Anda di halaman 1dari 23

Ramadhan

Yang
KuHarapkan
Ramadhan Dua Zaman
APAKAH PENGHARAPAN KITA
UNTUK MERAIH SEGALA
KELEBIHAN YANG DIBERIKAN
OLEH ALLAH S.W.T. DI BULAN
RAMADHAN AL-MUBARAK INI?
1. Memperbanyakkan solat sunat
• Pada bulan Ramadan, solat sunat adalah sama
nilainya dengan solat fardu. Manakala solat fardu
adalah sama nilainya dengan 70 kali solat fardu
pada bulan yang lain.
2. Meningkatkan kualiti puasa

Yang Mana
Harapan &
Pilihan Kita
3. Qiamullail
• Medium untuk membina jati diri dan peribadi yang
tinggi. Tiada yang mampu melakukannya kecuali
orang yang ikhlas. Maka paksalah diri kita untuk
melakukannya kerana ganjarannya amat bernilai.

• Malik bin Dinar r.a menyatakan:


“Tidak ada yang tersisa daripada
kelazatan dunia kecuali tiga perkara
iaitu; berzikir mengingati ALLAH
S.W.T, qiamullail dan bertemu
sesama saudara.”
5 Kelebihan Qiyamullail
(Sayidina Umar bin al-Khattab)

Tergolong dalam kalangan orang


yang soleh
Dekat dengan ALLAH S.W.T
Jauh daripada dosa
Menghapuskan dosa
Menolak penyakit dari jasad.
4. Berzikir
• Penentu hidup dan matinya hati seseorang

• Peliharalah tiga kesempatan dalam berzikir:


– Zikir pada waktu pagi dan petang -al-Ma’thurat
– Zikir ketika berada dalam keadaan tertentu seperti masuk dan keluar rumah, menaiki kenderaan,
makan, tidur dan sebagainya.
– Zikir hati atau tafakur iaitu memikirkan kejadian langit, bintang, matahari, bulan, gunung, laut dan
pelbagai fenomena alam lainnya.

• Amalan ini akan dapat memantapkan lagi


keimanan di dalam hati. Lalu, menumbuh kan
rasa penyerahan diri kepada ALLAH
S.W.T.
5. Bersedekah
• Adakah kita ingin mendekati ALLAH S.W.T dan kita
memperoleh darjat yang tinggi serta menemani
Rasulullah s.a.w di syurga?

• Adakah kita ingin anak-anak aman dan terjamin


kesejahteraannya apabila kita tiada kelak?

• BERSEDEKAHLAH dan JANGAN TAKUT kepada


kemiskinan hanya disebabkan kita bersedekah kerana
ALLAH S.W.T tidak pernah putus memberi balasan
kepada orang yang sentiasa bersedekah
6. Bertadarus Al-Quran
• Ibadat paling utama
pada bulan
Ramadan.
Berusahalah
mengkhatamkan al-
Quran sekurang-
kurangnya sekali
pada bulan ini
7. Menyegerakan bertaubat
• Penyesalan terhadap perkara-perkara buruk yang
pernah dilakukan dan bertekad tidak akan
mengulanginya lagi.
8. Beriktikaf di Masjid
• Iktikaf adalah sebahagian
daripada sunnah yang sentiasa
dilakukan Rasulullah s.a.w
pada sepuluh malam terakhir
pada bulan Ramadan. Bahkan
pada tahun kewafatan
baginda, Rasulullah s.a.w
melakukan iktikaf selama 20
hari.

• Tujuan iktikaf ini ialah untuk


membersihkan hati dengan
mengingati ALLAH dan
taqarrub (berdamping)
dengan-NYA
9. Redha di atas segala ketetapan ALLAH S.W.T

• Orang yang paling gembira di dunia ini adalah yang


sentiasa redha dengan ketetapan ALLAH S.W.T.
Keredhaan adalah tingkat yang lebih tinggi daripada
sifat sabar.

• Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: “Barang siapa


yang redha dengan ketetapan ALLAH S.W.T ke atas
dirinya, maka ia akan mendapat pahala. Dan
barangsiapa yang tidak redha terhadap ketetapan
ALLAH S.W.T ke atasnya, ketetapan itu akan tetap
terjadi dan ia tidak mendapat pahala amalannya.”
10. Sentiasa memaafkan orang lain dan
mengeratkan silaturahim
• Memaafkan adalah sifat yang mulia. Perasaan
marah tidak wujud di dalam diri sekiranya kita
bersedia untuk memberi kemaafan. Ini juga
merupakan sikap baginda s.a.w
11. Bahagiakan orang tua (ibu bapa)
12. Bersungguh-sungguh meraih lailatulqadar

• Merupakan malam yang paling mulia dalam satu


tahun dan tiada keutamaan yang menyerupainya.

• bersamaan dengan 83 tahun empat bulan.


KESIMPULAN
• BERTEMU DENGAN RAMADHAN ADALAH ANTARA
ANUGERAH ALLAH YANG BESAR

• BULAN YANG PENUH KEBERKATAN

• KITA MESTI BERMUJAHADAH DAN ISTIQAMAH


UNTUK MENGGARAP SEGALA KELEBIHAN

• BERDOALAH DENGAN PENUH HARAPAN AGAR KITA


SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

Anda mungkin juga menyukai