Anda di halaman 1dari 17

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN KAEDAH

PENGAJARAN ( PJMS 3063 )


Nama Ahli Kumpulan : 1) Khiruban raj a/l Muruga
2) Nanthini a/p Vasudevan
3) Leksme Villaisamy
4) Sri Chitra a/p Saigar
5) Larrshini Latha a/p Segaran

Nama Pensyarah : Pn. Anita Binti Yusof


KONSEP, TEORI DAN
FALSAFAH PEMBENTUKAN
KURIKULUM

• FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN


HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN JASMANI
• PENDIDIKAN JASMANI UNTUK SEMUA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( JASMANI )
MAKSUD ‘JASMANI’

• Pendidikan melalui ‘Jasmani’ di mana banyak daripada objektif pendidikan


dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan
sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang berpusatkan sekolah di
mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan dilatih.
• Ianya adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang
direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan
meningkatkan individu secara jasmani, afektif, sosial, kognitif dan emosi
dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan.
Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan
jasmani

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan
jasmani

 Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan


pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat
yang cergas, sejahtera dan produktif.
 Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu
Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
 Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan
Jasmani.
 Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup
cergas sebagai budaya Malaysia.
Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan
jasmani

 Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan


Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi
cabaran hidup.
 Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran
dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap
optimum.
 Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi
cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan
kecergasan.
mempertingkatkan membuat keputusan menguasai
dan mengekalkan bijak dalam kehidupan kemahiran asas
kecergasan pergerakan dan
berasaskan permainan
kesihatan dan mengikut
perlakuan motor kemampuan diri

Tujuan
Pendidikan
Jasmani
mengaplikasikan
pengetahuan melakukan
kesihatan dan senaman dan
keselamatan aktiviti fizikal
semasa menyertai membentuk sahsiah sebagai rutin
pelbagai kegiatan dan disiplin diri harian
fizikal
Faktor jasmani boleh diukur dalam pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar melalui :

Aspek Aspek
Afektif Kognitif

Aspek
Psikomotor
Aspek Kognitif:

• melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta


memahami.
• Pembangunan kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri
daripada elemen kreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan.
• Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar misalnya dapat menjadikan
pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan.
• Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari
cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik
dan disiplin.
• Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti
pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti dengan lebih cekap
dan berkesan.
Aspek Afektif:

• Tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial.


• Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai serta
pembentukan sahsiah.
• Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang
lain. Pendidikan Jasmani memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan
konsep kendiri kerana hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti secara
berpasukan.
• Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam
pembangunan sosial. Seorang murid yang pada mulanya jenis pemalu dan tidak
pandai bergaul dengan rakan-rakan, akan menjadi seorang yang periang serta dapat
menjalinkan persahabatan dengan rakan lain sekiranya aktiviti yang dilakukan dapat
memenuhi kepuasannya ketika terlibat dalam suatu aktiviti.
Aspek Psikomotor:

• memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang


mampu dipamerkan.Aspek ini melibatkan beberapa prinsip
asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular
dan otot, ketangkasan, kepantasan serta kelajuan. Di dalam
subjek Pendidikan Jasmani suaian, aspek ini perlu difokus
selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan
psikomotor.
PENDIDIKAN JASMANI UNTUK SEMUA
Pendidikan jasmani untuk semua

• Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam


kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia.
• mata pelajaran ini merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang
menekankan aspek fizikal yang tidak disentuh oleh mana-mana mata
pelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat aspek terpenting dalam
pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
• Pendidikan Jasmani merupakan pendidikan yang berkonsepkan
sepanjang hayat.
• Pendidikan Jasmani dilaksanakan tidak mengira usia, jantina, bangsa
mahupun agama kerana setiap individu mempunyai jasadnya yang
tersendiri.
Pendidikan jasmani untuk semua

• setiap individu perlu sedar akan kepentingan penjagaan diri dari segi
mental, emosi, jasmani, sosial dan rohani.
• Kesemua aspek tersebut dirangkumkan dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani; Walaupun konsep utamanya adalah jasmani, ianya tidak
mengabaikan aspek-aspek lain.
• Sewaktu kita mempelajari atau mengembangkan kemahiran psikomotor,
ia turut merangsang minda dan kognitif dengan membuatkan kita
memikirkan banyak perkara, menganalisis setiap perlakuan dan
pergerakan serta mengenalpasti kebaikan yang diperolehi daripada
aktiviti fizikal.
Pendidikan jasmani untuk semua

• Pendidikan Jasmani juga dapat memupuk pergaulan yang sihat


antara individu dengan masyarakat sekeliling melalui aktiviti
fizikal yang dilakukan secara bersama di samping dapat
berkongsi pengalaman dan keseronokan.
• Pendidikan Jasmani juga tidak mengabaikan aspek rohani
dengan penerapan pelbagai nilai murini dalam setiap aktiviti
fizikal yang dilakukan.
• Nilai murini seperti menghargai tubuh badan dapat diterapkan
dalam diri individu.
Pendidikan jasmani untuk semua

• Malaysia merupakan sebuah negara yang ingin membina dan


melahirkan individu yang sihat dan cerdas; Maka pendidikan
Jasmani adalah salah satu alat yang menjadi tonggak untuk
mencapai sasaran itu.
• Sekiranya semua rakyat sihat, penyakit dapat dikurangkan dan
produktiviti dapat dipertingkatkan.
• Seterusnya secara tidak langsung ia akan dapat membantu
kepadaperkembangan dan kemajuan negara.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai