Anda di halaman 1dari 11

EDUP3073

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TUTORIAL 2

Dibentang oleh;
Beatrice Santa
Christina Lenti
Eltherty Jata
Elyana Farida
Heren Shelly
Tutorial 2
Topik 2
Berasaskan pemahaman mendalam anda
tentang teori-teori berikut, jelaskan bagaimana
ia membantu peranan guru dalam
perkembangan sosiobudaya di bilik darjah.

- Teori Sistem Ekologi Bronfenbenner


Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan
mengenai perkembangan kanak-kanak melalui
interaksi ataupun perhubungan secara zahiliah
dengan alam persekitaran dan masyarakat
setempat. Berdasarkan teori ini, Bronfenbrenner
telah menetapkan lima ciri-ciri penting yang
perlu diambil kira. Kelima-lima ciri ini adalah
sistem tetap dalam teori ekologi dan merupakan
satu keutamaan. Kelima-lima sistem ini adalah
mikrosistem, mesosistem, eksosistem,
makrosistem dan kronosistem.
Sistem-sistem ini merupakan perkaitan atau
kesinambungan yang dikaitkan dengan
persekitaran kanak-kanak dengan perhubungan
interaksi kanak-kanak itu sendiri.
Mikrosistem
• Berhubungkait dengan persekitaran terdekat
kanak-kanak.
• Keadaan atau suasana yang berlaku secara
langsung terhadap kanak-kanak dari segala
segi samada untuk interaksi, aktiviti sosial
mahupun sebagai contoh tingkah laku.
• kanak-kanak akan lebih banyak menghabiskan
masa mereka berasaskan kepada sistem ini.
• Kanak-kanak adalah lebih rapat atau mudah
dipengaruhi oleh masyarakat terdekat seperti ibu
bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.
• Kawasan terdekat untuk kanak-kanak bagi
mikrosistem adalah di rumah, kawasan kejiranan
atau persekitaran rumah terdekat, serta kawasan
persekolahan.
• Bagi kawasan rumah, masyarakat terdekat
dengan kanak-kanak ialah pihak keluarga seperti
ibu bapa dan adik-beradik. Bagi kawasan
kejiranan pula, masyarakat terdekat adalah
seperti jiran dan rakan-rakan sementara kawasan
sekolah pula berkait rapat dengan guru dan rakan
sekolah.
• Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita
memberi bimbingan yang terbaik kepada para pelajar. Guru
bukanlah hanya sekadar mengajar bahkan turut
berperanan untuk mendidik para pelajar termasuk untuk
memberi bimbingan yang sewajarnya.
• Hal ini kerana, pelajar akan lebih banyak meluangkan masa
mereka di persekitaran sekolah berbanding di rumah. Oleh
itu, adalah wajar sekiranya guru dijadikan sumber rujukan
dan menjadi penasihat yang terbaik kepada pelajar mereka.
• Guru mestilah bijak dalam merangka aktiviti pengajaran
yang berkesan dan bersesuaian dengan pengalaman, minat
serta pengetahuan sedia ada pelajar untuk meningkatkan
tahap perkembangan mereka.
• Guru haruslah peka terhadap masalah –masalah pelajar
supaya objektif yang diharapkan akan tercapai dengan baik.
Mesosistem
• Mesosistem adalah kesinambungan daripada
mikrosistem.
• Elemen mesosistem tidak akan berlaku
sekiranya elemen mikrosistem tidak berlaku
terlebih dahulu.
• Proses mikrosistem adalah gabungan dua
elemen mikrosistem akan melahirkan unsur
mesosistem.
• Mesosistem menjelaskan kepada umum
bahawa keadaan atau suasana di sesuatu
tempat akan mempengaruhi tingkah laku
individu di kawasan lain.
• Contohnya, kaitan antara rumah dengan
sekolah.
Sekiranya seseorang pelajar merasai pengalaman
di rumahnya, maka pelajar itu akan menggunakan
pengalaman dan tingkah lakunya untuk dibawa ke
kawasan sekolah.
• Maka dengan itu, guru haruslah sentiasa
menunjukkan sikap yang baik dan terpuji kepada
para pelajar.
• Guru yang tidak menunjukkan sikap yang baik
kepada para pelajar akan menimbulkan pelbagai
masalah terutama kepada para pelajar itu sendiri.
Hal ini adalah kerana, pelajar akan senang
terpengaruh dan terikut-ikut dengan segala
tindakan guru. Mereka sering menjadikan guru
sebagai penunjuk cara dan sumber rujukan
mereka. Kerana itu, mereka gemar meniru
tingkah laku para guru.
• Disebabkan itu, adalah penting untuk para guru
dalam menerapkan unsur-unsur kerohanian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya
Peranan guru adalah perlu untuk menjamin
proses perkembangan kanak-kanak dengan baik.
Keberkesanan dalam proses pendidikan
terutama dari segi pengajaran dan pemilihan
aktiviti yang baik telah membantu proses
perkembangan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai