Anda di halaman 1dari 68

BAGAIMANA

MENGHASILKAN
CERPEN
KATA-KATA AZIMAT

PERIBADI KREATIF
Biasanya insan seni amat berhati-hati,
sentiasa menghalusi, sentiasa menilai,
rajin berwaras dan bersabar mengeram
sesuatu sebelum mencernanya menjadi
karya seni.
Seniman adalah petani seni yang berfikir,
di samping cepat tersentuh oleh
sesuatu angin peristiwa atau ribut
pengalaman.
DEFINISI CERPEN
 Perkataan CERPEN adalah gabungan
daripada perkataan “cerita pendek”.
• Maknanya sama sahaja dengan
CEREKA iaitu gabungan daripada
perkataan “cerita rekaan”.
• Cuma sedikit perbezaan adalah dari
segi makna perluasannya, cereka lebih
selesa untuk digunakan kepada cerita
yang bercorak futuristik iaitu cerita yang
berasaskan imaginasi masa hadapan.
DEFINISI CERPEN

• Cerpen lebih umum berbanding cereka


yang mungkin dilihat lebih khusus.
Cereka jelas adalah cerita rekaan yang
berasaskan imaginasi semata-mata
(tetapi tetap berlandaskan hubungan
dengan realiti) sementara cerpen juga
hasil daripada imaginasi tetapi ia harus
berkaitan dengan sesuatu yang nyata.
DEFINISI CERPEN

• Dalam kata yang lebih jelas, cerpen


atau cereka adalah berkisar tentang
persoalan kehidupan manusia atau
persoalan yang dilihat daripada
pemikiran dan pandangan manusia.

(SM Zakir)
DEFINISI CERPEN

• “Bukan semua cerita pendek dapat


digolongkan sebagai cerpen”

(Othman Puteh.)
DEFINISI CERPEN

• Cerpen adalah cerita yang membatasi


diri dalam membahaskan salah satu
unsur fiksyen dalam aspeknya yang
terkecil. Kependekan sebuah cerita
bukan kerana bentuknya yang jauh
lebih pendek dari pada novel,
melainkan aspek masalahnya yang
sangat dibatasi
DEFINISI CERPEN

• Cerpen adalah pengisahan pendek


yang memberikan kesan tunggal yang
dominan dan memusatkan diri pada
satu tokoh dalam satu situasi pada
suatu ketika
DEFINISI CERPEN

• Cerpen merupakan salah satu bentuk


prosa moden selain roman, novel, dan
novelet. Cerpen isinya menceritakan
satu sisi kehidupan seseorang dan
salah satu sifat dari cerpen adalah
singkat

(Hendy)
DEFINISI CERPEN

Cerpen adalah kisah pendek


yang mengandung kisah
tunggal

(J. S. Badudu)
DEFINISI CERPEN

• Cerpen adalah cerita yang menjurus


dan konsentrasi berpusat pada satu
peristiwa, iaitu peristiwa yang
menumbuhkan peristiwa itu sendiri

(Nugroho Notosusanto)
DEFINISI CERPEN

• Cerita pendek yang merupakan cerita


rekaan (cereka)
• Ketunggalan plot
• Jumlah watak yang sedikit
• Latar yang singkat dan terhad
• Gabungan “realiti” dan :imaginasi”
CIRI-CIRI DALAM CERPEN

• TEMA
• WATAK DAN PERWATAKAN
• PLOT
• TEKNIK PLOT
• LATAR
• SUDUT PANDANGAN
TEMA

- sesuatu yang hendak ditulis


- idea utama sebuah cerita
- persoalan utama cerita
- merupakan unsur pemikiran
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak ialah pelaku atau tokoh dalam


sesuatu karya yang menggerakkan
cerita dengan cara berinteraksi sesama
watak dan alam.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN
Watak dan Perwatakan merupakan
pelukisan watak dari aspek luaran dan
dalaman.
Watak: luaran (fizikal) yang dapat dilihat
secara luaran, contoh rambut,
ketinggian, saiz badan, tabiat dan
sebagainya.
Perwatakan: dalaman yang dapat
ditafsirkan oleh pembaca, contohnya
baik hati, pemalu, panas baran dan
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Pelukisan watak itu boleh dilakukan


secara langsung atau secara tidak
langsung oleh pengarang melalui aksi,
tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat


istilah yang berkaitan dengan aspek
watak, iaitu watak utama, watak
sampingan, watak bundar, watak pipih,
watak dinamik, watak statik, protagonis
dan antagonis.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Sifat perwatakan digambarkan melalui


tindak-tanduknya, cara berfikir, cara
bercakap, rupa paras, fizikalnya,
kepercayaannya dan ideologi, serta
gambaran perasaan seseorang atau
watak itu.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak pipih lazimnya tidak kompleks,


tidak berkembang, dan tidak
memeranjatkan pembaca.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak bulat amat menarik kerana watak


jenis ini menuju ke pelbagai arah sama
ada menambah pengalamannya,
mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak dinamik ialah watak yang


mengalami pelbagai konflik, persoalan,
dan permasalahan dari awal hingga
akhir.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak statik atau kaku tidak mengalami


apa-apa perubahan, perkembangan,
dan tidak bergerak.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak yang berperanan amat penting


disebut watak utama. Watak yang
kurang penting dalam cerita disebut
watak sampingan.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak protagonis ialah watak utama


dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak
semestinya orang yang baik, tampan,
dan berperikemanusiaan. Dia mungkin
diktator, koruptor, penjenayah, dan
sebagainya.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM
CERPEN

• Watak antagonis menjadi penentang


atau lawan kepada watak protagonis.
PLOT

• Plot ialah sesuatu yang


menghubungkan peristiwa-peristiwa
dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa
dari awal hingga akhir berdasarkan
hukum sebab dan akibat.
PLOT

• Plot mengemukakan perkara yang


terjadi dan sebab perkara itu terjadi.
Setiap perkara berhubungan
berdasarkan faktor-faktor sebab dan
akibat.
PLOT

• Plot mengemukakan perkara yang


terjadi dan sebab perkara itu terjadi.
Setiap perkara berhubungan
berdasarkan faktor-faktor sebab dan
akibat.
PLOT

• Susunan cerita bergantung pada fantasi


dan kreativiti pengarang. Plot dirangka
dengan teliti dan tidak semestinya
berurutan peristiwanya dari awal hingga
akhir atau kronologi. Plot ialah
penyusunan kronologi yang diubah suai
mengikut kemahuan pengarang.
PLOT

• Teknik penyusunan plot yang menarik


ialah penyusunan peristiwa secara tidak
kronologi. Pengarang haruslah cekap,
kreatif, dan bijaksana menyusunnya
sehingga mencapai peleraian.
PLOT

• Perkembangan plot mengakibatkan


konflik.
PLOT

• Peristiwa berkembang kepada peringkat


pertengahan cerita, iaitu kerumitan
(komplikasi).
PLOT

• Permulaan plot ialah peringkat


permulaan (eksposisi), iaitu untuk
memperkenalkan watak-watak, latar,
dan suasana.
PLOT

• Peristiwa berkembang kepada peringkat


pertengahan cerita, iaitu kerumitan
(komplikasi).
PLOT

• Kerumitan menuju kepada puncak


(klimaks) apabila tercapainya
konsentrasi yang maksimum.
PLOT

• Kemudian urutan cerita menuju kepada


peleraian. Kadang-kadang puncak
dijadikan pengakhiran cerita bagi
sesetengah cereka.
TEKNIK PLOT

• Teknik plot ialah cara pengarang


mengembangkan plot ceritanya supaya
menarik.

• Antara teknik plot termasuklah seperti


yang berikut:
TEKNIK PLOT:
IMBAS KEMBALI

• Imbas kembali merupakan suatu teknik


pengarang mengenang semula
peristiwa yang pernah dialaminya.

• Peristiwa itu boleh diimbas kembali


melalui pemerian pengarang atau
khayalan, dialog, monolog, atau
monolog dalaman
TEKNIK PLOT:
IMBAS MUKA

• Imbas muka merupakan cara


pengarang memberikan bayangan awal
atau ramalan tentang sesuatu peristiwa
yang akan berlaku kesan daripada aksi-
aksi watak dalam cerita berkenaan.
• Imbas muka dapat mewujudkan
keyakinan dalam kalangan pembaca
terhadap sesuatu yang akan berlaku.
TEKNIK PLOT:
SASPENS

• Saspens atau ketegangan ialah


peristiwa dalam cerita yang
menimbulkan keadaan tertanya-tanya
atau perasaan ingin tahu di kalangan
pembaca tentang peristiwa yang akan
berlaku selanjutnya.
TEKNIK PLOT: KONFLIK
• Konflik merupakan pertentangan antara dua
pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan
plot.

• Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu


konflik dalam diri watak dan secara luaran,
iaitu antara watak dengan watak yang lain
atau antara watak dengan alam sekitar.

• Konflik dapat juga digambarkan melalui


pertentangan pendapat, idea, sikap, atau
pemikiran?
TEKNIK PLOT: KEJUTAN

• Kejutan ialah perubahan dalam urutan


peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba
tanpa diduga oleh pembaca.

• Lazimnya, kesan yang timbul daripada


kejutan tidak sama dengan yang diduga
oleh pembaca.
TEKNIK PLOT: DIALOG

• Dialog merupakan pertuturan antara


dua watak atau lebih daripada dua
watak.

• Melalui dialog antara watak-watak inilah


biasanya tergambar pendapat atau
fikiran yang berkaitan dengan tema.
LATAR

• Latar berperanan memberikan suasana


kepada peristiwa dan manusia yang
terdapat dalam cerita.
LATAR

• Latar penting dalam mengembangkan


tema, persoalan, plot, watak, dan
perwatakan. Idea, plot, dan watak akan
lebih hidup jika berada dalam situasi
pelbagai latar.
LATAR

• Latar merangkumi pelukisan geografi,


topografi, pemandangan, bangunan,
peralatan, tanggungjawab watak, waktu,
dan sebagainya.
LATAR

• Latar terbahagi kepada empat jenis,


iaitu:
LATAR TEMPAT

• Merupakan ruang atau tempat peristiwa


berlaku yang berkaitan dengan lokasi
geografi.
LATAR WAKTU ATAU MASA

• Menunjukkan masa peristiwa berlaku


seperti zaman, era, sejarahnya, atau
musimnya.
LATAR MASYARAKAT ATAU CITRA
MASYARAKAT

• Menunjukkan gambaran keadaan


masyarakat dalam cerita merangkumi
bangsa atau etnik, status dan
kehidupan sosial, ekonomi, dan
sebagainya yang bersesuaian dengan
watak.
LATAR PERALATAN
CERITA DAN WATAK

• Alatan yang digunakan oleh watak


dalam sesebuah cerita.
SUDUT PANDANGAN

• Sudut pandangan berperanan untuk


mengisahkan sesuatu cerita dan
menjelaskan pihak yang menceritakan
sesuatu kisah. Maka sudut pandangan
mempunyai hubungan yang erat
dengan watak.
SUDUT PANDANGAN

• Menurut Anwar Ridhwan, sudut


pandangan ialah cara bagaimana
pembaca dihidangkan dengan bahan
cerita atau bagaimana pengarang
memilih cara yang terbaik untuk
menyampaikan ceritanya.
SUDUT PANDANGAN
ORANG PERTAMA
• Pengarang bercerita sendiri atau terlibat
dalam cerita sebagai watak utama atau
watak sampingan. Sudut pandangan ini
disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu
dibawakan seluruhnya oleh watak aku,
orang pertama, secara subjektif.
Maknanya pengarang terlibat secara
aktif. Teknik ini digunakan untuk
menjadikan cerita lebih realistik.
SUDUT PANDANGAN ORANG
KETIGA TIDAK TERBATAS
• Serba tahu. Kerap digunakan oleh
pengarang yang mengisahkan ceritanya
melalui watak lain menggunakan kata
ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan
mereka atau lengkap dengan nama.
Pengarang bersikap serba tahu dan
bebas bercerita untuk mengemukakan
emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa
watak-watak.
SUDUT PANDANGAN ORANG
KETIGA TERBATAS

• Pengarang tidak menceritakan semua


peristiwa atau watak tetapi hanya akan
memilih watak-watak tertentu dan
penceritaannya tertumpu kepada
mereka. Watak-watak lain diceritakan
serba sedikit sahaja.
SUDUT PANDANGAN
OBJEKTIF

• Pengarang hanya menceritakan segala


sesuatu yang dilihat dan didengarnya
(melaporkan) dan masih menggunakan
kata ganti nama diri ketiga. Bezanya
pengarang tidak terlibat dalam cerita.
Maka pembaca berpeluang membuat
penilaian sendiri terhadap cerita
tersebut.
PROSES MENULIS

1. Latihan berterusan- melihat, menulis,


melukis (buku nota kecil, kertas catatan)
2. Mengukuhkan kekuatan/kistemewaan
karya.
3. Berani-menerima kritikan dan bersedia
memperlihatkan karya untuk tatapan
umum.
4. Berguru secara formal dan tidak formal
5. Bergaul dengan pengarang/penulis
yang berpengalaman.
TIPS MENDAPATKAN IDEA
1. Idea yang terhasil dari dugaan dan
cabaran.
2. Idea dari bahan bacaan buku, internet
dll.
3. Idea dari pengalaman sendiri yang
kuat.
4. Idea yang tiba-tiba muncul dicatat di
buku, tapak tangan, napkin, komputer
dll.
5. Idea dari catatan atau bahan yang
PROSES MENGHASILKAN
CERPEN

PROSES DALAMAN:
1. Proses persediaan -pengumpulan
bahan
2. Proses Pengeraman -kemunculan
idea pertama yang belum disaring.
3. Proses Iluminasi -idea pertama telah
disaring dan dimatangkan.
4. Proses Varifikasi -Idea pertama akan
dinilai dan diuji.
PROSES MENGHASILKAN
CERPEN
PROSES LUARAN:
1. Proses persediaan -menyedaikan
bahan fizikal penulisan, komputer,
kertas dll.
2. Proses Pemilihan Bahan -Apa yg
hendak ditulis, pemilihan tema, watak,
latar dan bentuk penyampaian.
3. Proses Perangkaan -memastikan tiada
idea tercicir dan penulisan lancar.
4. Proses Penulisan
5. Proses penyemakan
PERMULAAN DALAM CERPEN

• dengan komen
• dengan deskripsi (keterangan)
• dengan laporan
• dengan dialog
PENGAKHIRAN DALAM CERPEN

• penyelesaian secara mendadak (Dues


ex Machina)
• keadilan puitik (poetic justice)
• kejutan atau tidak diduga(surprise
ending)
• tragedi
• penyelesaian gembira (happy ending)
• tanda tanya
KESIMPULAN

• Niat Menulis-Tujuan dan Matlamat.


• Semangat-Menulis dan terus menulis.
• Sikap-Keberanian menerima kritikan,
jujur dalam penulisan.
KATA-KATA AZIMAT

Kita lari, kita ubah, kita cari yang baru,


kita “gila-gila” sedikit! Itu pemikiran
kreatif.
Jadi dalam kesusasteraan, hal ini
cukup penting kerana sastera adalah
hasil kreativiti. Jadi maksud ubah itu
ialah mencari idea yang belum dibuat
lagi.

-Jaafar Abdul Rahim


SELAMAT BERKARYA

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai