Anda di halaman 1dari 22

PUISI TRADISIONAL

B E R B UA T I S T A N A Z A M A N D A H U L U

AHLI KUMPULAN : ZAIM IC: 020628-04-0365

: ERZIQ IC: 021102-04-0365


SELOKA

Rangkap 1
Baginda menitahkan orang besar empat ,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
SELOKA

RANGKAP 2
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung serong.
SELOKA

Rangkap 3
Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
SELOKA

Rangkap 4
Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
SELOKA

Rangkap 5

Istana siap tukang pun mati,

Tiada orang dapat meniru;

Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.


MAKSUD SELOKA

Rangkap 1

Raja menitahkan empat orang pembesar untuk membina sebuah


istana yang dikelilingi parit dan tembok.Keempat-empat orang
pembesar yang setia dan taat terhadap perintah raja itupun memanggil
Pawang Raja.Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh
empat tukang yang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan
sebuah istana.
MAKSUD SELOKA

Rangkap 2

Setelah mengambil masa selama tujuh bulan, akhirnya istana yang


dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar
tersergam itu mempunyai sembilan bilik, sepuluh rembat guntung,
sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.
MAKSUD SELOKA

Rangkap 3

Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga ruang yang dikhaskan
untuk lapan orang menterinya. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan
seni ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja
lela dan bertiang tengah syukur menanti.Selain itu, galang-galang
istana bermotifkan corak puteri yang sedang menyembah, dan kasau
lentik bermotifkan corak helang terbang.
MAKSUD SELOKA

Rangkap 4

Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan
dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur
semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di
samping motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-
layang, dan sebuku garam.
MAKDUD SELOKA

Rangkap 5

Setelah istana itu siap dibina, semua tukang yang ditugaskan untuk
membina istana itu dibunuh supaya tiada seorang pun tukang yang
lain dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak
tersebut. Istana baharu yang tersergam indah itu telah
dipersembahkan kepada raja dan pemaisurinya.
TEMA

 Seloka “ Berbuat Istana Zaman Dahulu” bertemakan sindiran


terhadap golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri
untuk kegemilangan peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa
rakyat demi memenuhi kehendak dan cita-cita.
P E R S OA L A N

1. Kegigihan rakyat dalam melakukan tugas.


2. Kesetiaan dan ketaatan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada
pemerintah.
3. Kehalusan dan keunikan seni ukiran Melayu tradisional.
4. Golongan raja yang mengutamakan kepentingan peribadi.
5. Ketelitian dalam reka bentuk istana.
6. Seni bina istana masyarakat Melayu tradisional.
BENTUK SELOKA

1. Seloka “Berbuat Istana Zaman Dahulu” ialah puisi berbentuk


bebas.
2. Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.
3. Bilangan baris dalam rangkap pertama hingga rangkap ketiga ialah
enam baris, rangkap keempat ialah lapan baris, dan rangkap kelima
ialah tiga baris.
4. Setiap baris mengandungi dua hingga enam patah perkataan.
BENTUK SELOKA

5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga
tujuh belas suku kata.
6. Rima akhir seloka ini ialah…
Rangkap pertama : abbbcd,
Rangkap kedua : aabcde,
Rangkap ketiga : abcdeb,
Rangkap keempat : abcddefd,
Rangkap kelima : aba.
G AYA BA H A S A

 Repetisi : Contohnya: Empat puluh empat tukang dan utas;


Tujuh bulan tujuh purnama.
 Responsi : Contohnya: Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung hensem,
Dua belas dengan anjung tinggi.
 Anafora : Contohnya: Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti:
G AYA BA H A S A

 Personafikasi : Contohnya: Tiang tengah syukur menanti;

Lilit-melilit akar Cina .

 Metafora : Contohnya: Tiang tengah ; anjung tinggi.

 Inversi : Contohnya: Garam sebuku sisa jeragan (Sepatutnya: Sisa


jeragan garam sebuku)
U N S U R BU N Y I

 Asonansi: Contohnya:

i. perulangan bunyi vokal a: Galang-galangnya ular berang

ii.perulangan bunyi vokal u: Tujuh bulan tujuh purnama.

 Aliterasi: Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan k: Kasau kecil puteri menyembah.

ii. Perulangan bunyi konsonan b: Berjenang berbatu kawi


NILAI

1. Nilai ketaatan. Contohnya: Orang besar berempat menjunjung titah


raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit
dan tembok.
2. Nilai kebijaksanaan. Contohnya: Raja menitahkan orang besar
berempat untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi
parit dan tembok untuk tujuan keselamatan.
3. Nilai tanggungjawab. Contohnya: Empat puluh empat tukang yang
mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana.
NILAI

4. Nilai kerajinan. Contohnya: Empat puluh empat tukang yang mahir yang
begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang
malam.
5. Nilai kasih sayang. Contohnya: Raja membina sebuah istana yang
dikelilingi pairt dan tembok untuk melindungi permaisuri daripada musuh.
6. Nilai kerjasama. Contohnya: Empat puluh empat tukang yang mahir yang
bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja.
7. Nilai kegigihan. Contohnya: Empat puluh empat yang mahir gigih
menyiapkan istana raja walaupun terpaksa bekerja siang dan malam.
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah setia akan pemerintah yang berkuasa.

2. Sebagai rakyat, kita mestilah taat dan patuh akan perintah


ketua atau pemimpin demi keharmonian sesebuah negara.

3. Sebagai rakyat kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang


telah diamanahkan dengan penuh integriti.
PENGAJARAN

4. Kita mestilah rajin bekerja dengan bersungguh-sungguh


untuk memastikan segala perancangan yang dibuat berjaya
membuahkan hasil.
5. Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama dan bantu
membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
6. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan
lelah.