Anda di halaman 1dari 25

loading

100%
96%
78%
63%
52%
42%
26%
21%
18%
16%
12%
DISEDIAKAN OLEH
KATRINA MARIA BINTI MUHAMMAD SHAHRIL
NOREMILINAH BINTI MOHD HASSIM
ZAHIRA BINTI SYAHNAN
LATIFAHTUL JANNAH BINTI MADON
Teori Howard Gardner
NURUL NAZIMAH BINTI SHAHUL HAMEED
NOOR RABIEKA YUSLINDA BINTI MOHD RUMZI

MPU1033U2
LET’S BEGIN
PENGENALAN
Howard Gardner seorang ahli psikologi
perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan
di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak
buku berkenaan dengan psikologi perkembangan
yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang
perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak
dan orang dewasa.

Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya


dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan
perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti
bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau
mengkaji perhubungan seni dan perkembangan
manusia.
Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan
dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan
kreativiti di kalangan kanak-kanak dan
kreativiti ini berkurangan apabila kanak-
kanak itu menjadi semakin matang. Gardner
membuat kesimpulan bahawa pada
peringkat akhir permulaan kanak-kanak
tersebut, mereka lebih memberi perhatian
kepada kemahiran linguistik mereka yang
kian berkembang dan tidak lagi berminat
untuk berkomunikasi dalam bentuk
nonverbal seperti melukis
ELEMEN TEORI HOWARD
GARDNER
• Terdapat 9 jenis teori iaitu :
• Logikal Matematik
• Spatial / Ruang
• Linguistik
• Kinestetik
• Muzik
• Interpersonal
• Intrapersonal
• Naturalis
• Spiritual / Eksistensialisme
Logikal Matematik
• Mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan
nombor.

• Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu


menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual.

• Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang


tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang
berbentuk eksplorasi.

• Contoh yang memiliki kercedasan ini seperti ahli saintis, doktor,


jurutera dan arkitek.
Spatial / Visual Ruang
• Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan
keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda.

• Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini
termasuk artis, pereka dan arkitek.

• Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan


idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif
dan kreatif.

• Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi
relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu.

• Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran,
angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar.
Linguistik
• Mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis.

• Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita


dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh dan juga
sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya.

• Mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai


ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk
memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur.

• Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang,


pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis.
LOADING…
Kinestetik
• Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan
badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek
mahir.

• Individu yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik


perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot.
• Individu yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan
seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan
sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan
mereka seperti memori lisan.

• Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai


kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari, pemuzik,
pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan
askar.
Muzik
• Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk
menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan
melalui muzik.

• Kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang


individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,
muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya.

• Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata


menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan
permainan muzik serta pintar melantunkan nada lagu
dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan
peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara
dalam sebuah komposisi muzik.
Interpersonal
• Membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi,
tabiat dan hasrat orang lain.

• Mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi,


perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain.

• kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak


mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di
sekitarnya.

• Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar


dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama
dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah
pergaulan.

• Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti


pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam.
LOADING…
Intrapersonal
• Merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan
berkebolehan untuk menilai diri sendiri.

• Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka


tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu,
mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai
pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.

• Biasanya individu ini berkelihatan murung dan suka mengelamun,


tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan
berwawasan dalam melakukan sesuatu.

• Mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang


sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu
mengendalikan diri dalam situasi konflik.

• Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.


Naturalis
• Mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran
semulajadi.

• Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya


merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah.

• Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi


seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung
dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan,
perlombongan, dan lain-lain kerjaya mereka dengan kecerdasan ini
termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.

• Ahli biologi, zoologi, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar,


ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi
mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.
Spiritual / Eksistensialisme
• Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih
cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan
manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan
juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup

• Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-


tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun
nilai-nilai baru yang sedang berkembang.
LOADING…
BAGAIMANA TEORI HOWARD GARDNER
DIGUNA PAKAI PADA ZAMAN INI

Teori kecerdasan banyak membantu para guru


melaksanakan tanggungjawab bagi mendidik anak
bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Terdapat
tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan
pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat


padanan, percubaan dan peningkatan.
PERINGKAT PERTAMA - PADANAN
1. Guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran
dengan kecerdasan pelbagai murid.

2. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi


memudahkan proses pembelajaran.

3. Contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas


mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu
melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti
melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik
minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga
perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar.
PERINGKAT KEDUA - PERCUBAAN
1. Guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai
boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
seharian.

2. Guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran


terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah .

3. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan


aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat
memerhati dan memahami bagaimana setiap individu
mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-
masing.
PERINGKAT KETIGA - PENINGKATAN
1. Guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan
kemahiran berfikir untuk perkembangan murid.

2. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta


minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya.

3. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat,


bahan untuk menyelesiakan masalah.

4. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal


pasti masalah dan penyelesaiannya.

5. Peningkatan dari segi interpersonal pula, murid mendapat


pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai
masalah dan penyelesaiannya.
6. Peningkatan naturalis, murid menggunakan contoh
daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah
dan penyelesaiannya.

7. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi


secara mendalam berasaskan pengalaman,
perasaan diri mengenai masalah dan
penyelesaiannya.

8. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan


menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai
untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut
Taksonomi Bloom.
The End

Anda mungkin juga menyukai