Anda di halaman 1dari 14

PANTANG LARANG

KAUM MELAYU
KAUM MELAYU
 Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan
kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.

 Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat


agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa
yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati
mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang
telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman
Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak
yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana
binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami
kecacatan.
3. Dilarang memaku, menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang
bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami
kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika
bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri
akan kena.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri
anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam
atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak
tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti
terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi
besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.


2. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan
orang.
Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’
kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan
cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala
dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum,
ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi
sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri

 1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah


hantu.
 2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh
rezeki.
Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.


2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat
menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami
diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.


2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.


2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi
sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam
pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti
akan merampas suami orang.
Pantang Larang Di dalam Hutan
 1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan
hantu.
 2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
 3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
 4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat
bencana.
 5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
 6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
 7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
 8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut
berpenunggu.
 9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti
dirasuk atau dapat malang.