Anda di halaman 1dari 19

EDUP 3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PERANAN GURU SEBAGAI


AGEN MESRA BUDAYA
Nur Afini Binti Mas Ramizu
Nur Amirah Adibah Binti Khairon Anuar
Norshahirah Binti Mohd Zin
Guru sebagai agen mesra budaya

 Menurut Kamus Dewan (dalam talian), agen membawa maksud ‘apa-apa atau
cara yang menyebabkan sesuatu berlaku atau terjadi’.

 Agen juga merujuk ‘bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat
memberikan kesan kepada sesuatu tindak balas’.

 Merupakan guru yang berperanan membawa pembaharuan atau pengekalan


sesuatu yang dibiasakan.

 Budaya sebagai satu amalan cara hidup akan kekal apabila diterima pakai oleh
kelompok masyarakat.

 Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesuatu cara hidup
itu kekal atau berubah.
Peranan Guru sebagai Agen Mesra Mengaplikasikan Pedagogi Relevan Budaya

Pilih resos atau bahan sumber pengajaran-


pembelajaran yang sesuai dengan budaya murid

Sediakan peraturan bilik darjah yang wajar dan selaras


dengan budaya

Kemahiran berfikir aras tinggi


Budaya

Membina perpustakaan bilik darjah berasaskan budaya

Wujudkan aktiviti pertukaran budaya

Adakan lawatan ke muzium atau galeri budaya

Rancang program/aktiviti lawatan inapdesa berasaskan


budaya dan kebudayaan

Jadikan diri teladan amalan budaya sihat


Mengaplikasikan Pedagogi Relevan Budaya
• Pengajaran-pembelajaran yang selaras
dengan amalan budaya dapat
memberikan kesan positif kepada murid
yang pelbagai.

• Murid akan dapat menerima


pembelajaran dengan lebih efektif dalam
suasana yang menyeronokkan dan akan
terlibat serta bermotivasi
Pilih resos atau bahan sumber pengajaran-pembelajaran
yang sesuai dengan budaya murid

• Pemilihan teks, bahan sumber pembelajaran atau resos


pengajaran-pembelajaran yang selaras budaya etnik akan
memudahkan pembelajaran berlaku.

• Contohnya, murid minoriti akan berasa tersisih sekiranya bahan


sumber pembelajaran terlalu asing.

• Guru juga perlu memastikan bahan sumber yang disediakan


tidak mengandungi unsur-unsur negatif dan sensitif
Sediakan peraturan bilik darjah yang
wajar dan selaras dengan budaya

Bagi mencetuskan amalan budaya


yang sihat dan positif, peraturan bilik
darjah yang dipersetujui bersama,
wajar dan berasas serta tidak
menghukum perlu disediakan

Guru hendaklah melaksanakan


peraturan bilik darjah secara adil
kepada semua murid
Kemahiran berfikir aras tinggi

 Keadaan semasa yang semakin


mencabar memerlukan murid
dipersiapkan dengan kemahiran
menangani masalah dan membuat
keputusan yang wajar.

 Guru hendaklah memupuk


kemahiran berfikir aras tinggi dan
menyediakan aktiviti pembelajaran
yang memerlukan murid berfikir
secara kritis.
Membina perpustakaan bilik darjah
berasaskan budaya

 Perpustakaan bilik darjah bukan sahaja berperanan


sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan juga
sebagai medium saluran budaya.

 Bahan-bahan tatapan dan bacaan yang berunsur


saluran budaya masyarakat atau kaum etnik boleh
disediakan oleh guru dengan bantuan murid

 Guru perlu menggalakkan murid supaya


menyumbang bahan berasaskan budaya masing-
masing agar dapat dikongsi bersama dengan murid-
murid lain.
 Aktiviti pertukaran budaya yang sesuai diadakan
ialah perkongsian makanan tradisi, busana dan kraf
tangan etnik/kaum yang pelbagai

 Guru boleh menetapkan satu masa pembelajaran


atau satu masa khas perkongsian budaya murid di
dalam bilik darjah

 Melalui aktiviti pertukaran budaya ini, murid dapat


mengenali budaya kaum-kaum lain secara langsung

Wujudkan aktiviti
pertukaran budaya
Adakan lawatan ke muzium atau galeri budaya
 Muzium hidup seperti Kampung Budaya Sarawak,
Kampung Budaya Mari-Mari di Sabah, dan Mini Malaysia di
Melaka dapat memupuk pemahaman budaya kaum/etnik
kepada murid-murid.

 Begitu juga galeri budaya kaum etnik seperti Galeri Baba


Nyonya dan Galeri Kaum Chetti Melaka dapat
dimanfaatkan untuk mengkaji dan memahami budaya
kaum-kaum tertentu.

 Peruntukan lawatan sambil belajar dalam takwim sekolah


boloeeh dimanfaatkan untuk tujuan memupuk
pemahaman budaya kaum/etnik.
Rancang program / aktiviti lawatan inapdesa
berasaskan budaya dan kebudayaan
• Program inapdesa berasaskan budaya dan cara
hidup telah banyak disediakan, termasuklah di
Langkawi, Johor, Terengganu, negeri Sembilan
dan Selangor.
• Dalam usaha untuk memupuk pemahaman dan
penghargaan budaya warisan, guru boleh
merancang lawatan beraktiviti di mana-mana
program inapdesa pilihan.
• Pembelajaran berasaskan pengalaman langsung
dapat memberikan pemahaman mendalam lagi
berkesan, terutamanya kepada murid yang
tinggal di bandar-bandar besar.
 Peranan guru sebagai agen mesra budaya juga pencetus amalan budaya yang
sihat perlu bermula daripada diri guru itu sendiri.
 Setiap tingkah laku serta tindak-tanduk guru menjadi tumpuan perhatian
murid; cara gaya bertutur, kesantunan bahasa, gerak geri guru, cara
berpakaian dan sebagainya dan sebagainya menjadi contoh teladan kepada
murid.
 Guru harus mengamalkan apa-apa yang dikatakan agar murid menghormati
dan meneladaninya.
 Guru secara peribadi mesti mengamalkan budaya dan cara hidup yang santun
agar dapat diteladani.
 Ungkapan Inggeris ‘buat apa-apa yang saya suruh, jangan buat apa-apa yang
saya buat’ adalah tidak wajar diaplikasikan dalam usaha memupuk amalan
mesra budaya.

Jadikan diri
J teladan
amalan budaya sihat
Peranan Guru
Melalui
Kokurikulum
Melalui Mata
Pelajaran Sivik Melalui Program
dan Anjuran Sekolah
Kewarganegaraan

Peranan Mewujudkan
Peranan Guru
Guru Sebagai Persekitaran Bilik
Melalui
Kurikulum
Agen Mesra Darjah Yang
Budaya Mesra Budaya
PERANAN GURU MELALUI
KURIKULUM
 Mentafsir sukatan, iaitu dengan mengkaji sukatan
dan mengubahsuai sukatan tersebut mengikut
kesesuaian budaya pembelajaran murid-murid.

Guru bertanggungjawab untuk


menyemai budaya kecemerlangan ke
dalam diri murid-murid.

Budaya kecemerlangan ini perlu dilaksanakan


secara berterusan dengan mementingkan
prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian.
MELALUI MATA PELAJARAN SIVIK
DAN KEWARGANEGARAAN
Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam
mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.

Guru berperanan dalam menerapkan pemikiran kritis dan


kreatif serta kesedaran sivik ke dalam diri setiap murid untuk
melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
PERANAN GURU
MELALUI KOKURIKULUM

Guru berperanan menggalakkan murid-murid


berinteraksi dengan luas tanpa mengira kaum
melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum

Murid-murid akan belajar erti bekerjasama dan


mengamalkan sikap tolong-menolong antara
satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama

Mereka akan cuba untuk menerima kekuatan


dan kelemahan rakan-rakan sekumpulan mereka
demi mempertahankan kumpulan masing-
masing
MELALUI PROGRAM
ANJURAN SEKOLAH
• Antara program sekolah yang boleh diadakan ialah Majlis Sambutan hari
Kanak-Kanak, Hari Mengenali Sekolah dan Majlis Satu Hati yang bertemakan
masyarakat majmuk.

• Bertujuan untuk memberi pendedahan awalkepada murid-murid tentang


kepelbagaian budaya dan kaum yang wujud di Malaysia.

• Seterusnya, guru boleh membawa murid untuk saling mengenali antara


budaya dan adat kaum masing-masing agar wujud rasa hormat-menghormati
terhadap perbezaan budaya dan adat antara mereka.

• Program lain seperti program gotong-royong juga boleh dilaksanakan.

• Guru seharisnya bertindak proaktif dengan membahagikan kerja pembersihan


dengan mencampurkan murid dari pelbagai kaum untuk merapatkan jurang
interaksi dan kerjasama antara mereka.
Konsep pengurusan fizikal harus
merangkumi aspek kemudahan
prasarana serta kemudahan fizikal.
MEWUJUDKAN
PERSEKITARAN
Hasil dari pengurusan persekitaran
BILIK DARJAH
fizikal dapat mewujudkan satu
YANG MESRA suasana serta iklim pembelajaran
BUDAYA yang kondusif dengan mengambil
kira keunikan perspektif dari
pelbagai latar belakang budaya dan
sosial untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai