TABIK HORMAT
TANGAN KIRI
HORMAT TUNAS PUTERI
• Hormat atau tabik Tunas Puteri adalah perlakuan
menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri
kepada pegawai-pegawai Tunas Puteri seperti
Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan.
• Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri,
pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi.
• Umumnya, Hormat Tunas Puteri hendaklah digunakan
oleh Tunas Puteri sebagai tanda menghormati
seseorang di dalam acara atau hal-hal yang
membabitkan kepanduan.
• Hormat Tunas Puteri diberikan untuk keadaan
berikut:
TANGAN KIRI
• Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi
Pandu Puteri.
• Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri
Dunia.
• Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua
belah tangan apabila berjabat tangan dengan
orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian
seragam, bersesuaian dengan budaya kita.
• Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan
tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang
lain.
• Semua Pandu Puteri di negara ini yang
berpakaian seragam berjabat tangan
menggunakan tangan kiri
• Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda
hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri
sejak dahulu lagi.
• Ia juga sebagai tanda untuk menegur sapa
antara sesama ahli dan antara ahli dengan
pemimpin.
• Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan
perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak
Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-
Powell melawat Kenya.
• Kaum ini sering memegang senjata pada
tangan kanan sehingga tidak sanggup
meletaknya walaupun sebentar.
• Hanya tangan kiri sahaja yang boleh
digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk
berjabat tangan.
• Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil
perlakuan itu sebagai amalan Pengakap dan
kemudiannya Pandu Puteri.
Lebih dari sekadar dokumen.
Temukan segala yang ditawarkan Scribd, termasuk buku dan buku audio dari penerbit-penerbit terkemuka.
Batalkan kapan saja.