Anda di halaman 1dari 19

PROSES

JAHITAN
(KANCING)

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD RIDZUAN BIN SARMAN

NOR HAMIZAH BINTI BASIR

6 PISMP RBT 2
FUNGSI KANCING

– Kancing adalah sejenis objek yang digunakan untuk membuka dan


menutup belah pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik.
– Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher, pergelangan tangan atau
pinggang
– Kancing digunakan untuk mengekalkan bentuk asal pakaian. Kancing
juga dapat dijahit dengan menggunakan jarum tangan atau mesin.
– Kancing juga berfungsi sebagai hiasan pada pakaian.
PRINSIP KANCING

– Kancing mestilah dijahit pada dua lapisan fabrik.


– Jarak antara satu kancing dari yang lain mestilah sama supaya
pakaian tidak ternganga.
– Kancing mestilah dilekatkan betul-betul bertentangan di antara satu
sama lain supaya belah menjadi rata apabila dikancing.
– Sehelai pakaian mestilah baik dan kukuh supaya tidak cepat tercabut.
– Sehelai pakaian mestilah mempunyai kancing yang mencukupi.
FAKTOR PEMILIHAN

(a) Jenis kain yang digunakan


Kain yang tebal memerlukan kancing yang lebih kukuh untuk menutup
belah dengan baik, manakala kain halus hendaklah menggunakan kancing
yang halus buatannya supaya berat kancing tidak mengoyakkan atau
merosakkan pakaian.
(b) Jenis kain yang dijahit
Pakaian kanak-kanak , baju tidur dan pakaian dalam lazimnya
menggunakan kancing bukan logam untuk mengelakkan calar pada kulit.
(c) Jenis belah dan kedudukannya
Jika belah kelepet sama lebar digunakan dihadapan pakaian, kancing
seperti seperti butang katup dan butang serta lubang butang sesuai
digunakan, manakala jika belah berada ditepi skirt, zip lebih sesuai
digunakan.
BUTANG
DAN
LUBANG
BUTANG

JENIS-
BUTANG
ZIP JENIS KATUP
KANCING

CANGKUK
DAN
PALANG
BUTANG DAN LUBANG
BUTANG
– Butang dan lubang butang ialah sejenis kancing yang popular digunakan
kerana teguh, kemas, dan tahan lasak.
– Didapati dalam berbagai saiz, warna, bentuk dan diperbuat daripada
bahan plastik, logam , kayu dan kulit.
– Butang dan lubang butang dijahit apabila semua bahagian pada pakaian
telah siap dijahit.
– Lubang butang boleh dijahit dalam keadaan melintang ataupun
menegak.
BUTANG DUA BUTANG
LUBANG BERTANGKAI

BUTANG EMPAT BUTANG


LUBANG MANDARIN
CARA MENJAHIT

1. Lubang butang pada pakaian perempuan dijahit pada sebelah kanan dan pada pakaian lelaki
disebelah kiri.
2. Saiz lubang butang bergantung pada jenis butang iaitu
Butang rata – ukuran diameter butang ditambah dengan 3 mm.
Butang bertangkai – ukuran diameter butang ditambah 5 mm.
3. Lubang butang melintang dijahit pada pakaian yang sendat dan bahagian pakaian yang mengalami
tarikan seperti lengan, bahu mendatang, dada pakaian, bahagian pinggang seluar dan skirt.
4. Lubang butang menegak dijahit pada pakaian yang tidak mengalami tarikan seperti pada lapik belah
atau kelepet yang terletak disebelah luar pakaian.
5. Terdapat dua cara menjahit lubang butang, iaitu jahitan tangan dan jahitan mesin.
BUTANG KATUP

– Butang ini terdiri daripada dua bahagian tombol dan bahagian


berlubang.
– Kancing jenis ini digunakan pada pakaian yang tiada tarikan dan butang
ini senang dan cepat dijahit.
CARA MENJAHIT
CANGKUK DAN PALANG

– Cangkuk dan palang selalunya dijahit pada bahagian pinggang seluar,


skirt ataupun kain baju kurung. Diperbuat daripada logam dan
merupakan kancing yang paling kukuh.
CARA MENJAHIT
ZIP

– Zip ialah kancing yang popular dijahit pada gaun, skirt, blaus, kain, beg
dan alat keperluan rumahtangga
– Zip boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz, warna, berat dan panjang.
– Jenis dan panjang zip yang dibeli bergantung kepada stail pakaian.
– Terdapat dua jenis zip iaitu Zip Bergigi Rantai dan Zip Bergigi Gegelung
Pelongsor Dan
Penarik Zip

Gigi Zip

Perhentian / Penahan
Pita Zip
CARA MENJAHIT
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai