Anda di halaman 1dari 17

Pelaksanaan Program

Pendidikan Inklusif
 Pendekatan Pendidikan Inklusif (Inlusif Separa, Inklusif Penuh)
 Proses Pemilihan Murid Pendidikan Inklusif
(Kriteria Pemilihan, Penempatan)
• Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan program
pendidikan bagi murid berkeperluan khas (MBK) yang
dilaksanakan di sekolah harian.
• MBK belajar bersama-sama murid lain dalam kelas yang sama.
Inklusif Separa Inklusif Penuh

Pendekatan
Pendidikan
Inklusif
Inklusif MBK mengikuti sebahagian
pembelajaran dalam mata pelajaran

Separa atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran


perdana di bawah bantuan guru
pendidikan khas.
Inklusif Separa
• Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu
sahaja.
• Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas.
• Senarai nama murid pada daftar Pendidikan Khas.
• Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
• Mengambil ujian mata pelajaran seperti murid arus perdana
MBK belajar secara
sepenuh masa
Inklusif Penuh
bersama-sama
murid arus perdana
Inklusif Penuh
• Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid
biasa.
• Senarai nama kekal dalam daftar Pendidikan Khas.
• Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang
masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku.
• Pelajar pendidikan khas yang layak menduduki peperiksaan awam
Proses Pemilihan Murid
Pendidikan Inklusif
Kriteria Pemilihan

• Melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh KPM


• Umur MBK hendakah mengikut kohort umur murid di arus perdana atau tambahan satu
tahun sahaja daripada umur murid di arus perdana
• Maksudnya, jika murid itu hendak diinklusifkan ke tahun dua, umur murid berkeperluan
khas adalah sama ada lapan atau sembilan tahun.
• MBK yang telah ditempatkan dalam PPI perlu menjalani tempoh percubaan maksimum tiga
bulan.
• Setelah tamat tempoh percubaan, MBK yang didapati tidak sesuai untuk meneruskan
pembelajaran di PPI akan ditempatkan ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
PENEMPATAN
• MBK di bawah sistem pendidikan khas Malaysia terdiri daripada murid yang
mempunyai kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang
upaya pertuturan , kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran, dan murid
yang mempunyai mana-mana kombinasi ketidakupayaan atau masalah di atas
(Jabatan Peguam Negara, 2013)
• Kepelbagaiaan ini menyebabkan wujud pendapat-pendapat yang menyatakan
bahawa perkhidmatan pendidikan khas yang berbeza perlu dibekalkan kepada
MBK dalam persekitaran yang berbeza mengikut tahap ketidakupayaan yang
dialami oleh murid-murid berkenaan.
 Antara pendapat-pendapat yang disuarakan ialah :
a) Kebanyakan MBK, persekitaran yang sesuai untuk proses pembelajaran tentunya
persekitaran yang kurang sekatan (least restrictive environment), iaitu, MBK dapat belajar,
bersosialisasi dan menjalani aktiviti bersama rakan-rakan tipikal (arus perdana) yang lain.
b) Pembelajaran MBK lebih sesuai sebahagian masa berlaku di aliran kelas arus perdana dan
sebahagian masa lain berlaku di kelas pendidikan khas atau di kelas resos.
c) Persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk MBK lebih sesuai di satu persekitaran
yang terasing sepenuh masa seperti di sekolah pendidikan khas atau dikelas pendidikan
khas di PPKI kerana terdapat MBK yang hanya mampu menjalani proses pembelajaran
dengan bantuan orang lain dan memerlukan alatan khas atau kemahiran tertentu.

 Lewis dan Doorlag (2014) menyatakan bahawa penempatan MBK boleh belaku dalam
pelbagai situasi, bermula dari kelas arus perdana dan berakhir dengan penempatan di
sekolah dalam hospital untuk kanak-kanak yang memerlukan rawatan penyakit.
Penempatan MBK di PPI perlu mengambil kira
perkara seperti:
• Saiz kelas arus perdana yang menjalankan PPI sebaik-baiknya mempunyai
bilangan murid kurang daripada 35 orang
• MBK yang ditempatkan di PPI tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas
• MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan pencapaian mereka
• Kelas PPI sebaik-baiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK
yang menggunakan kerusi roda
• Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa
secara bertulis
• Guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif hendaklah
sebaik-baiknya diberi latihan dalam mengendali MBK untuk
melengkapkan guru arus perdana dan menjadikan mereka lebih
baik.
• Bagi sekolah tanpa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),
pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan daripada latihan
daripada guru PPKI dari sekolah berhampiran, pegawai di Pusat
Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai