Anda di halaman 1dari 6

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

BAB 1 :
KONSEP BUDI BAHASA DALAM
MASYARAKAT MALAYSIA
Ulas pantun dibawah dengan mengaitkan kepentingan
budi terhadap sesuatu bangsa.

Tegak rumah kerana sendi,

Runtuh sendi rumah binasa,

Sendi bangsa ialah budi,

Runtuh budi runtuhlah bangsa.


Kepentingan budi terhadap sesuatu
bangsa ialah ..
1 . Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.

• Saling menghormati tidak kira apa jenis jua kulit atau status

• Menjaga perasaan antara satu sama lain melalui tutur bicara atau
perkataan kerana “terlajak perahu boleh diundur , terlajak laku atau
kata buruk padahnya.”

• Contohnya, Konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Dato Sri


Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri yang ke-6

• Konsep ini membawa aspirasi membaiki hubungan kaum untuk


menjamin peprpaduan yang lebih erat.

• Langkah ini bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat yang


semakin goyah akibat fahaman politik berbeza.
2. Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun

• Menurut konteks sejarah, masyarakat bertamadun ialah


tahap tatasusila yang tinggi, kebudayaan yang luhur dan
pencapaian yang lahiriah.

• Oleh itu, masyarakat pada zaman tersebut dapat


membina tamadun yang sangat hebat

• Contohnya tamadun Mesopotamia , tamadun Hwang Ho


dan tamadun Indus .

• Untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun, kita


seharusnya tidak bersikap biadab dan kasar .