Anda di halaman 1dari 8

Kitar semula mengubah bahan-bahan

yang sepatutnya menjadi sisa kepada


sumber-sumber yang bernilai.

Bahan-bahan seperti kaca, tin, botol


dan kertas dikumpul, diasingkan
dan dihantar ke pusat pemprosesan
untuk ditukar menjadi produk atau
bahan baru.
Simbol Kitar Semula
Sayangi Bumi Kita

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar SJK (T)
Taman Indah, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat sejahtera.Terlebih dahulu, saya
ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk
menyampaikan syarahan pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati,
Tajuk syarahan saya ialah “ Sayangi Bumi Kita”. Bumi merupakan tempat tinggal
kita. Oleh itu, kita perlu menjaga dan menyayanginya. Kita hendaklah menyayangi
bumi dengan menanam pokok. Pokok dapat menghijaukan bumi kita.
Selain tu, kita patut mengamalkan sikap suka akan kebersihan. Mengapakah
kebanyakan orang suka membuang sampah di merata-rata tempat ? Sepatutnya, kita
hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah. Amalan ini akan dapat
menjadikan bumi kita bersih.
Seterusnya, pokok semakin berkurangan akibat ditebang. Penebangan pokok
dapat dikurangkan dengan menggunakan kertas yang dikitar semula. Melalui cara
tersebut, kita dapat menyelamatkan bumi.
Sebagai kesimpulan, kita hendaklah sentiasa menyayangi bumi. Amalan ini dapat
menyelamatkan bumi kita.
Sekian, terima kasih.