Anda di halaman 1dari 6

PELAN INTEGRITI

NASIONAL
PENGAJIAN MALAYSIA
◦ Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan
Persekutuan.
◦ PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang
bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip
Rukun Negara.
◦ PIN dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara
maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
◦ PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia.
◦ PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak
arus globalisasi.
KONSEP PIN
◦ PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan
kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.
◦ PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan
sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua
pihak ini menjadi kekuatan bagi memngubah atau menambah baik nilai dan amalan
masyarakat serta institusinya.
◦ Pendekatan PIN adalah untuk mengkoordanisasikan usaha semua komponen dan
sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi
kerajaan negara, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan
integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa serta
melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.
◦ PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya
merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi
pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan
dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat
dan negara.
TUJUAN DAN OBJEKTIF
◦ Tujuan :-
Menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan
negara.Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.Meningkatkan daya saing dan daya tahan dan
daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi.
◦ Objektif :-
Merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri
dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur.Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan
beretika.Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua
bidang.Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas
menegakkan integriti.Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara
serta peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.Meningkatkan daya saing dan daya
tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan
lebih berkesan.
PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN
◦ Laporan dan resolusi oleh stakeholders terdiri pelbagai sektor masyarakat
melalui konvesyen,persidangan,seminar,forum atau kursus integriti yang
diadakan secara berkala.Maklum balas melalui soal selidik dan kajian yang dijalankan
terhadap parapeserta konvesyen,persidangan dan kursus yang dijalankan.Kajian men
genai nilai etika dan integriti yang dijalankan dari semasa kesemasa atas atas tajuk-
tajuk khusus dengan memilih sampel secara rawak
daripada pelbagai sektor masyarakat diseluruh negara.
5 TEKAD INTEGRITI
◦ Tekad integriti satu
Memerangi gejala rasuah,penyelewengan dan salahguna
kuasa secara menyeluruh dan berkesan.
◦ Tekad integriti kedua
Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.
◦ Tekad integriti ketiga
Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat.
◦ Tekad integriti keempat
Memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
◦ Tekad integriti kelima
Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai