Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

 Kepesatan perkembangan ekonomi dunia masa


kini.
 Penggubal dasar negara, perancang strategi
korporat pemilik perniagaan, penduduk dan
pengundi ------ membuat pilihan yang
bersesuaian berdasarkan maklumat yang
sempurna.
 Mula dibincangkan 1970an- negara2 industri dan
negara2 pengimport minyak dari NSM tidak
berupaya lagi menangkis 2 kali peningkatan harga
minyak yang berlaku secara tia-tiba dan dramatik
oleh OPEC.
 Awal tahun 1980-an, negara2 OPEC mengalami
kerugian apabila harga minyak jatuh menjunam
akibat daripada kemerosotan yang berpunca
daripada pelaksanaan dasar yang diamalkan oleh
negara2 industi tersebut.
 Kejatuhan harga minyak merupakan berita yang
sangat ditunggu oleh negara industri dan
pengimport minyak dari NSM , tetapi kejatuhan
harga minyak tersebut telah meningkatkan krisis
hutang di beberapa buah NSM yang
mengeksport minyak seperti Mexico.

 Krisis hutang era 1980-an di kalangan NSM


menghasilkan ketidakpastian kewangan dan
kehilangan pasaran eksport untuk NSM,
seterusnya mengancam keupayaan menjelaskan
segala hutang terhadap beberapa buah bank
perdagangan utama di Amerika Syarikat.
 Kebanyakan NSM kini telah membuka sempadan
dan membentuk pelbagai dasar untuk
menyatukan negara ke dalam aktiviti ekonomi
antarabangsa.

 Saling bergantungan berlaku dalam perdagangan


barang dan perkhidmatan serta dalam pasaran
kewangan yang mana firma-firma dan kerajaan
meminjam untuk membiayai sesuatu projek
pelaburan.
 Sehingga pertengahan tahun 1960an, kawalan
kerajaan terhadap aliran kewangan di sekeliling
sempadan negara dibatasi oleh teknologi
pengangkutan dan komunikasi terhad telah
memisahkan pasaran kewangan negara.
 Kini, dengan pengurangan peraturan kerajaan
dan pengukuhan teknologi, aktiviti kewangan
telah berkelompok di beberapa buah pusat
kewangan yang terbesar seperti London, New
York, Tokyo, Singapura, Hong Kong, Paris.
 Sistem pasaran yang ringkas dan canggih akibat
pembangunan teknologi komputer memudahkan
pindahan dana dan mata wang dari satu negara
ke negara lain.
 Peningkatan dalam aktiviti ekonomi
antarabangsa memberikan implikasi kepada
politik ekonomi dunia.

 Pembuat dasar dalam sesuatu isu, setelah


mempertimbangkan isu dalam negara seperti
dasar kawalan dan pencukaian, kini harus
mengambilkira kesan kompleks dasar tersebut
dalam konteks antarabangsa.
 Contoh 1: Perbezaan dasar alam sekitar antara
negara merupakan halangan utama untuk
kerjasama.

 Misalnya, Amerika Syarikat dan Kanada berasa


bimbang jika firma-firma mengambil kesempatan
terhadap piawaian alam sekitar yang rendah di
Mexico dan mengeksport barang yang
dikeluarkan dengan piawaian alam sekitar yang
rendah ke pasaran Amerika Syarikat dan Kanada.
 Contoh 2: Peningkatan mobiliti antarabangsa,
negara-negara yang cuba mengenakan cukai
terhadap rakyat tempatan dengan kadar yang
lebih tinggi daripada negara-negara lain
mengalami risiko kehilangan sebilangan rakyat
yang produktif.

 Misalnya, pengalaman negara Britain yang telah


mengalami kerugian pada awal tahun 1980an
apabila bintang2 filem, penyanyi dan atlet2
terkenal meninggalkan England untuk pergi ke
negara2 yang mengenakan cukai rendah.
 Dasar yang pada mulanya hanya memberi kesan
kepada isu domestik membabitkan persoalan
antarabangsa.

 Penggubalan dasar ekonomi yang berkesan


memerlukan isu antarabangsa diambil kira.

 Di Eropah, dasar kewangan yang ketat di


Jerman untuk mencegah inflasi telah
menimbulkan kemarahan negara2 ahli lain
dalam Kesatuan Eropah dan telah menakutkan
kumpulan yang merancang untuk
memperkenalkan matawang bersama Eropah.
 Dalam kes pertikaian perdagangan antara
Amerika Syarikat dan Jepun, Jepun telah
menentang dasar melobi Amerika Syarikat untuk
meningkatkan tahap perbelanjaan kerajaan dalam
ekonomi.
 Penggubal dasar Jepun telah menyalahkan dasar
makroekonomi Amerika Syarikat, terutamanya
defisit belanjawan kerajaan sebagai punca
peningkatan nilai Yen berbanding dolar Amerika
Syarikat antara tahun 1973 (1 dolar AS=360 yen)
hingga tahun 1995 (1 dolar AS=80 yen).
 Sebaliknya, penggubal dasar Amerika Syarikat
menyalahkan dasar perdagangan Jepun yang
tidak adil terhadap mereka sebagai punca
peningkatan nilai Yen.
 Tren perkembangan perdagangan @ jumlah
barang dan perkhidmatan yang merentasi
sempadan sesebuah negara.

 Nisbah jumlah eksport dan jumlah import


terhadap KNK @ KDNK.
 Kegiatan ekonomi sesebuah negara akan
terdedah kepada tindak tanduk luaran @
pengaruh negara asing---faktor luar yang dapat
mempengaruhi penawaran dan permintaan
eksport (faktor ekonomi & bukan ekonomi).

 Faktor ekonomi – harga input, harga output,


kadar bunga.
 Faktor bukan ekonomi – peperangan, cuaca dan
jangkaan.

Anda mungkin juga menyukai