Anda di halaman 1dari 16

IPGKBL: SJ HK 2 0 13 M

E JARA H SE KO LAH M ENENGAH


PENGAJIAN KURIKULUM S
TAJUK TUGASAN TUTORIAL:

•BINCANGKAN MATLAMAT UTAMA PENERAPAN


ELEMEN KEWARGANEGARAAN & NILAI SIVIK DALAM
KURIKUKULUM SEJARAH.
KURIKULUM SEJARAH
• KSSM DILAKSANAKAN BERPERINGKAT MULAI 2017 MENGGANTIKAN KBSM (1989) BAGI MEMENUHI
KEPERLUAN DASAR BAHARU DI BAWAH PPPM 2013-2025 AGAR KUALITI KURIKULUM SEKOLAH
MENENGAH SETANDING DENGAN STANDARD ANTARABANGSA.

• SEJARAH – MATAPELAJARAN TERAS KSSM WAJIB DIPELAJARI SEMUA MURID TING.1 – TING.5
• KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH MENENGAH – DILAKSANAKAN SECARA BERSEPADU MERANGKUMI ASPEK
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH, ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK.
FOKUS KURIKULUM SEJARAH
DEFINISI
• KEWARGANEGARAAN:PERIHAL WARGANEGARA, KERAKYATAN SESEBUAH NEGARA.
-TIDAK SEORANG PUN BOLEH DILUCUTKAN KEWARGANEGARAANNYA SECARA
SEWENANG-WENANGNYA (KAMUS DEWAN EDISI KE-4, 2010)
• SIVIK: ILMU TATARAKYAT, HAK, PERASAAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP SESEORANG
ATAU MASYARAKATNYA (KAMUS DEWAN EDISI KE-4, 2010). – ILMU YANG
MEMBICARAKAN KEHIDUPAN RAKYAT, TATARAKYAT, KEBUDAYAAN DAN CARA HIDUP,
ADAT RESAM MASYARAKAT DAN SEBAGAINYA.
PENERAPAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN
NILAI SIVIK DALAM KURIKULUM SEJARAH
• KONSEP: MENGHURAIKAN TENTANG PERKEMBANGAN DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN YANG MELIPUTI
ASPEK IDENTITI DAN WAWASAN DIRI, SIFAT-SIFAT PERIBADI MULIA, KEBOLEHAN MEMBUAT KEPUTUSAN,
PEMILIHAN KERJAYA SEPANJANG HAYAT.

• TUJUAN: MURID DAPAT MENCAPAI KECEMERLANGAN DIRI DALAM PENDIDIKAN, DENGAN MENGAMALKAN
BUDAYA ILMU UNTUK KEMAJUAN DIRI. MURID DAPAT BERINTERAKSI DENGAN ORANG LAIN SECARA
HORMAT, SOPAN DAN BERKONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN TENTANG CIRI-CIRI PERWATAKAN TERPUJI.

• HASIL: MENGGARISKAN KEJAYAAN HIDUP DAN CABARAN DIRI KE ARAH PERKEMBANGAN PENCAPAIAN
KENDIRI.
DIMENSI KEWARGANEGARAAN: PERKONGSIAN SEJARAH
CIRI-CIRI WARGANEGARA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
 Mengetahui dan memahami sejarah  Berbangga dengan sejarah asal-usul negara.
pembentukkan negara.  Menghargai kewujudan dan kegemilangan
kerajaan Melayu Tradisional.
 Mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar
ke atas negara.
 Menghayati peristiwa kemerdekaan negara.
 Memelihara warisan negara

• Sejarah adalah suatu proses yang berkesinambungan antara satu sama lain, Peristiwa pada hari ini
adalah sebahagian daripada peristiwa semalam dan berkemiungkinan akan menunjangi peristiwa akan
datang.
• Omarudin dan Yunus, 1996: Pengajaran sejarah adalah untuk membantu pelajar agar mereka memahami
keadaan masa ini berasaskan masa lalu. Cth, sejarah pembentukkan negara bertitik tolak daripada
kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara.
DIMENSI KEWARGANEGARAAN: PERKONGSIAN NILAI
CIRI-CIRI WARGANEGARA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
 Mengamalkan sikap dan perlakuan yang  Menyanjungi prinsip Rukun Negara.
berhemah.  Menghormati kepelbagaian agama dan budaya.
 Berbangga dengan lambang dan simbol negara.

• Abdul Rahim (1999): Nilai moral, sosial, kemanusiaan, kepahlawanan, setia negara, kewarganegaraan
boleh diterapkan dan membentuk warganegara Malaysia. Ia juga mampu memupuk semangat patriotism
atau semangat cintakan negara; perasaan bangga akan negara dan bangsa.
• Semangat patriotism timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita
serta mempunya pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita.
DIMENSI KEWARGANEGARAAN: PERASAAN KEKITAAN
CIRI-CIRI WARGANEGARA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
 Membentuk sikap sepunya dan kebersamaan.  Menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya
dan agama.
 Berbangga dengan hari kemerdekaan.
 Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
 Berbangga dengan pencapaian negara.
• Membantu melahirkan perasaan kekitaan dalam diri. Mampu membantu kita menghargai dan memelihara
kemerdekaan serta kedaulatan negara dengan membentuk sikap sepunya dan kebersamaan.
• Cth: Kemerdekaan 1957 – jika generasi muda tidak memahami sejarah pembentukkan negara, semua yang
telah dibina dan dikecapi selama ini akan runtuh. Pemahaman terhadap kontrak sosial amat penting
untuk memacu Malaysia sebagai negara maju.
DIMENSI KEWARGANEGARAAN: PERKONGSIAN MASA DEPAN
CIRI-CIRI WARGANEGARA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
 Membina keyakinan dan tanggungjawab  Menghormati masyarakat pelbagai kaum.
mencorakkan negara pada masa depan.  Memakmurkan ekonomi negara.
 Mengekalkan warisan negara.

• Memberi gambaran mengenai hala tuju atau peranan individu dalam membina keyakinan dan
tanggungjawab mencorakkan negara pada masa hadapan. Apabila sseorang mempunyai ilmu
kewarganegaraan dan nilai sivik di samping mengetahui sejarah masa lampau, ia menambahkan satu
bentuk penilaian ataupun pengajaran bagi dirinya pada masa hadapan.
• Bukan bertujuan untuk mengubah atau menginterpretasi semula sejarah masa lalu, sebaliknya memupuk
perpaduan sosial – menghormati masyarakat pelbagai kaum (diterapkan pada generasi masa ini untuk
digunapakai sebagai rujukan generasi pada masa hdapan) selaras dengan konsep perpaduan.
DIMENSI KEWARGANEGARAAN: KESETIAAN
CIRI-CIRI WARGANEGARA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
 Memupuk kepercayaan kepada Tuhan.  Mematuhi perintah Tuhan.
 Memupuk perasaan taat dan setia pada negara.  Mentaati Raja dan Negara.
 Menghormati pemimpin negara.
 Mematuhi undang-undang dan peraturan negara.
• Ksetiaan ditekankan dalam kurikulum sejarah, salah satu prinsip rukun negara (Kesetiaan kepada Raja
dan Negara). Rakyat harus setia kepada raja dan negara kerana kesetiaan ialah ambang perpaduan
seluruh rakyat.
• Kesetiaan akan berdiri teguh dalam diri rakyat jika nilai jati dirinya kukuh sekaligus mampu melahirkan
rakyat yang setia mempertahankan negara – tidak menggugat keharmonian kehidupan dan kestabilan
ekonomi serta politik. Secara tidak langsung rakyat akan menghormati pemimpin negara serta mematuhi
undang-undang dan peraturan negara (Abdul Rahim, 1999).
DIMENSI KEWARGANEGARAAN: TANGGUNGJAWAB
WARGANEGARA
CIRI-CIRI WARGANEGARA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
 Mengetahui dan memahami tanggungjawab  Mempertahankan identiti negara.
sebagai warganegara dengan sepenuh hati.  Mempertahankan warisan negara.
 Menerima perbezaan kaum, budaya dan agama..
• Memastikan tanggungjawab warganegara ditanam dalam hati rakyat dengan mempelajari sejarah
negara, perjuangan dan segala susah payah dalam usaha membangunkannya. Secara tidak langsung ia
telah diterapkan dalam kewarganegaraan dan nilai sivik.
• Sentiasa menerima perbezaan kaum, budaya dan agama di negara ini.
• Omarudin dan Yunus, 1996: untuk mencapai tahap negara maju, tanggungjawab warganegara adalah
sangatpenting untuk ditekankan kerana negara maju dan bertamadun akan dianggap tidak lengkap dan
sempurna jika kemajuan material tidak dapat diseumbangkan dengan keutuhan akal budi dan semangat
cintakan negara.
DIMENSI KEWARGANEGARAAN: KETERIKATAN EMOSI
KEPADA NEGARA
CIRI-CIRI WARGANEGARA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
 Mempunyai perasaan cinta akan negara yang  Menghargai sejarah asal-usul negara.
mendalam dan berusaha mempertahankannya.  Menghargai warisan negara.
 Menghargai identiti negara.
 Menghayati prinsip Rukun Negara.
 Bersyukur dengan keharmonian kaum.
 Bersyukur dengan kemajuan ekonomi.
 Berbangga dengan pencapaian negara.
• Abdul Rahim (1999): Pendidikan sejarah yang dinamis & progresif dapat membina satu perspektif
wawasan pembangunan yang luas dan merangkumi wawasan kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan diri
sendiri. Keterikatan emosi kepada negara iaitu dengan mempunyai perasaan cinta akan negara yang
mendalam dan berusaha mempertahankannya. Ia membangkitkan semangat kebersamaan.
• Dengan menghargai sejarah asal usul negara, warisan negara, identity negara serta menghayati prinsip
rukun negara, seseorang itu dapat menyemai perasaan cinta akan tanah air.
• Asas perpaduan Malaysia: Memahami, menghayati & memanfaatkan sejarah.
SOALAN?? @ PENDAPAT
RUJUKAN
• ABD. RAHUM ABD. RASHID. 1999. PENDIDIKAN SEJARAH, FALSAFAH, TEORI DAN AMALAN. KUALA LUMPUR: UTUSAN
PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN. BHD.

• ABDUL RAHMAN HAJI ISMAIL. 2005. MALAYSIA SEJARAH KENEGARAAN DAN POLITIK. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA.

• KAMUS DEWAN. 2010. EDISI KEEMPAT. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
• OMARUDIN HAJI ASHAARI DAN YUNUS MUHAMAD. 1996. KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH. KUALA LUMPUR: UTUSAN
PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN. BHD.

• MOHD SOHAIMI ESA, DAYU SANSALU DAN BUDI ANTI TAMRING. 2011. HUBUNGAN ETNI: KELANSUNGAN PEMBINAAN
NEGARA BANGSA. PUCHONG: PENERBIT MULTIMEDIA SDN. BHD.
SEKIAN, TERIMA KASIH.