Anda di halaman 1dari 22

PROSES KREATIF

CHEW ZHENG LIN


CHIA HUEY YING
LOKE VICKIE
PENGENALAN
 Tahap tindakan yang diperlakuan insan secara sedar
dalam penciptaan sesuatu
 Dua proses : Proses Dalaman dan Proses Luaran
 Proses dalaman merangkumi tahap-tahap yang
berlaku dalam fakulti otak, dan pembahagian yang
selalunya ialah persediaan, pengeraman, iluminasi
dan vartifikasi
 Proses luaran pula ialah tahap-tahap mengeluarkan
bahan, perangkaan, penulisan dan penyemakan
SAMBUNGAN…

Otak kiri digunakan Otak kanan pula


untuk pemikiran logik digunakan untuk
seperti untuk proses pemikiran kreatif seperti
mengingat semula untuk berfikir secara
atau menghafal kritis, untuk hiburan,
mengulang sesuatu dan
sesuatu
berkreatif sendiri
SAMBUNGAN…
 Setiap penulis akan melalui proses kreatif
 Yang penting ialah disiplin, budaya kerja,
keadaan otak dan persiapan diri yang ada
sebelumnya sudah sentiasa dilatih dan
dibiasakan dengan keperluan sama ada
mengejut atau sebaliknya (Hizairi Othman,
1996)
 Kesanggupan untuk melibatkan diri dalam
pelbagai keadaan ini memungkinkan
kelahiran pelbagai ragam penulis pula ketika
mahu atau sedang menulis
TAHAP PROSES KREATIF
 Ramai pengkaji, penulis dan insan kreatif telah
bersetuju dan menggunakan pendapat bahawa terdapat
empat tahap dalam proses berkreatif, iaitu persediaan,
pengeraman, iluminasi dan varifikasi (John W. Horton,
1962)

 Sebagai contoh, untuk merealisasikan novel Di. Ar. Ti.


(1989), Rahmat Haroun memperoleh idea pertamanya
setelah melawat sebuah klinik yang terkenal
mempunyai 1500 pakar dalam pelbagai disiplin dan
5000 orang paramedik yang datang dari seluruh
Amerika, malah seluruh dunia
TAHAP PERSEDIAAN
 Proses menghimpun maklumat, data atau bahan
yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau saranan pemikiran kreatif
 menagih daripada penulis akan semua proses
didikan intelek, secara perubahan (eksperimental)
atau logikal, juga menagih pengetahuan dan
pengaruh latar belakang seseorang
 Tahap ini juga memerlukan ‘pencarian’ bagi
memperkaya idea pertama tadi
 Antara caranya ialah membaca, mencatat,
berbincang, bertanya, mengumpul dan meneroka
TAHAP PENGERAMAN
 Berlaku peringkat mengeramkan masalah atau saranan tadi
dalam prasedar atau bawah sedar (subconscious mind)
 Penulis kelihatan seperti berfikir secara serius, seolah-olah
dia sedang menikmati situasi yang enak
 Bermula inspirasi, ilham atau idea pemutus, bergantung
pada sekuat mana usaha seseorang menangani masalah
atau saranan tadi
 Jangka masa tidak dapat ditentukan
 Ilham dijelma di bawah proses bawah sedar begini
TAHAP PENGERAMAN
 Pertindihan proses pengeraman dan persediaan berlaku
 Sekiranya terbantut kekangan, penulis akan menggunakan
pelbagai pendekatan hinggalah mendapat kepastian dan
menyelesaikan masalah
Contoh Proses Pengeraman :
Proses Penciptaan Novel Salina
(Datuk A. Sama Said, 1961)
Menulis Salina dalam
suasana yang begitu
tidak sempurna, tetapi
Naluri ingin mencipta barangkali
novel yang menyerapkan ‘ketidaksempurnaan’
unsur sejarah dan itulah yang telah
falsafah seperti War and menjadikan kehadiran
Mempunyai idea novel itu begitu terasa
pertama tetapi idea itu Peace oleh Leo Tolstoy,
tidak mengembang Dr. Zhivago oleh Boris
dengan baik dalam Pasternak dan A
fikirannya Farewell to Arms oleh
Ernest Hemingway
TAHAP ILUMINASI
 kemunculan sebenar idea pertama (insight), gagasan,
inspirasi atau ilham tadi, malah diiringi dan dikawal oleh
proses psikologi tertentu
 Memahami, dapat menerangkan apa yang mahu
dilakukannya kepada orang lain
 Emosinya cenderung menjadi riang – menemui jalan
pemutus
 Membawa proses penciptaan itu ke puncaknya
Contoh Proses Iluminasi:
Proses Penciptaan Novel Merpati Putih Terbang
(Khadijah Hashim)
 Senario politik tempatan yang tidak memberangsangkan pada
tahun 1971 - ramai ahli politik yang mementingkan diri sendiri
 Penulis berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu, iaitu
menulis sebuah novel
 Penulis mengeramkannya agak lama, dan masih tercari-cari sudut
mana yang paling baik untuk dikupas
 Pada satu tahap, beliau seolah-olah diberitahu bahawa novel itu
nanti akan memperkatakan senario ketempangan politik ketika
itu, khususnya yang memperkatakan kekurangan pemimpin yang
gigih untuk membimbing orang kampung, dan seterusnya
menyedarkan mereka
TAHAP VARIFIKASI

 Menilai dan menghakimi idea pertamanya


 Realitinya harus diuji hingga kepada bentuknya yang
paling dasar
 Pemikiran kritis diperlukan
 Menyemak semula perkara yang telah dilakukan
sebelumnya
 Intuisi (naluri atau bisikan kalbu) penulis sangat
berpengaruh bagi memastikan sama ada beliau telah
berpuas hati atau tidak, sama ada bahan ciptaannya itu
sudah selesai ditimbangnya atau sebaliknya
Contoh Tahap Varifikasi:
Proses Penciptaan Novel Hujan Pagi
(Datok A. Samad Said, 1987)
 Penentuan yang perlu difikirkan dari segi aliran misalnya
realisme magik belum diperkenalkan lagi oleh penulis tempatan
semasa
 Rasa terpanggil untuk menghasilkan novel sebegini kerana aliran
ini cukup popular di Amerika Latin, malah sedang melanda dunia,
ditambah pula pembacaan beliau terhadap buku-buku yang
berkenaan
 Dari segi struktur –difikirkan bagaimana jalinan plotnya yang
sangat kompleks, watak dan perwatakannya yang banyak, dan
penerapan teknik serta unsur tertentu seperti halusinasi dan
psikologi
TEORI PROSES KREATIF: TEORI WALLAS
 Dikemukakan pada tahun 1926 dalam bukunya “The Art
of Thought”

• Mempersiapkan diri untuk menyelesaikan masalah dengan belajar berfikir, mencari


Persiapan jawapan, bertanya

• Melepaskan diri untuk sementara dari masalah tersebut


Inkubasi • Tidak memikirkan masalah secara sedar tetapi mengeramkannya secara pra sedar

• Timbul inspirasi, gangguan baru, proses2 psikologi


Iluminasi

• Idea/ Kreatif baru diuji terhadap reality – pemikiran konvergen, kritis diperlukan
Verifikasi
Teori Proses Kreatif
Proses Kreativiti

Proses

Dalaman Luaran

Unsur-unsur Unsur-unsur
intrinsik ekstrinsik
Proses Dalaman - Unsur-unsur Intrinsik

 Unsur-unsur pembangun karya sastera yang dapat


ditemukan di dalam teks karya sastera itu
sendiri.

 Contoh: Tema dan Persoalan, Watak dan


Perwatakan, Latar, Plot, Sudut Pandangan, Gaya
Bahasa, Nilai dan Pengajaran
Proses Dalaman - Unsur-unsur Ekstrinsik
 Unsur pembentuk yang berada di luar karya
sastera itu, tetapi mempengaruhi pembangunan
atau sistem organisma karya.

 Contoh:
1. Unsur ekstrinsik latar belakang kehidupan
pengarang
2. Unsur ekstrinsik latar belakang masyarakat
3. Unsur ekstrinsik nilai dalam cerita
Unsur-unsur Ekstrinsik
LATAR LATAR
NILAI - NILAI
BELAKANG BELAKANG
DALAM CERITA
PENGARANG MASYARAKAT

Idealogi Nilai
Biografi
Negara Agama

Keadaan Keadaan Nilai


Psikologi Politik Moral

Aliran Keadaan Nilai


Sastera Ekonomi Budaya

Keadaan Nilai
sosial Sosial
LATAR BELAKANG PENGARANG

Biografi
• Kisah atau keterangan tentang kehidupan
seseorang tokoh.
Keadaan Psikologi
• Perasaan seorang pengarang ketika mencipta
karya.
Aliran Sastera
• Mempengaruhi gaya penulisan pengarang.
LATAR BELAKANG MASYARAKAT

Idealogi Negara
• Mencerminkan cara pemikiran masyarakat,
bangsa, dan negara.
Keadaan Politik
• Pergolakan kondisi politik dalam suatu waktu
akan mempengaruhi hasil sebuah karya sastera.
Keadaan Ekonomi & Sosial
NILAI - NILAI DALAM CERITA

Nilai Agama
• Nilai murni yang dapat dijadikan pengajaran yang terkandung
dalam karya sastera yang berkaitan dengan ajaran agama.
Nilai Moral
• Nilai-nilai yang terkandung dalam cerita dan berkaitan dengan
akhlak atau etika yang berlaku di dalam masyarakat.
Nilai Budaya
• Nilai-nilai yang berkaitan dengan nilai-nilai kebiasaan, tradisi
dan adat istiadat yang berlaku.
Nilai Sosial
• Nilai yang biasa dipetik daripada interaksi para tokoh yang ada
dalam karya sastera dengan tokoh lain.