Yang
menggambarkan Sakinah Imaniyyah)
sekaligus menebarkan erti kebahagian hidup
bersama Islam.
Qudwah sebelum Tarbiyyah
• Sememangnya manusia tidak akan beriman
dengan aqidah yang kosong. Mereka perlukan
contoh yang menjelaskan hakikat Islam secara
praktikal.
• Oleh itu mereka bergerak di dalam dan
bersama masyarakat. Di dalam hati mereka
ialah kasih sayang, di atas bahu mereka
adalah kebenaran yang perlu diagih-agihkan
kepada masyarakat, motto mereka ialah aslih
nafsaka wad’u ghairuka, Aqim daulatal
Islami fi qalbika, Taqum fi ardhika.
• Sememangnya peribadi seorang da’ei
mempunyai pengaruh besar bagi keberhasilan
da’wah dan pengaruh rislahnya.
• Sirah menggambarkan betapa besarnya
peranan peribadi Rasulullah sendiri didalam
membina ummat pertama. Dan dunia hari ini
pun mengenali Islam melalui peribadi-peribadi
atau tokoh-tokoh tertentu.
Qudwah sebelum Tarbiyyah
Wasiat Rasulullah SAW kepada Mu’az RA salah
seorang Da’ie Illah;
“Hai Mu’az, aku wasiatkan kepadamu agar bertaqwa
kepada Allah, berkat jujur, menepati janji,
melaksanakan amanah, meninggalkan
pengkhianatan, memelihara (hak0 jiran, mengasihi
anak yatim, berkata lembut, menyebarkan salam,
beramal sholeh, memperpendekkan angan-angan,
sentiasa tetap beriman, tafaqquh terhadap al Qur’an,
mencintai Akhirat, merasa takut kepada hisab,
tawadhu’. Dan aku melarang kamu memaki orang
yang bijaksana, mendustakan orang jujur, mentaati
orang yang berbuat dosa atau maksiat (menentang)
imam yang ‘adil, merosak bumi dan aku wasiatkan
kepadamu agar kamu bertaqwa kepada Allah
terhadap batu, pepohonan dan rumah. Dan
hendaknya kamu mengupayakan pada setiap dosa
untuk bertaubat, taubatnya rahsia dengan rahsia,
dan *taubatnya) terang-terangan dengan terang-
terangan” (HR Abu Nu’aim dalam Hilyah dan Baihaqi
dalam kitab Zuhud)
Qudwah sebelum Tarbiyyah

• Saidina Umar RA pernah berkata;


“Sesungguhnya Allah mempunyai rijal (hamba-
hamba yang sholeh) yang menghidupkan
kebenaran dengan menyebutkan
(menampakkan) kebenaran itu pada diri
mereka, dan mereka mematikan (membenteras)
kebatilan dengan meninggalkannya
(menjauhinya).”
Qudwah sebelum Tarbiyyah

• Seorang penyair berkata;


Wahai orang yang mengajar orang
lain…perhatikan dirimu, kerana ianya
merupakan pengajaran.
Engkau memberi ubat kepada Orang sakit agar
dia menjadi sihat, sementara engkau sendiri
sakit.
Kerana itu mulailah dari diri kamu, cegahlah
dia dari penyimpangan, kerana apabila ia
berhenti dari penyimpangan itu, maka bererti
kamu orang yang bijaksana
Menjalin Keakraban
Sebelum Pengajaran
Menjalin keakraban sebelum pengajaran

• Risalah Islam merupakan risalah rahmah (kasih sayang),


barangsiapa yang memikul dan beriman kepadanya,
maka dia akan bersikap kasih sayang terhadap seluruh
manusia, kerana dia berqudwah kepada Rasulullah SAW
yang telah memperagakan (mencontohkan) sikap
sedemikian.
• Jiwa secara fitrahnya mencintai orang yang bersikap
baik kepadanya dan membenci yang sebaliknya.
• Seorang da’ei yang bijaksana akan melihat hati-hati yang
tertutup kemudian cuba membukanya dengan penuh
kelembutan.
Menjalin keakraban sebelum pengajaran

Kerj-kerja mengubah hati manusia bukanlah kerja yang


mudah tetapi kerja yang memerlukan kejelasan
matlamat dan tujuan hidup ; kerana perubahan jiwa
manusia tidak mungkin dicapai hanya dengan
memetik suis yang tertentu tetapi memerlukan hikmah
dan kesabaran, kelembutan dan pengawalan kerana
jiwa manusia memiliki berbagai penyakit, memiliki
pintu-pintu dan peransang-peransang dan memiliki
kecenderungan-kecenderungan kepada kebaikan dan
kecenderungan kepada keburukan, di mana perang
antara kebaikan dan keburukan ini terus berkecamuk
dalam jiwa manusia sampai mati.
Menjalin keakraban sebelum pengajaran

• Saidina Ali bin Abi Thalib RA berkata;


“Sesungguhnya hati manusia itu kadang-kadang
menerima dan kadang-kadang menolak. Maka
apabila hati itu menerima, bawalah dia untuk
melakukan nawafil (yang sunnah-sunnah) dan
apabila hati itu sedang menolak, maka
pusatkanlah (cukuplah) untuk melakukan yang
faraid (yang wajib-wajib).”
Menjalin keakraban sebelum pengajaran

• Dalam surah An Nahlu ayat 25 Allah SWT


berfirman;
“Serulah manusia kepada jalan Rabbmu
dengan hikmah dan pengajaran yang
baik dan berbantahlah dengan mereka
dengan cara yang lebih baik…”
Menjalin keakraban sebelum pengajaran

• Perkara penting dalam da’wah bukan hanya


ketersampaiannya hakikat Islam tetapi juga
bagaimana uslub dan metdologi yang baik dalam
menyampaikan hal itu.
• Kerana itu Rasulullah SAW mengatakan
“Hiasilah Al Quran dengan suara kamu” hal ini
adalah agar manusia semakin terangsang dan
tertarik kepada Al Quran dan terpengaruh oleh
kandungannya, apatah lagi ucapan seorang da’i
kepada mad’unya.
Menjalin keakraban sebelum pengajaran

• Janganlah kita cuba untuk membetul fitrah


dengan kekuatan fizik dan kekasaran kata-kata
tetapi berbicaralah dengan baik.
• Rasulullah SAW pernah bersabda “….Wahai
A’isyah, sesungguhnya di antara manusia yang
paing buruk kedudukanya di sisi Allah adalah
orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana
ingin menghindari keburukannya” (Riwayat
Bukhari)
Menjalin keakraban sebelum pengajaran

• Para sahabat dan salafussoleh menjadikan


Rasulullah SAW sebagai Qudwah di dalam
dakwah & tarbiyyah, mereka mengambil pesanan
dan didikan baginda;
“Sesungguhnya Allah itu Rafiq (lemah lembut)
dan mencintai kelemah lembutan dan Dia
memberi kepada seseorang yang lemah lembut
sesuatu yang tidak diberikan kepada orang
yang keras dan sesuatu yang tidak Dia berikan
selain itu’ (HR Muslim)
Mengenal Sebelum
Memberi Tanggungjawab
Mengenal Sebelum Memberi Tanggungjawab

• Kebanyakan Da’ie gagal menyediakan mad’u untuk


menerima tanggungjawab sebelum membebankan mereka
dengan tanggungjawab (Ta’liful Qulub) menyebabkan mad’u
mula menjauhkan diri daripadanya.
• Da’ie perlu menjelaskan secara rinci apa-apa yang ingin
mereka sampaikan kepada para mad’u, sebelum
membebankan tugas dan tanggungjawab kepada mereka.
Sedangkan penjelasan dan itu adalah sumber ma’rifah dan
segala motivasi serta tujuan yang melandasi semua amalan
tersebut.
• Kerana itu marhalah Ta’rif merupakan fasa terpenting
dalam dakwah supaya dengannya hati manusia akan
terbuka untuk menerima dan melaksanakan tuntutan
islami.
Mengenal Sebelum Memberi Tanggungjawab

• Sesungguhnya musuh-musuh Islam telah


memporakperandakan kefahaman Islam ummat hinggakan
kepada perkara badihiyat, istilah-istilah Islam telah
disempitkan dan disalah ertikan manakala masyarakat
semakin kehilangan contoh untuk mereka melihat wajah
Islam yang sebenar.
• Ummat Islam ditakut-takutkan dengan konsep dan
pandangan yag salah mengenai Islam.
• Oleh itu da’ie perlu menguasai fiqh menerima taklif
– Mendalami Islam secara talaqi
– Ketaatan sebagai buah dari makrifah
– Da’wah menuju iman sebelum amal & taklif
• Da’ie juga perlu mengenal tahapan dakwah
– Ta’rif atau tabsyir bil fikrah
– Takwin
– Tanfiz
• Di samping itu da’ie juga perlu jelas tahap-tahap
dalam amal
– Membentuk fardi muslim
– Keluarga Muslim
– Masyarakat Muslim
– Bebaskan dari pengaruh penjajah
– Daulah Islamiyyah
– Khilafah Islamiyyah
– Ustaziatul ‘alam

Anda mungkin juga menyukai