Anda di halaman 1dari 16

Peranan Akidah dan

kesannya
SAPIYAH BINTI MD RANGGA
IPG KPM, MELAKA
DEEN AL-ISLAM

 Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T


kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
 Agama Islam mempunyai teras yang amat kental dalam
keimanan dan di zahirkan dengan perbuatan.
 Berkata Sayyid Sabiq dalam kitabnya Aqaid Islamiyyah :
“ Keimanan merupakan akidah dan pokok yang di atasnya
berdiri syariat Islam dan kemudian daripada pokok
tersebutlah keluar cabang-cabangnya. Perbuatan itu
merupakan syariat dan cabang-cabang yang dianggap
sebagai buah yang keluar dari keimanan serta akidah itu”.
IMAN DAN KEPENTINGANNYA
 Menurut Sayyid Sabiq: Iman merupakan asas bagi
akidah dan tunjang yang kukuh dalam mengukuhkan
akidah seseorang. Akidah dan syariat tidak boleh tidak,
mesti dan wajib selari antara satu sama lain.Ianya saling
memerlukan dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain.

 Mafhum firman Allah : “Barang siapa yang


mengerjakan kebaikan baik lelaki mahupun perempuan
dan ianya beriman, maka pasti kami akan memberikan
kehidupan yang lebih baik dan pasti kami akan memberi
balasan dengan pahalanya menurut apa yang telah
dikerjakan dengan sebaik-baiknya” (Surah al-Nahl : 96)
…samb.

 Mafhum firman Allah : “ Berikanlah khabar gembira kepada


orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan
bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang di
bawahnya mengalir beberapa sungai” (Surah al-Baqarah : 25)

 Dalam konteks ayat di atas, kita dapat lihat bahawa keimanan dan
kelakuan atau perbuatan tidak boleh di pisahkan antara satu lain. Ini
kerana kita lihat bahawa orang yang beriman akan menzahirkan
keimanannya dengan berbuat amal soleh dan natijahnya adalah
seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Dengan
demikian itu, kita dapat ketahui bahawa keimanan dan syariat tidak
boleh bergerak bersendirian.
Iman dan Akidah
 Takrifan Akidah

 Dr. Abdul Karim Zaydan di dalam kitabnya al-Mufassal, jilid 5,


mukasurat ke 306, menyebut:
 “Segala yang bertentangan dengan ‘aqidah Islamiyah dari sudut
usul, makna dan kewajipannya, dan diketahui bahawa seseorang
menentang perkara ini dan dia meredhainya, serta diyakini di dalam
hatinya, maka dengan i’tiqad ini dan dengan cara ini jadilah seorang
Muslim itu murtad.
SUMBER AQIDAH ISLAMIYAH

1. Al-Quran
 Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril dan
dipindahkan secara mutawatir, dapat melemahkan hanya dengan
satu surah daripadanya, mendapat ibadah apabila membacanya.
2. Al-Sunnah
 Al-Sunnah pula segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi
SAW sama ada berupa perkataan, perbuatan, atau pengakuan
Nabi SAW terhadap sesuatu.
Asas Aqidah

 Asas aqidah seseorang muslim itu terdapat pada rukun


Iman. Rukun Iman itulah yang menjadikan seseorang itu
berpegang kepada aqidah Islam atau tidak.

1. Beriman kepada Allah


2. Beriman kepada malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada hari qiamat
6. Beriman kepada qada dan qadar
TAKRIF IMAN
 Jawapan Rasulullah S.A.W ketika baginda ditanya oleh Malaikat
Jibril mengenai Iman yang mafhumnya :
“Iman itu adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-Nya,
Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan ketentuan
yang baik mahupun yang buruk. (Riwayat Muslim).
Beriman kepada Allah

 Kekehidupan seharian kita. Ini kerana alam ini terbina atas dua
perkara “Pencipta” “Makhluk”. Oleh itu, bagi sesiapa
mengatakan bahawa tiadanya pencipta sekali gus dia telah
menafikan keimanannya kepada Allah Keimanan kepada Allah
S.W.T adalah perkara yang paling penting dalam menjalani
 Allah yang mencipta segala makhluk yang wujud di alam ini
.Allah jugalah yang menentukan perjalanan setiap makhluk tersebut
dengan teratur mengikut sunahNya (ketetapanNya). Sebagaimana
dijelaskan dalam Surah Az Zumar, ayat 62 :

‫هللا خلق كل شىء وهو على كل شىء وكيل‬


 Maksudnya : Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan
Dialah yang mentadbir serta menguasai segala-galanya.