Anda di halaman 1dari 20

KAJIAN NOVEL 6.

20

OLEH:
SITI JASMINA BINTI IBRAHIM
KAJIAN MENGIKUT BAB
• Bab 1 – Isnin
• Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba
muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu
pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji
Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi
dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak
mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak
mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu
pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah
tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada
Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan
perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun
Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.
• Bab 2 – Selasa
• Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda
muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji
Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka
pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki
tersebut atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa
menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka pintu
pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma
bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan
Haji Rashid. Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut
tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan
mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di
kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan
seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar
baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum
itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri
Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba memperkenalkan
diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda
perasaan.
• Bab 3 – Rabu
• Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di
balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya. Ibunya
menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan
mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan
kaunselor. Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis
Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor
berwarna putih. Namun kucing itu menghilang ketika
Sukma membuka pintu pagar. Ayah Sukma mengajak
Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf
Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh
Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan
permintaan ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq
Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama
menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat
menerangkan topik ‘Kemasyarakatan Islam’. Sukma
pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.
• Bab 4 – Rabu Malam
• Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis
melibatkan orang kampung dan ahli persatuan
telah bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun
yang menghidap penyakit jantung dan penyakit
kulit. Di majlis tersebut juga, Sukma bertemu
dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka
bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka
menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang
lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang
songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika di
majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua
(nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya
pada 6:20 subuh Isnin tetapi tidak
berkesempatan berjumpa dengannya.
• Bab 5 – Khamis
• Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki
berusia 5 tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji
Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut,
Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-
kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi
Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan dia
bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah, Alvin
bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan
Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka
tidak pernah mendengar tentangnya. Alvin menerangkan
bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang
mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya
sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi
bagi mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-
rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu
peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry
memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan
Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.
• Bab 6 – Khamis Malam
• Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan
tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah
mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu
tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah
mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan
mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma
pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu
kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan
tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli
kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak
muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian
tradisi. Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny
tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah
guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak
berusia 5 hingga 12 tahun di kawasan perumahannya.
• Bab 7- Jumaat
• Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat
berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak
yang pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak tersebut lapar dan
Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya
makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu memarahi Sukma
kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang
terdengar suara ibu melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin
mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma mengajak
Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya. Apabila
tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma
dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak
Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan
yang melanda Sukma. Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan
merahsiakan sesuatu daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan
untuk kuliah Profesor Darul. Selepas peperiksaan, Sukma dan
rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism. Rafiq pula
menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq
memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan
mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.
• Bab 8 – Jumaat Petang
• Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry
yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak
jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak
muncul sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma ternampak
anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya. Sukma
pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan
tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun
lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma
untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2
bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat
bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan
mereka pada malam itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab
WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab
tersebut mengajar satu fahaman yang meragukan. Iskandar pula
muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan
Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang
WX2 dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke
rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya
hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya
memerhatikannya
• Bab 9 – Jumaat Malam
• Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis
diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan
Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe
Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain. Ketika ingin
keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk menghantar
Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin
menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma
berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang
pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah
Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan
lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk
meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta
Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri
tetamu 6:20. Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa
dengannya dan Alvin. Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan
ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan berbual. Walau
bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar
kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar
kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil
keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang
berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti,
Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan
bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan
bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab
WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.
• Bab 10 – Sabtu
• Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek)
yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin
lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek
tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas
dan meminta Sukma menyejukkannya. Sukma juga
diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di
dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan
nenek itu. Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan
Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut oleh
Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali
Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di
Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan
memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab,
Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak
langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal
yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.
• Bab 11 – Sabtu Lagi
• Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma
berasa agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah
dengannya berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok
menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan
sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga
persembahan wayang kulit yang diundang khas dari
Kelantan. Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran
WX2 di situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar
dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan
misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan
merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut
terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan
apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba muncul
dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa
ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan
Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut
hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.
• Bab 12 – Sabtu Siang
• Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah
Leong. Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab
kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak
yatim piatu dan cucu kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada
Subuh hari itu kerana ingin mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga
buah-buahan. Sukma mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah
menunggu di rumah Sukma. Teja menanyakan tentang Kelab WX2 kepada
Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza
dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali
memasuki kelab tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada
Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat
yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-
rakannya. Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada
Sukma. Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-
sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja
membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha
membawa Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya
setelah mendapat pandangan daripada bapanya. Namun begitu, apabila
mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta Teja
pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid
tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak
memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya
sendiri tetapi dia sedia membantu.
• Bab 13 – Sabtu Petang
• Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah
untuk meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari
biliknya. Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan
menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma. Buku itu
menceritakan tentang cara-cara menangani
tekanan. Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang
menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir
cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah
Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya
nanti. Sukma berjanji akan meminta maaf dengan
ibunya atas sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk
berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja yang
berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma
mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma
tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada
remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak
diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi
yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.
• Bab 14 – Sabtu Malam
• Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu
dengan Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok
di belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan
kepadanya tetapi dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan
ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang
Aim menolak. Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana
dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-
hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi
rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan tentang ruang
sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada
Iskandar tentang kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke
mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat
pilihan dalam hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih
haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup
sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim
(kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada nenek
kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan
pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan
kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma
selama 2 bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir
seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga
mendapati gambarnya yang ketika berusia 4 bulan ada tergantung di
rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20
menjadi tanda tanya kepada Sukma.
• Bab 15 – Sabtu Malam yang Sama
• Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak
mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri.
Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka
membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya.
Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua yang telah berlaku. Jerry
hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama
meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan
Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab
WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim.
Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah
Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang
telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-
apa sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka
sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut
kumpulan ini juga terdiri daripada 80% remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun.
Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma
kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan diberitahu
oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba
mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha
meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya
Puan Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak
melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut
Iskandar, mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah
bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia
juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan
itu daripada Jerry dan Iskandar.
• Bab 16 – Ahad
• Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma
tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu
Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana
sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu.
Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah
Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim
yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba
mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya
yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata
nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah
diterangkan oleh Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan
mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan
kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2
dan meminta ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa.
Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa
ibunya yang sebenar kepada ayahnya.
• Bab 17 – Ahad Pagi
• Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di
hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah
memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang
maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa
Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya
akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry
memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi
nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar.
Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan
kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan,
kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka.
Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang
dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan aktiviti mempengaruhi
pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi,
terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak
lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang
keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba
membongkar rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah dialami
oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang
sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.
• Bab 18 – Ahad Petang
• Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu
bahawa Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat
kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di
hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka
pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat
ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah
melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan
tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu
kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang
telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma
menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati
Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka
meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang
diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke
tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak
polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli
kumpulan tersebut.
• Bab 19 – Hari Ini
• Sukma berasa bersalah kerana
mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan
itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik
kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2
untuk mengetahui dengan lebih mendalam
teori dan pemikiran yang cuba diserapkan
oleh anasir yang menyerang secara senyap.
Puan Delia telah tercedera dan koma di
hospital akibat terkena tembakan ahli
kumpulan itu semasa operasi.