Anda di halaman 1dari 38

KEBUDAYAAN

MELAYU:
KONSEP &
PERKEMBANGAN
SOSIALISASI

Disediakan oleh:
HEMANANTHINI A/P KRISHNAN
KONSEP SOSIALISASI
• Definisi
• Proses sosialisasi
• Sosialisasi budaya
• Agen-agen sosialisasi
DEFINISI
• Sosialisasi bermaksud proses mendidik seseorang untuk
menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dsb) yang dapat
diterima dalam masyarakat.

Kamus Dewan Edisi keempat


• Menurut Hassan Mustafa, Sosialisasi adalah satu konsep umum
yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita belajar
melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir,
merasakan, dan bertindak, di mana kesemuanya merupakan
hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan partisipasi
sosial yang efektif. Sosialisasi merupakan proses yang berterusan
dalam hidup kita.
• Sosialisasi ialah proses pengalaman sosial berpanjangan di mana
individu mengembangkan potensi masing-masing and belajar
corak kebudayaan mereka.

(Macionis J.J, 2000)


PROSES SOSIALISASI

• Proses jangka panjang

• Antropologi : proses pembudayaan

• Psikologi : proses pembentukan nilai


• Sosiologi : proses mempelajari dan
memperolehi norma-norma sosial
SOSIALISASI BUDAYA
• Anak dilahirkan dalam dunia sosial. Mereka merupakan anggota
baru di dunia tersebut.
• Dari kacamata masyarakat, fungsi sosialisasi adalah untuk
mengalihkan pelbagai informasi yang ada dalam masyarakat
tersebut kepada anggota-anggota barunya agar mereka dapat
segera dapat terlibat di dalamnya.
• Budaya atau kebudayaan adalah sesuatu yang dicipta oleh unit-
unit sosial di mana setiap anggota unit sosial tersebut
memberikan makna yang sama dari segi nilai, norma,
pengetahuan, bahasa, pola interaksi, dan juga hal-hal yang
berkaitan dengan fizik, seperti bangunan, kereta, baju dan buku.
UNSUR BUDAYA
• Nilai adalah prinsip-prinsip etika yang dipegang kuat oleh
individu atau kelompok sehingga mempengaruhi seseorang
dalam perlakuannya.
• Nilai berkaitan dengan gagasan tentang baik dan buruk, yang
dikehendaki dan yang tak dikehendaki.
• Nilai membentuk norma, iaitu aturan-aturan yang harus dipatuhi
oleh setiap anggota suatu unit sosial.
• Norma sendiri ada berbagai peringkat, iaitu:
• Adat istiadat (folkways) adalah sesuatu yang diaplikasi dalam
rutin seharian dan interaksi kasual seperti cara makan dan cara
berpakaian. Anggota yang tidak melaksanakannya hanya akan
dianggap tidak mematuhi etika.
• Sebagai contoh, tidak memakai tali leher bagi lelaki semasa
urusan rasmi akan dianggap tidak mematuhi etika sosial.
• “mores” adalah aturan tidak bertulis yang
membezakan yang betul dan salah.
Anggota yang tidak mematuhi mores
akan dipandang buruk/negatif dalam
masyarakat. Sebagai contoh, hanya
memakai tali leher semsa urusan rasmi.
• hukum (laws) – aturannya tertulis dan
perlanggarnya boleh dipenjarakan.
• Selain nilai dan norma, satu lagi unsur budaya adalah peranan.
• Peranan adalah harapan atau tuntutan kepada seseorang untuk
menampilkan perilaku tertentu kerana orang tersebut menduduki
status sosial tertentu.
AGEN-AGEN SOSIALISASI
• Terbahagi kepada dua;
• Institusi – Institusi adalah satu bentuk unit sosial yang
memfokuskan pada pemenuhan satu bentuk keutuhan
masyarakat. Misalnya sekolah, keluarga, agama dan media
massa : majalah, televisi, radio.
• Individu – kakak, adik, ayah, ibu, teman, guru, kelompok hobi,
dsb
1. Institusi Kekeluargaan
• Keluarga merupakan institusi yang terpenting
dalam kehidupan seorang kanak-kanak.
• Adalah tanggujawab ibu-bapa and ahli
keluarga yang lain untuk menyediakan
keperluan seorang kanak-kanak.
• Kajian telah menunjukkan bahawa kana-
kanak perlu diberi sepenuh perhatian di
peringkat awal; “sentuhan fizikal, rangsangan
perkataan dan lain-lain berupaya memupuk
perkembangan intelektual kanak-kanak
(Belsky, Lerner & Spanier,1984)
• Institusi kekeluargaan meletakkan kanak-kanak di dalam
masyarakat dalam bentuk kaum, agama dan status.
• Elemen ini adalah sebahagian daripada konsepkendiri (self
concept) kanak-kanak tersebut.
• Sesetengah elemen tersebut seperti kedudukan sosial mungkin
berubah tetapi kedudukan sosial semasa lahir tetap memberi
kesan kepada seseorang.
2. Sekolah
• Sekolah meluaskan dunia sosial kanak-kanak dengan melibatkan
orang yang berlainan latar belakang.
• Sekolah juga mengajar kanak-kanak banyak ilmu pengetahuan
dan kemahiran.
• Secara tidak formal, sekolah turut menyampaikan perkara lain
(hidden curriculum) kepada kanak-kanak. Aktiviti sukanmengajar
kanak-kanak nilai pencapaian dan kejayaan.
3. Rakan sebaya
• Kanak-kanak menjumpai rakan sebaya apabila mereka
mendaftarkan diri di sekolah.
• Rakan sebaya memberi peluang kepada kanak-kanak terlepas
daripada pemantauan orang dewasa.
• Kanak-kanak mendapat pengalaman yang berguna dalam
hubungan sosial dan mengukuhkan identiti diri masing-masing.
4. Media massa
• Perkataan ‘media’ berasal daripada perkataan Latin yang
bermaksud ‘tgh’ yang mencadangkan fungsi media untuk
menghubungkan orang ramai.
• Pengaruh media massa semakin berleluasa dengan adanya
teknologi komunikasi (akhbar, radio, televisyen, dsb) yang
membolehkan maklumat disampaikan dalam skala yang besar.
• Media massa memberikan impak yang
besar dalam perlakuan dan pandangan
seseorang.
• Bertahun sebelum kanak-kanak belajar
membaca, mereka menghabiskan masa
dengan menonton televisyen.
• Semakin mereka membesar, mereka
menghabiskan masa banyak di hadapan
televisyen dan di sekolah.
Kebaikan Media Massa

• Sumber maklumat, informasi, dan hiburan


• Menambah pengetahuan dan kefahaman tentang
pelbagai budaya
• Menyampaikan nilai-nilai dan norma masyarakat
• Mengandungi kempen-kempen yang berguna
kepada masyarakat
• Contohnnya: “Keselamatan Jalan Raya”, Tak Nak
merokok”, “Cintai Sungai Kita”
Keburukan Media Massa

• Menjadi ikutan dan mempunyai pengaruh


terhadap sikap sesorang, terutama kanak-kanak

• Menyiarkan keganasan – terdapat dalam iklan,


drama, filem, dll.
5. Institusi keagamaan

• Agama mempengaruhi pegangan dan


tindakan individu

• Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni

• Menjadi asas panduan kepada individu

• Memberi kesan kepada rohani


• Dari segi sosiologi, fungsi agama
adalah:
a) nyata (manifest) - mendefinisikan
kehidupan spiritual dan memberikan
maksud kepada istilah divine; dan
b) tidak nyata (latent) - menyediakan
forum untuk upacara keagamaan dan
tempat pertemuan untuk aggotanya.
• Apabila agama dilihat sebagai institusi, maka
fungsinya adalah:
• a) memberikan sokongan sosial - dilihat secara
mikro iaitu sokongan dalam masa cemas,
ketidakpastian dan kesedihan yang dialami oleh
seseorang.
• b) integrasi dan kawalan sosial - Karl Marx
berpendapat bahawa agama meneruskan dan
mengesahkan keadaan struktur sosial yang sedia
ada. Seperti Marx, ahli konflik berpendapat
bahwa agama menguatkan lagi bentuk
dominasi dan ketidakserataan dalam
• Menurut pandangan Marxist, agama berfungsi sebagai agent of
de-politicization dengan mewujudkan perasaan false
consciousness dikalangan anggota masyarakat yang kurang
bernasib baik dan mengurangkan kemungkinan tindakan politik
secara kolektif yang dapat mengakhiri penindasan sistem
kapitalis dan memajukan masyarakat. Pendeknya agama
menghalang pembangunan dan perubahan dengan
mendorong golongan kurang bernasib untuk fokus kepada aspek
kerohanian dan bukan kepada kemiskinan dan penindasan.
• c) menggalakkan perubahan sosial - Max Weber kurang setuju
dengan pendapat Karl Marx. Beliau mengkaji penduduk di
Eropah yang menceburi perniagaan dan mendapati bahawa
kebanyakan anggota yang berjaya dari kelompok Protestant
yang menekankan etika kerja yang berdisiplin, mementingkan
kehidupan duniawi dan pegangan hidup yang rasional.
• Weber berpendapat sistem kapitalis
dapat berterusan selama-lamanya.
Namun perkembangan dalam
kepercayaan keagamaan dapat
membuka ruang kepada anggota
masyrakat untuk menyuarakan
ketidakpuasan secara lebih terbuka.
PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Kedudukan Budaya dalam masyarakat Melayu:


Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971

• Kepentingan Budaya dalam Masyarakat Melayu

• Peranan Budaya dalam Masyarakat

• Pengaruh Budaya dalam Masyarakat


KEDUDUDKAN BUDAYA
DLM MSYKT MELAYU :
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

Latar belakang Dasar Kebudayaan


Kebangsaan
• Pembentukan satu kebudayaan
kebangsaan dapat memupuk perpaduan
menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai
yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh
semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan
satu identiti negara yang dapat dikenali
oleh negara-negara luar.
• Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia
telah menitikberatkan pembentukannya
secara beransur-ansur daripada pelbagai
kebudayaan yang terdapat di negara
kita dengan berteraskan kebudayaan asli
tempatan.
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

- Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan


Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat
setempat rantau ini.
- “Rantau” membawa maksud alam Melayu, yakni
warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang
sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada
orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut,
Kadazan dan lain-lain lagi.
- Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal
rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar boleh diterima menjadi unsur-
unsur kebudayaan kebangsaan.

- Prinsip ini memberi pengakuan bahawa


unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang
sesuai dan wajar memanglah telah lama
diamalkan.
- Masyarakat pribumi telah banyak
menerima unsur-unsur ini sejak zaman-
berzaman.
3. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan itu.
• Dasar ini telah menjadi garis panduan dalam membentuk serta
mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan
identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.
KEPENTINGAN BUDAYA

• Mencirikan sesebuah masyarakat

• Meneruskan kesinambungan negara pada masa


hadapan

• Mempertahankan identiti Melayu


PERANAN BUDAYA
• Sebagai jelmaan nilai – asas penting dalam konteks
masyarakat

• Membina konsep Budaya Kebangsaan (Budaya Malaysia)

• Memperkukuhkan integriti dalam masyarakat majmuk di


Malaysia

• Memantapkan generasi belia untuk menggerakkan


perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara
PENGARUH BUDAYA

• Budaya memberi impak kepada masyarakat –


pemakaian, komunikasi, hiburan; ekonomi

• Budaya masa kini – budaya destruktif

• Golongan yang paling mudah terpengaruh –


remaja dan belia
RUJUKAN
• Macionis, J.J. (2000). Sociology 7th ed. Upper Saddle River:
Prentice Hall.
• Kamus Dewan. (ed. ke 4). (2005). Selangor: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
• Muhammad Khairi. Dasar Pembangunan Negara: Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. http://muhammadkhairi. Dasar
Pembangunan Negara: Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
blogspot.com/2005/11/.html
• Wan Abdul Kadir. Pembangunan Industri
Budaya dan Identiti Melayu.
http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/
persidangan/Kertas%20Kerja/Prof%20wan%20
Abd%20Kadir.doc
• Khairul Arifin Moh Munir. (2008). Peranan Belia
dalam Memperkasa Budaya.
http://komentar-
massa.blogspot.com/2008/06/peranan-belia-
dalam-memperkasa-budaya.html