Anda di halaman 1dari 9

ADAT PERPATIH &

ADAT TEMENGGUNG
Eliani, Fhatin, Safiqah, Sahira
Sesiapa yang
melanggar hukum
adat ini boleh
dihukum
Maksud; peraturan yang
diamalkan oleh sesebuah Hukum adat akan
masyarakat secara turun dikendalikan oleh
temurun sehingga ianya satu badan yang
merupakan suatu hukum dikenali sebagai
yang perlu dipatuhi oleh Majlis Orang Tua
semua

Adat
 Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di
negeri-negeri Melayu.
 Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik
Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat
Temenggung)
Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung
(Adat Perpatih).
KAWASAN DAN PENGASASAN
Adat Perpatih Adat Temenggung
 Adat Perpatih berasal dan Pagar Ruyung, Sumatera  Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera

 Pengasas : Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjaga  Pengasas :Datuk Ketemenggungan yang menjaga
kawasan tanah sebelah darat kawasan persisiran pantai dan laut.

 Negeri: Negeri Sembilan dan Naning.  Negeri : semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri
Sembilan

 Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang


Minangkabau pada kurun ke-17  Adat ini dibawa ke Melaka pada awal kurun ke-l5 lagi.
BENTUK DAN PELAKSANAAN
Adat Perpatih Adat Temenggung
 adat yang tidak bertulis dan merupakan pepatah yang  Pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu,
diwariskan secara lisan. adat ini dipengaruhi oleh agama Hindu terutama dalam
Undang-Undang Manu.
 Susunan hukum dalam adat dikenal sebagai tambo atau
perbilangan adat.  Apabila Islam berkembang adat ini menerima pengaruh
Islam dan hukum syarak mazhab Shafie.
 Hukum adat ini berasaskan dua sumber iaitu resam atau
adat turun temurun yang diwarisi dan hukum syarak  Adat ini tersebar di negeri-negeri Melayu yang lain
mazhab Shafie. dengan nama berlainan tetapi mempunyai fungsi yang
sama.
 Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.
 Di Johor adat ini dikenali sebagai Undang-undang Johor,
di Kedah dikenali sebagai Undang-undang Kedah, di
Pahang sebagai Undang-undang Pahang dan di Perak
sebagai Undang-undang 99 Perak
PEMERINTAHAN
Adat Perpatih Adat Temenggung
 bersifat demokrasi.  Bersifat autokratik iaitu kuasa terletak di tangan
pemerintah atau raja.
 Kuasa pemerintah bukan terletak pada tangan seorang
sahaja.  mementingkan golongan raja atau golongan yang
memerintah.
 Kuasa dibahagikan antara pemerintah, Undang,
Lembaga, Buapak, Perut dan orang ramai.  Raja atau sultan mempunyai hak keistimewaan dan
kuasanya diperkukuhkan melalui konsep daulat dan
 Ketua-ketua di setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh derhaka.
kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas.
Perut memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga,
Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan
melantik Yamtuan Besar. 

 Sistem pemerintahannya mementingkan prinsip


pemuafakatan.

 Yamtuan dipilih secara demokrasi oleh ketua-ketua suku


yang dikenali sebagai Undang.
PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG
Adat Perpatih Adat Temenggung
 undang-undang jenayah bersifat pemulihan,  Hukuman lebih tegas dan keras.
berperikemanusiaan dan bertimbang rasa.
 Bertujuan menghukum serta berpegang kepada prinsip
 Hukuman yang diberi bertujuan memberi kesedaran dan pembalasan semata-mata.
bukan untuk menghukum pesalah semata-mata.
 Oleh itu pelaksanaan sesuatu hukuman dibuat dengan
 Orang yang membuat kesalahan akan didenda tegas agar dapat memberi iktibar dan amaran kepada
berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi. orang lain supaya tidak melakukan sebarang jenis
 Contohnya seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi kesalahan.
dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada
keadaan lukanya. Mangsa kecurian boleh dapat balik  Hukuman bunuh dikenakan atas kesalahan berat seperti
barang-barangnya. Sekiranya berlaku pembunuhan, si membunuh, mencuri, memfitnah dan menderhaka
pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si kepada raja. Hukuman bunuh dilakukan oleh raja atau
mati. sultan sahaja. Lain-lain hukuman boleh dilakukan oleh
pembesar-pembesar.
 Hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Yamtuan
Besar sahaja.  Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak
kepada golongan atasan atau pemerintah.
 Hukuman lain ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.
PEMBAHAGIAN HARTA
Adat Perpatih Adat Temenggung
 mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau  Mementingkan kaum lelaki (pengaruh daripada hukum
diberatkan kepada kaum perempuan. Islam iaitu Hukum Faraid).

 Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan,  Pemberian harta yang Iebih kepada anak lelaki dalam
iaitu daripada pihak sebelah ibu sebagai pengasas Islam kerana anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang
keluarga kepada anak perempuannya. besar berbanding dengan anak perempuan.

 Secara umumnya harta pasangan dapat dibahagikan  Jika berlaku penceraian lazimnya cara pembahagian
kepada tiga jenis iaitu hanta carian, harta dapatan dan harta suami isteri mengikut hukum syarak Mazhab Shafie.
harta pembawaan. Harta carian ialah harta yang
diperolehi bersama sepanjang perkongsian hidup. Harta  Adat ini menjelaskan harta yang diperoleh semasa
ini dibahagi dua jika bercerai. Harta dapatan ialah harta perkahwinan dikenali sebagai hanta sepencarian.
yang sedia ada pada si isteri sebelum berkahwin, jika
bercerai harta itu kekal di tangan isteri.  Harta sepencarian bagi harta isteri yang diceraikan
dibahagi dua sama banyak. Jika isteri yang diceraikan itu
 Harta pembawaan ialah harta yang sedia dimiliki si lelaki tidak bekerja hanya berhak mendapat satu pertiga sahaja.
sebelum dia berkahwin, jika bercerai bekas isteri tak boleh Harta asal suami atau isteri dikembalikan kepada suami
tuntut harta itu. atau isteri berkenaan
KEKELUARGAAN DAN PERKHAWINAN
Adat perpatih Adat temenggung
 tidak membenarkan perkahwinan sesama suku  Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu kaum lelaki
lebih diutamakan kerana kaum lelaki melanjutkan
 Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana keturunan sesebuah keluarga.
dianggap tidak mengembangkan keturunan, melanggar
adat dan akan dibuang suku.  Ini sejajar dengan pninsip hukum syarak yang mengiktiraf
lelaki sebagai ketua keluarga.
 Sesudah berkahwin suami akan ikut tinggal bersama
keluarga isteri  Adat ini membenarkan perkahwinan dengan sesiapa
sahaja (endogami) asalkan tidak bertentangan dengan
 kematian isteri : digalakkan mengambil adik perempuan hukum syarak.
isterinya untuk dijadikan isteri bagi menjaga anak-
anaknya(ganti tikar)Susunan keluarga masyarakat Adat  Sesudah berkahwin isteri akan ikut tinggal bersama
Perpatih berdasarkan matriarchal/matrilineal yang keluarga suami
mengutamakan wanita yang disusur galurkan kepada
keturunan sebelah ibu.

 Adat Perpatih melarang seorang lelaki berkahwin dengan


dua atau lebih orang wanita yang berasal daripada suku
yang sama

Anda mungkin juga menyukai