Anda di halaman 1dari 13

*

DISEDIAKAN OLEH: NUR SALWA SYAHIRAH BT. MOHD


FUAD.
* Cerpen ini mengisahkan seorang bekas pejuang kemerdekaan tanah air yang
bernama Pak Itam. Pak Itam memerhati sekitar rumahnya walaupun kurang
berkenan kilang dari Jepun dan Korea yang banyak didirikan di kampungnya.
Namun begitu, dia terpaksa menerima hakikat itu kerana kilang itu dapat
mengatasi pengangguran dalam kalangan anak muda. Sekarang zaman mengisi
kemerdekaan, bukan lagi zaman memprotes seperti yang dilakukannya dahulu
sehingga Pak Itam terpaksa keluar masuk penjara. Pak Itam sekarang lebih
banyak menghargai kehidupan. Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu
menyediakan keperluan untuk majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang bakal
diadakan esok hari. Pak Itam teringat akan perjuangannya memelayukan orang
Melayu supaya penduduk bumiputera mendapat tempat di negara ini. Pak Itam
juga kecewa dengan sikap sesetengah orang yang berpendidikan Barat dan pulang
bersikap lebih kebaratan. Pak Itam juga teringat akan kisah isterinya, Siti
Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika dia dipenjarakan di Singapura selepas
membaca majalah Mastika lama yang memaparkan kisah tersebut. Pada masa

*
itulah kali terakhir dia bertemu dengan dua orang
anaknya, Izwan dan Nuryani Iman. Kemudian, Tuk Mat datang
memberitahunya bahawa segala persiapan untuk majlis hari esok sudah siap
termasuk makanan, peralatan dan undangan. Pada hari yang ditetapkan, Pak
Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Tetamu disajikan dengan
persembahan kebudayaan. Tetamu dari kampung ramai yang hadir tetapi
tetamu dari jauh belum muncul. Pak Itam berasa sayu kerana wartawan
akhbar dan televisyen tidak muncul. Apabila waktu zuhur, Pak Itam masuk ke
rumah. Tuk Mat juga sedih melihat sambutan dingin yang diterima oleh Pak
Itam pada majlis hari jadinya. Selepas itu, Kiah datang memberitahu hal
yang berlaku ke atas Pak Itam yang terbaring di atas sejadah, Pak Itam sudah
meninggal dunia.Dalam suasana yang memilukan,muncul seorang perempuan
yang menyebabkan ramai yang tercengang. Hanya Tuk Mat yang mengetahui
dan di dalam hatinya mengatakan bahawa sampai juga hajat Pak Itam.
*Semangat patriotik seorang pejuang yang ingin berkongsi
pengalamannya dengan anak bangsa.

*
* Semangat cinta akan tanah air.

* Mengenang jasa dan sumbangan pejuang negara.

* Kasih sayang seorang ayah terhadap keluarganya.

*
* PERMULAAN
* Pak Itam terpaksa menerima perkembangan zaman yang jauh berbeza
dengan zaman protes-memprotes yang dilaluinya.kebanyakan zaman remaja
Pak Itam dihabiskan dipenjara. Sekarang aktiviti hariannya ialah membaca
surat khabar,majalah,membela ayam dan kucing.

*PERKEMBANGAN
* Pak Itam ingin menyambut hari jadinya yang ke-85 tahun. Pak Itam
menjemput anak Langat,wartawan dan tetamu dari kampung. Tuk Mat
membantu menguruskan persiapan untuk sambutan tersebut. Kumpulan
persembahan nyanyian lagu,puisi dan drama telah dijemput. Khemah
dipasang,tempat kereta disediakan dan pelbagai juadah dihidangkan untuk
menjamu tetamu. Sudut pameran untuk keratan akhbar Pak Itam juga akan
disediakan. Pak Itam sedih memikirkan isteri dan dua orang anaknya yang

*
tidak pernah berjumpa selepas penceraian.
* PERUMITAN
* Pak Itam menunggu di depan pintu pagar untuk menyambut tetamu. Wartawan
dan tetamu yang diundang tidak hadir walaupun sudah lewat tengah hari. Pak
Itam berasa sedih atas kehadiran yang menghampakan. Majlis berehat seketika
dan bersambung selepas zuhur. Pak Itam berehat di rumah kerana keletihan. Tuk
Mat masih menunggu di pintu pagar kalau-kalau ada tetamu yang datang. Tempat
kereta yang disedikan hanya dimuatkan lima buah kereta.

*KLIMAKS
* Rokiah datang mendapatkan Tuk Mat dengan cemas. Pak Itam terbaring di atas
sejadah. Jali disuruh oleh Tuk Mat untuk mendapatkan doktor. Pak Itam
meninggal dunia ketika doktor sampai.
* PELERAIAN
* Seorang perempuan tua tiba dengan sejambak bunga ros di tangan. Dia melutut
dengan memegang kaki Pak Itam.Kemudian perempuan itu meninggalkan jenazah
Pak Itam. Hanya Tuk Mat mengerti bahawa hajat Pak Itam tercapai.
* IMBAS KEMBALI
* Pak Itam mengenang kembali saat isteri kesayangannya, datang membawa
surat kadi meminta fasakh ketika dia melingkuk dalam di Singapura.
* IMBAS MUKA
* Pak Itam membayangkan betapa meriahnya sambutan hari jadinya yang akan
disambut keesokan harinya.
* SASPENS
* Semua orang yang ada di dalam rumah Pak Itam tertanya-tanya dan terkejut
dengan kehadiran wanita yang tiba-tiba hadir itu.
* DIALOG
* Sudah!Jawab Tuk Mat. Semua? Ya,semua!
* PEMERIAN
* Pak Itam menarik beg lusuh yang tersangkut di paku atas kepalanya.

*
* WATAK UTAMA
* PAK ITAM
* Berusia 85 tahun.
* Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.
* Anak Melayu pertama menjadi majistret tokoh Angkatan Pemuda Insaf.
* Seorang pengarang dan wartawan bersemangat patriotik, bertimbang rasa dan
penyayang.
* WATAK SAMPINGAN
* TUK MAT
* Bekas polis yang berpangkat sarjan.
* Berjiran dengan Pak Itam.
* Suka membantu, ikhlas dan baik hati.

*
* SITI NURHIDAYAH
* Janda Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam
berada dalam penjara.
* Mempunyai dua oarang anak.

* ROKIAH
* Anak Tuk Mat.
* Pelajar tingkatan 4.
* Rambut bertocang
* Baik hati.
* LATAR MASA
* Zaman penjajahan.
* Waktu pagi
* Waktu malam

* LATAR TEMPAT
* Langat
* Tempat pameran
* Rumah Pak Itam

* LATAR MASYARAKAT
* Masyarakat yang penyayang
* Masyarakat pejuang *
* Masyarakat yang rajin membantu.
* Bahasa Inggeris- Happy Birthday to You
* Simile – seperti pelangi berkilauan di atas daun.
* Metafora- hari sudah tiggi
* Hiperbola- piinya yang sudah dipintali oleh sejuta kedutan
* Personifikasi- rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin
pagi.

* NILAI
* Kasih sayang
* Baik hati
* patriotik
* kepatuhan
* Bertimbang rasa
*
* Kita hendaklah cinta akan negara.
* Kita hendaklah rajin membantu.
* Kita haruslah berkongsi pengalaman hidup.