Muhammad Handzalah Bin Khairul Kissmee Nur A’ishah Binti Ahmad Shukri Norshahirah Binti Mohd Zin PISMP PENGAJIAN AGAMA ISLAM SEMESTER 4 Persatuan
Definisi Konsep Ciri-ciri
DEFINISI Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah .
Mereka mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu. Mereka berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. KONSEP Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis MESTILAH menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut iaitu:
• Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam
Peraturan Pendidikan • Hobi dan rekreasi • Sukan dan permainan • Badan beruniform Atau • Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. CIRI - CIRI
Jangka Masa Peluang
dan Pembelajaran Berterusan Keberkesanan Interaksi / Pendedahan KEBERKESANAN Kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.
Memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat
hasil keberkesanan sesuatu aktiviti yang dianjurkan.
Elakkan mengadakan aktiviti atau program yang kurang
memberi impak atau fokus yang mendalam.
Gunakan strategi publisiti yang sesuai. Nama aktiviti
yang menarik harus digunakan supaya dapat menarik peserta untuk menyertai aktiviti tersebut. Jemputan VIP yang sesuai untuk perasmian aktiviti juga dapat mendatangkan kesan publisiti yang positif. JANGKA MASA DAN BERTERUSAN Perjumpaan harus dijalankan secara berterusan dan tidak boleh dibatalkan sesuka hati untuk memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan.
Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti
mengadakan perjumpaan sekali seminggu.
Bagi aktiviti besar seperti karnival kebudayaan, ia perlu dilakukan
secara berterusan setiap tahun.
Antara masalah yang timbul akibat aktiviti dijalankan secara tidak
berterusan : Kebanyakan aktiviti tidak mewujudkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan AJK kerana kebiasaannya kitaran masa suatu projek yang dilakukan terlalu pendek dan tidakmampu menjalin hubungan yang erat antara ahli. JANGKA MASA DAN BERTERUSAN Keadaan ini tidak bermanfaat untuk jangka panjang, kerana projek jangka panjang memerlukan ahli pasukan yang mempunyai persefahaman yang tinggi dan saling mengenali antara satu sama lain.
Memerlukan tahap perancangan yang rendah. Semakin
kecil aktiviti yang diadakan, semakin sedikit persediaan yang diperlukan, maka semakin kurang daya pemikiran digunakan.
Justeru, ahli jawatankuasa bagi sesuatu persatuan
haruslah melatih keupayaan kognitif sebagai persediaan untuk merancangkan sesuatu aktiviti. PELUANG PEMBELAJARAN Apabila suatu aktiviti dijalankan, kedua-dua pihak peserta mahupun AJK perlulah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti.
Menjemput penceramah yang bertauliah dan
berbeza untuk memberi ceramah pelbagai topik atau tajuk. INTERAKSI / PENDEDAHAN Menambahkan interaksi atau pergaulan dengan pihak luar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Mengelakkan ahli daripada berada dalam
kumpulan yang sama dalam semua aktiviti kerana pemikiran akan menjadi kurang dinamik dan pengulangan idea kerap berlaku. SEKIAN TERIMA KASIH