Anda di halaman 1dari 36

PKUK3113 PENTAKSIRAN DALAM

PENDIDIKAN KHAS
(PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MEMBACA)

DISEDIAKAN OLEH:
NAZIRA BT BAHRON
NUR NABILAH BT JAAFAR
KEMAHIRAN MEMBACA
• Menurut Klein (2005), membaca merupakan
proses mendapatkan informasi daripada teks dan
pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca.
• Proses membaca memerlukan seseorang itu
menterjemahkan kembali lambang-lambang
bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang
hendak disampaikan oleh penulisnya
• Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 “baca”
bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau
tercetak dengan cara meneliti dan memahami
makna dan tujuan isi tersebut.
KOMPONEN KEMAHIRAN
MEMBACA

MEMECAHKAN KOD

KEFAHAMAN

KELANCARAN MEMBACA

MASALAH KEMAHIRAN MEMBACA


Memecahkan kod
• Terbahagi kepada dua pendekatan “Word
Analysis” dan “Word Recognition”.
• Analisis kata dikenali juga sebagai fonik.
• Merangkumi aspek fonologi
• Analisis kata atau fonik banyak membantu
murid untuk mengenal pasti bentuk dan bunyi
huruf yang betul.
• Mengenal pasti kata pula merujuk kepada
keupayaan individu menyebut atau
membunyikan perkataan dalam teks. Apabila
murid dapat mengenal pasti kata dan
menyebutnya dengan lancar bererti murid
telah menguasai kemahiran mengenal pasti
kata.
KEFAHAMAN

 Kefahaman membaca ialah kebolehan seseorang


memahami makna sesuatu perkataan atau makna
perkataan mengikut konteks.
 Kemahiran membaca dan memahami merupakan kemahiran
seumur hidup yang sangat perlu dikuasai oleh setiap
individu (Reid, 1981).
 Proses untuk mendapatkan maklumat daripada komunikasi
samaada melalui lisan, tulisan atau penggunaan simbol
tertentu dan merangkumi proses mental yang kompleks.
MASALAH DALAM KEFAHAMAN
MEMBACA
Kelancaran membaca
• Kelancaran membaca ialah membaca sesuatu
perkataan, ayat atau teks dengan betul dan cepat.
• Ukuran biasa bagi kanak-kanak yang telah lancar
membaca ialah mereka membaca dengan senyap,
dan secara spontan (dengan mudah)
mengenali perkataan.
• Oleh itu menurut Samuels (2006), pembaca
lancar adalah pembaca yang boleh menyahkod
dan memahami pada masa yang sama.
1. Masalah mentafsir bentuk bertulis

i. Masalah mengenal bentuk huruf.


ii. Masalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
iii. Masalah tidak boleh menyebut nama huruf dengan
tepat.
iv. Masalah membaca huruf besar .
v. Masalah tidak boleh membatang suku kata dengan
betul.
vi. Masalah menyebut perkataan dengan lancar.
vii. Masalah membaca ayat-ayat dengan lancar.
i. Masalah mengenal bentuk
huruf
• Sering kali keliru dengan huruf yang hampir
serupa, terbalik, dan songsang.

(a)Huruf-huruf yang hampir sama


 m-n, h-n, f-t,i-j, c-e, n-t, r-t

(b)Huruf-huruf kecil yang mempunyai bentuk


terbalik.
 U-n, w-m, g-b, h-y

(c)Huruf-huruf kecil yang berbentuk sonsang


 b-d, b-p, p-q
ii. Masalah menyebutbunyi
huruf dengan tepat
• Tidak boleh membezakan bunyi huruf
yang hampir sama.

(a) Tidak boleh membezakan bunyi huruf yang


hampir sama.
 d-t, b-p, m-n, s-z

(b)Tidak boleh menyebut bunyi konsonan


bergabung.
 Kh, ng, ny, sy

(c)Keliru dengan bunyi ‘ja’, ‘ga ’, ‘gi’, dan ‘ji’.


iii. Masalah tidak boleh
menyebut nama huruf dengan
tepat
(a) Keliru menyebut nama huruf yang seakan-akan
sama bentuk
 m-n, n-h, n-r, r-t, i-j,c-e, f-t

(b) Menyebut bunyi nama huruf mengikut bunyi


bahasa ibunda atau dialek
 l-r, l-yel, m-hem, z-je,o-wo
iv. Masalah membaca huruf
besar
(a) Keliru dalam mengenal bentuk huruf besar
yang seakan-akan sama
 D-P, I-T, M-N, E-F

(b) Keliru dalam mengenal bentuk huruf besar yang


terbalik
 N-Z, M-W, L-T

(c) Keliru dalam menamakan huruf besar dan huruf


kecil kerana bentuk yang berlainan
 A-a, B-b, D-d, E-e, G-g, L-l, Q-q, R-r
V. Masalah tidak boleh
membatang suku kata dengan
betul
(a) Tidak boleh membezakan bunyi suku kata yang
ada e pepet dan e taling
 Perang-perang, sepak-sepak, telur-telor

(b) Tidak boleh membunyikan perkataan dengan


betul setelah mengeja dan membatang suku
kata
 Ti - ga = di - la

(c)Tidak boleh membatang perkataan yang


mengandungi lebih daripada 2 sukukata
 Sekolah=sekol-ah
(d) Tidak boleh membatang suku kata dalam
perkataan yang mempunyai imbuhan ‘me’.
 Memukul = mem-ukul

(e) Tidak boleh membunyikan konsonan bergabung


awal yang bermula dengan ‘ng’, ‘sy’, ‘ny’.
 Ngantuk = gantuk
 Syarikat = siarikat
 Nyenyak = nenyak
vi. Masalah menyebut
perkataan dengan lancar
(a) Boleh menyebut bunyi huruf tapi bukan bunyi
perkataan.
 B – O – L–A= ?

(b) Tidak boleh membaca perkataan tanpa


menyebut bunyi huruf-huruf perkataan.
 E – k - o- r = ekor

(c) Sering mengubah ganti bunyi suku kata dalam


perkataan.
 Lari = laki
 Marah = merah
(d) Meninggalkan sesetengah bunyi
huruf / suku kata dalam perkataan.
 Marah = mara
 Kepada = pada

(e) Masalah menyebut perkataan yang seakan- akan


sama rupanya.
 kepala = kelapa
 Rambut = rumput
(g) Salah menyebut perkataan yang seakan sama
bunyi.
 Layak = rakyat
 Talam = dalam

(h) Menyebut perkataan mengikut dialek.


 Air = ‘ayer’
vii. Masalah membacaayat dengan
lancar
(a) Sering meninggalkan/ menambahkan perkataan semasa
membaca ayat.
 Sayasuka makan durian = Saya makan durian.
 Saya minat bermain bola = Saya minat bermain bola
sepak

(b) Sering mengulangi sesetengah perkataan. (repetition)


 Saya ada…ada seekor kucing…kucing.

(c) Sering meninggalkan imbuhan dalam perkataan semasa


membaca ayat.
 Ali suka melancong = Ali suka lancong
(d)Tidak memahami makna ayat semasamembaca.
 Abdullah makan angin di tepi laut
 Murid faham = Abdullah makan angin
 Maksud sebenar = Abdullah berehat / bersiar-
siar

e) Pembalikan (inversion)
 huruf / perkataan dibaca secara terbalik/ songsang.
 Contoh: Saya ada buku = Saya buku ada
2. Masalah-masalah dalam memahami
bacaan
i) Gagal memahami maksud perkataan dan
frasa yang berkaitan dengan waktu

contoh: selepas, sebelum, sekejap

ii) Tidak memahami maksud perkataan dalam


pelbagai situasi.

contoh: “Panjatlah lagi pokok itu”

Murid tidak faham bahawa ayat tersbut bermaksud


melarang seseorang daripada memanjat pokok.
iii) Gagal memahami atau membuat urutan idea
atau peristiwa yang terdapat dalam bahan
bacaan terutamanya apabila diminta
menceritakan semula petikan yang dibaca.

iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya


apabila tidak memahami arahan yang dibaca.

v) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan


carta, graf, peta, gambar rajah dan sebaginya.
UJIAN DIAGNOSTIK
BACAAN
MATLAMAT UJIAN BACAAN
PELAKSANAAN UJIAN DIAGNOSTIK
BACAAN

MENGUKUR KEFAHAMAN BACAAN


Matlamat Ujian Bacaan
• Mengenalpasti secara khusus masalah yang
dihadapi oleh murid.
• Mengenal pasti punca kegagalan murid untuk
menguasai kemahiran membaca.
• Membantu guru mengenal pasti kumpulan
tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-
kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
• Membolehkan guru merancang dan membina
program dan bahan bantu mengejar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.
PELAKSANAAN UJIAN DIAGNOSTIK
BACAAN
• Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah
guru mengenal pasti tahap penguasaan murid-
murid.

• Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu.

• Ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang


paling rendah kepada yang paling tinggi –
pengetahuan, pemahaman dan penggunaan
dalam kehidupan harian.

• Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah


direkodkan.
• Berikan masa yang cukup kepada murid untuk
menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab
dengan tenang dan selesa.

• Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya


guru tahu kesalahan, kesilapan dan kelemahan murid
mereka.

• Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah


direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru untuk
pengajaran seterusnya.

• Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada


guru untuk merancang pengajaran sama ada secara
kumpulan atau pun individu.
MENGUKUR KEFAHAMAN MEMBACA
Terdapat beberapa peringkat pemahaman dalam kemahiran
membaca :

1. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang


dilihat.
2. Mengaitkan lambang atau perkataan tersebut dengan
bunyi atau makna.
3. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkan
dengan maklumat yang sedia ada dalam pemikiran.
4. Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat
sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.
5. Menghuraikan dan mengelaskan idea yang dibaca dalam
bentuk pencertitaan semula dan menjawab soalan
pemahaman.