Anda di halaman 1dari 35

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SLOT 4
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
SEKOLAH RENDAH
2

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:


1. menyatakan kandungan modul PKJR dengan jelas
2. menjelaskan tema, fokus dan Hasil Pembelajaran (HP) yang
terdapat dalam Buku Panduan Guru (BPG)
3. menghuraikan pelaksanaan Buku Aktiviti Murid (BAM) berdasarkan
BPG, pemacu pena dan kit pembelajaran
4. menyesuaikan Standard Pembelajaran (SP) dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
dengan HP PKJR
3

1. Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di sekolah rendah


secara penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah telah dimaklumkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.10/2009. Namun, mulai tahun 2017, PKJR akan dilaksanakan dua (2) jam
sebulan di sekolah rendah secara berperingkat-peringkat (KPMSP 600-5/2/31
Jld.2 (94) seiring dengan pelaksanaan KSSR semakan.
2. Penggunaan BAM boleh dilaksanakan tanpa menurut urutan fokus dan aktiviti.
Guru boleh memilih fokus dan aktiviti yang sesuai dengan kemahiran bahasa
yang akan diajarkan.
3. Guru perlu menyesuaikan aktiviti yang terdapat dalam BAM dengan tahap
pencapaian murid.
4. Guru hendaklah menggunakan kit pengajaran seperti kad imbasan, poster,
puzzle dan VAA yang terdapat dalam pemacu pena sebagai bahan bantu
mengajar semasa PdP dilaksanakan.
4

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ialah pendidikan berterusan


sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai
nyawa, kesihatan, dan harta. pembudayaan keselamatan jalan raya
menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk
melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta
mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang
ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
5

 ‘WASPADA BUDAYA KITA’ bermaksud sikap sentiasa berhati-hati di


jalan raya hendaklah dijadikan amalan dalam kehidupan rakyat
Malaysia untuk menjamin keselamatan diri dan masyarakat serta
mengurangkan kes kemalangan, terutama kemalangan yang
melibatkan kanak-kanak.
 Slogan ini amat sesuai untuk diterapkan dalam jiwa murid sejak awal
supaya mereka akan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah
dan bertanggungjawab dari usia kanak-kanak hingga dewasa.
6

 Buku Aktiviti Murid (BAM)


 Buku Panduan Guru (BPG)
 Pemacu Pena – Video,
Audio dan Animasi (VAA)
 Kit Pengajaran
7
8

Buku ini mengandungi perkara seperti yang berikut:


 Kandungan Kemahiran PKJR
 Cadangan Jawapan BAM
 Glosari Keselamatan Jalan Raya
JARJIT ALIYA 9
ADAM

MEI LING JUTIM


RANI
10

 Rakan PKJR ialah ikon atau watak yang digunakan dalam


BAM.
 Guru dan murid perlu mengenali semua ikon untuk
memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran penyisipan
elemen PKJR dalam bahasa Melayu.
 Ikonini sama dari taska, prasekolah, sekolah rendah dan
sekolah menengah.
 Ikon mencerminkan kepelbagaian kaum di Malaysia.
11

Kad imbasan Puzzle Video

Audio Poster Pelekat


12

Mendengar dan
bertutur

Membaca

Menulis
13

 Mempamerkan hubungan antara tema, fokus dan hasil pembelajaran.


 Keserasian ini dapat membantu guru untuk mendapatkan gambaran
yang betul terhadap hasil pembelajaran yang perlu dicapai dalam
pengajaran elemen PKJR.
 Hasil Pembelajaran PKJR dapat disesuaikan dengan kemahiran
bahasa dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dalam DSKP Bahasa Melayu.
14

 Terdapat enam tema PKJR yang sama bagi Tahun 1 hingga


Tahun 6
1. Pengangkutan Darat
2. Persekitaran Jalan Raya
3. Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya
4. Tingkah Laku Pejalan Kaki
5. Tingkah Laku Penunggang Basikal
6. Tingkah Laku Penumpang
15

 Fokus ialah pecahan daripada tema.


 Fokus ada yang sama dan ada yang berbeza bagi
Tahun 1 hingga Tahun 6.
 Terdapat pemeringkatan informasi fokus bagi
menentukan tema dalam PKJR dapat disampaikan
kepada murid.
16

 HP PKJR ditetapkan dengan merujuk kepada fokus.


 HP PKJR yang terdapat dalam BPG adalah sama dari Tahun 1
hingga Tahun 6 tetapi tidak semestinya HP yang sama digunakan
pada setiap tahun.
 Walau bagaimanapun dalam pelaksanaan PdP, HP PKJR yang
perlu dicapai berbeza untuk menunjukkan pemeringkatan
daripada rendah kepada semakin tinggi berdasarkan tahap
pencapaian murid.
 HP dicatat pada penjuru kanan bahagian halaman BAM dan
BPG.
 Contoh PKJR HP:1.1.1 pada halaman 1 BAM PKJR Tahun 1.
17

 Semua aktiviti yang dilaksanakan dalam BAM diberikan


cadangan jawapan untuk memudahkan guru menyemak
jawapan murid.
 Bagi jawapan soalan yang berbentuk penulisan ayat atau
esei, guru boleh menerima jawapan murid yang sesuai
dan bukan merujuk cadangan jawapan yang diberikan
semata-mata.
18
19

 Tajuk kecil untuk setiap aktiviti.


 Aktiviti merujuk kemahiran bahasa dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.
 Pentaksiran-latihan.
 Simbol-simbol jalan raya.
20

 Tajuk kecil terjemahan daripada tajuk yang difokuskan.


 Tajuk kecil diterjemahkan melalui aktiviti murid.
 Contoh hubungan tema, fokus dan tajuk kecil bagi Tahun 2.
Tema: Pengangkutan darat
Fokus: 1.1 kenderaan persendirian, kenderaan awam,
kenderaan berat dan jentera
Tajuk kecil: Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi
(BAM PKJR tahun 2: Aktiviti 1)
Ciri-ciri Keselamatan Kenderaan (BAM PKJR tahun 2:Aktiviti 2)
21

 Aktiviti murid sesuai dengan PdP bahasa Melayu, iaitu


setiap kemahiran yang diajarkan diikuti latihan untuk
memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan.
 Pentaksiran yang diberikan sesuai dengan kemahiran yang
ditetapkan, iaitu latihan untuk kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis.
 Aktiviti dan latihan dalam modul membantu guru untuk
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
22

 Kandungan Pemacu Pena terdiri daripada video,


audio dan animasi (VAA)
 Contoh kandungan Pemacu Pena untuk Tahun 2:
- T02A02: Aktiviti 2: Ciri-ciri Keselamatan Kereta
- T02A05: Aktiviti 5: Simbol Lampu Isyarat
- T02A15: Aktiviti 15: Lagu Rasa Sayang – muzik
audio
- T02A20: Aktiviti 20: Pakaian dan Peralatan
Keselamatan Berbasikal
- T02A21: Aktiviti 21: Pemilihan Pakaian dan
Peralatan Keselamatan Berbasikal (Teknik
Bercerita)
23

Kit Pengajaran Tahun 2 mengandungi gambar/poster yang berikut:


A. Persekitaran Jalan Raya B. Tingkah Laku Pejalan Kaki
1. Laluan Pejalan Kaki 1. Kawasan Kanak-kanak Melintas
2. Jejantas 2. Lampu Isyarat di Hadapan

3. Bebendul Jalan 3. Berhenti Kanak-kanak Melintas

4. Lintasan Pejalan Kaki


5. Lampu Isyarat Lintasan Pejalan Kaki
6. Hentian Bas
7. Motosikal Dilarang Masuk
24

 Guru perlu menggunakan bahan PKJR yang dibekalkan dalam PdP BM.
 PdP BM dan komponen PKJR diajarkan secara bersepadu bukan
berasingan.
 Guru perlu bijak untuk menerapkan ilmu PKJR dalam Standard
Pembelajaran yang digunakan dalam PdP.
 Bahan yang disediakan hendaklah digunakan sepenuhnya bagi setiap
tahun supaya objektif PKJR tercapai.
25

 Tentukan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran


(SP) yang akan digunakan dalam PdP.
 Tentukan tema dan tajuk PdP yang sesuai.
 Tentukan objektif yang ingin dicapai dalam PdP BM.
 Pastikan komponen PKJR yang akan diserapkan dalam PdP.
 Pelaksanaan diterjemahkan dalam langkah PdP untuk mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
26

Standard Kandungan
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
Standard Pembelajaran
1.2.1 Bertutur dan menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut
konteks.
HP PKJR
5.1.2 Memilih pakaian yang sesuai dan mengenakan peralatan keselamatan berbasikal.
(Aktiviti: 21,halaman: 25)
27

Pada akhir pengajaran murid dapat:

1. Menjelaskan hal pakaian dan peralatan keselamatan yang


didengar daripada audio secara bertatasusila.
28

Standard Kandungan
2.1 Asas membaca dan memahami.
Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai;
(ii) Ayat
HP PKJR
5.1.2 Memilih pakaian yang sesuai dan mengenakan
peralatan keselamatan berbasikal (Aktiviti: 21,halaman: 25)
29

Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Membaca dialog “Fungsi Peralatan Keselamatan
Berbasikal” dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai.
30

Standard Kandungan
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.
Standard Pembelajaran
3.2.1 Membina dan menulis;
(iii) Ayat
HP PKJR
3.1.2 Mengenal pasti peraturan dan undang-undang jalan
raya di persekitaran mereka (Aktiviti: 14, halaman:17).
31

Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Membina ayat berdasarkan gambar tentang peraturan dan
undang-undang jalan raya dengan betulnya secara bertulis.
32

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan, 4 peserta bagi satu kumpulan (5


kumpulan Tahap 1 dan 5 kumpulan Tahap 2).

Arahan kepada peserta:


 Tentukan kemahiran bahasa yang ingin diajarkan kepada murid.
 Kenal pasti Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dalam DSKP dan
Hasil Pembelajaran PKJR.
 Tulis objektif pengajaran yang eksplisit yang mengandungi perkara yang
berikut:
• tingkah laku murid yang dapat dilihat atau diukur
• keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
• hasil yang akan diperoleh murid atau pencapaian minima.
33

 Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan.


 Kumpulan lain memberikan refleksi dari aspek yang berikut:
- ketepatan pemilihan Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran PKJR dengan
kemahiran bahasa yang diajarkan.
- ketepatan penulisan objektif pengajaran berdasarkan
Standard Pembelajaran.
34

 Bahan PKJR amat sesuai untuk diserapkan dalam PdP BM di


sekolah rendah kerana memenuhi keperluan murid dari aspek
ilmu, sahsiah dan tingkah laku sebagai pengguna jalan raya.
 Bahan PKJR amat sesuai untuk diaplikasikan dalam tiga
kemahiran bahasa dalam PdP BM, iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
 Murid akan memperoleh dua perkara dalam satu masa melalui
penyerapan bahan PKJR, iaitu ilmu tentang keselamatan jalan
raya dan kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu.
35