Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN KES KAJIAN :

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK
(PRA NOMBOR) KE ATAS KANAK-
KANAK AUTISME

OLEH : NOOR SUHADA RAMLI


PENSYARAH : TN. HJ MUSTAFA JANTAN
PENGENALAN
Suah, Ong, dan Shuki Osman (2010), pentaksiran dibuat bertujuan untuk
pentaksiran merupakan satu proses mengesan daerah kelemahan murid
pembelajaran yang merangkumi dan seterusnya merangka intervensi,
aktiviti menghurai, mengumpul, strategi pengajaran dan penempatan
merekod, memberi skor dan yang sesuai mengikut tahap
menginterpretasi maklumat tentang kebolehannya.
pembelajaran seseorang pelajar bagi Oleh itu, berdasarkan konsep
sesuatu tujuan. tersebut, satu

Oleh itu, berdasarkan konsep


tersebut, satu pentaksiran telah Kemahiran yang diuji adalah
dilaksanakan kepada seorang kanak- kemahiran asas pra nombor yang
kanak autisme menggunakan melibatkan warna, saiz dan bentuk
instrumen ujian diagnostik.
BUTIRAN SUBJEK KAJIAN

Nama : Muhammad Haris Bin Abdullah


Jantina : Lelaki
Umur : 8 Tahun
Tarikh Lahir : 3 Jun 2010
Masalah : Autisme dan masalah
pendengaran (sederhana)
Sekolah : PDK Telok Mas, Melaka
Nama Bapa : Zaidi Bin Abdul Rahim
Nama Ibu : Rohanani Binti Rusli
Bilangan adik-beradik : 3 orang
Anak ke- : 1 (sulong)
Langkah awal:
Menyediakan Jadual
Spesifikasi Ujian
(JSU)

Kemahiran yang diuji:


Instrumen: Instrumen kemahiran asas pra nombor
ujian diagnostik pentaksiran yang melibatkan warna, saiz
dan bentuk.

Aras soalan:
aras rendah yang mana terdiri
daripada domain pengetahuan
dan kefahaman
DAPATAN KAJIAN
 Subjek kajian memperoleh markah penuh
bagi ketiga-tiga item soalan yang menguji
kemahiran asas warna, saiz dan juga bentuk

 Subjek kajian juga telah dapat menguasai aras


pengetahuan dan kefahaman dengan baik dari
segi :
i. warna asas (kuning, merah, biru)
ii. saiz asas (segiempat tepat, bulat, segitiga)
iii. bentuk asas (segi tiga, segi empat tepat, bulat)
ANALISIS ITEM
Item 1: Warnakan gambar mengikut warna yang diberi.

 Skor diperoleh: tiga per tiga

 Kriteria pemarkahan: subjek amat berkebolehan untuk mewarnakan keseluruhan gambar


mengikut warna yang diberikan dengan betul dan kemas.

 Aspek yang dinilai:


i. kemahiran mewarna iaitu memegang pensel warna dengan betul
ii. mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna
iii. mewarna dengan sekata
iv. mewarna dengan kemas

 Pengkaji telah mengenalpasti subjek kajian mempunyai kemahiran mewarna dan kemahiran
motor halus yang sangat baik

 Murid yang menguasai kemahiran mewarna dapat mewarna dengan baik tanpa terkeluar
daripada garisan objek serta mewarna dengan kemas (Mayesky, 2009)

 Perkembangan kemahiran motor halus yang baik akan membantu murid untuk
menggunakan gunting, mewarna, atau melipat kertas dan menghasilkan kerja yang kemas
(Mohd Hanafi, Hasnah dan Nor Asyikin, 2015)

 Kanak-kanak yang menghadapi masalah kemahiran motor halus tidak dapat menjalankan
aktiviti yang melibatkan penggunaan tangan seperti menggunting, mewarna, menulis, dan
membentuk huruf (Kurtz , 2008)
Item 2 : Padankan bentuk yang sama.
 Skor diperoleh: empat per empat

 Kriteria pemarkahan: subjek amat berkebolehan untuk untuk memadankan gambar


mengikut bentuk yang sama dengan betul.
 Aspek yang dinilai:
i. kemahiran memadankan bentuk yang serupa
ii. Mengggaris dengan lurus

 Pemerhatian mendapati subjek kajian dapat mengenalpasti bentuk yang serupa


dengan tepat serta menggaris dengan kemas dan lurus menggunakan pembaris

 Oleh itu, pengkaji telah mengenalpasti subjek kajian mempunyai kemahiran motor
halus yang baik serta telah menguasai konsep bentuk asas 2D dan dapat membanding
beza bentuk asas antara satu sama lain

 kemahiran pengelasan ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan
secara tidak langsung akan membantu untuk membezakan nombor dan simbol-simbol
matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya (Kamarudin dan Siti
Hajar, 2004)
Item 3 : Padankan bentuk yang sama.
 Skor diperoleh: dua per tiga

 Kriteria pemarkahan: subjek berkebolehan untuk membulatkan dua gambar


mengikut saiz yang diberikan dengan betul
 Aspek yang dinilai:
i. keupayaan untuk mengecam bentuk yang sama saiz
ii. membulatkan hanya satu jawapan yang betul.

 Pemerhatian mendapati subjek faham arahan soalan iaitu dengan membulatkan


jawapan dengan bulatan yang cantik namun subjek didapati keliru antara jawapan
yang diberikan kerana terdapat satu soalan yang dibulatkan dengan dua jawapan

 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa subjek kajian telah menguasai ciri-ciri dari segi bentuk,
warna dan saiz namun kurang menguasai kemahiran pengamatan

 Menurut Ahmad Johari (2010), kemahiran pengamatan merupakan satu proses


memperolehi, menginterpretasi, memilih dan menyusun maklumat kederiaan iaitu
maklumat yang diterima melalui reseptor-reseptor deria fizikal manusia
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
Manisah dan Norizza Sahal (2016)
percaya bahawa masalah
pengamatan murid Autism
berpotensi untuk dipertingkatkan
melalui kaedah origami

Sze (2005), origami dapat


Terapi seni : origami merupakan aktiviti yang
meningkatkan perhatian murid
semasa aktiviti pembuatannya kerana
seni lipatan menyediakan latihan sistematik dan
produktif untuk murid bermasalah
keazamannya untuk mendapatkan
lipatan yang betul dan sempurna
kertas jepun pembelajaran bergerak aktif dalam
keadaan yang terkawal melalui arahan
/ origami secara langkah demi langkah

Penghasilan origami yang mementingkan


kesempurnaan dan kekemasan dalam
lipatan dan rupa bentuknya juga mampu
mendorong subjek untuk menjadi lebih
teliti dan fokus
RUJUKAN
 Ahmad Johari. (2010). Bab 7: Pengamatan Dalam Psikologi Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia, Pp 1-8.

 Gopinat. (2013). Aras Penyoalan Dan Pemikiran Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Sekolah
Rendah. Tesis Master. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

 Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Selangor :
Penerbitan Kyazano Enterprise.

 Kurtz, L. A. (2008). Understanding Motor Skills In Children With Dyspraxia, ADHD, Autism And Other Learning
Disabilities : A Guide To Improving Coordination. USA: Jessica Kingsley Publishers, London And Philadelphia.

 Manisah Mohd. Ali & Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan Dalam Pembelajaran Murid
Bermasalah Pembelajaran: Jurnal Pendidikan Malaysia Jilid 41(1), Pp 1-6.

 Mayesky, M. (2009). Creative Activities For Young Children, 10th Edition. Stamfort: Cengage
Learning.

 Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran & Nor Asyikin Mohd Dom. Kemahiran Guru Dalam
Bidang Motor Halus. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi:
Selangor.

 Suah, S. L., Ong, S. L., & Shuki Osman. (2010). Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-Guru Di
Malaysia. Malaysian Education Dean’s Council Journal, 5, 68-83.

Anda mungkin juga menyukai