KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI SINOPSIS Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada kriteria dan cara-cara pemilihan aktiviti PJ dari aspek prasarana, peralatan, kepakaran dan perkembangan murid serta sosial budaya setempat. KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat membuat pemilihan yang terbaik dalam membuat perancangan pengajaran harian PJ berdasarksan faktor-faktor seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan sebagainya. 2. Pelajar mampu membuat pemilihan aktiviti yang bersesuaian berasaskan berdasarksan faktor-faktor seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan sebagainya. KERANGKA TAJUK-TAJUK Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama juga dengan mata pelajaran lain, memerlukan perancangan yang teliti dan teratur untuk manghasilkan penyampaian yang berkesan.Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti berikut: KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ KEPAKARAN GURU PRASARANA PERALATAN KEWANGAN SOSIO BUDAYA TEMPATAN PENTADBIRAN PERALATAN DAN KEMUDAHAN Perkara paling penting-> Setiap sekolah haruslah mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Berdasarkan spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut. Elemen yang perlu dititikberatkan- Peralatan • Kesesuaian mengikut umur. • Mengikut sukatan pelajaran. • Mencukupi dengan per kapita murid. • Semua murid berpeluang menggunakannya. Elemen yang perlu dititikberatkan- Kemudahan • Bergantung kepada situasi sekolah. • Jika ada, gunakan dengan sebaiknya. • Jika tiada, modifikasi keadaan. • Pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. • Kualiti alat dan keselamatan pengguna perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan. • Contoh peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut ialah: a) Lembing, peluru, cakera, tukul besi, tiang lompat itnggi , tiang lompat bergalah, kayu hoki, kayu golf, bat kriket, bola hoki, bola kriket, bola golf, dart, spikes, anak panah dan peralatan gimnastik. • Pihak kementerian juga haruslah menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan yang lain bagi menambah peralatan dan kemudahan yang sedia ada. • Hal ini adalah kerana ia memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani di sekolah. • Dengan ini, murid juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka. • Ini akan mendedahkan kepada mereka tentang penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan sukan. • Selain itu, ia dapat membantu murid untuk mengenali lebih mendalam tentang peralatan sukan dan memahami cara penggunaan dan pengendaliannya sendiri. • Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh membantu guru dalam memberi peluang kepada murid untuk belajar tentang banyak jenis permainan sukan. • . • Tambahan, ia juga membolehkan aktiviti dijalankan dengan lancar. • Contoh: kemahiran lompat pagar, peralatan yang digunakan mestilah selamat dan tidak membahayakan murid. • Manakala, kemudahan pula perlulah cukup agar aktiviti dijalankan dengan sempurna. • Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mesti dijalankan dengan sempurna. • Contohnya: Aktiviti yang melibatkan penggunaan gelanggang tidak semestinya dapat dijalankan dengan sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak terdapat dalam semua sekolah atau tidak disediakan dengan sempurna. • Sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi menggelakkan pembaziran masa dan kos. • Ia juga memudahkan proses pengajaran kerana dengan adanya peralatan dan kemudahan, guru tidak akan mengalami sebarang masalah ketika mengajar. Penyelenggaraan Peralatan Sukan • Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa. • Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru sahaja. • Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapapun. • Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan. Rujukan • http://www.slideshare.net/IzzatNajmi/tutorial -5-pj • http://www.slideshare.net/ShamimiJamudin/ m5-kriteria-pemilihan • http://www.scribd.com/doc/57587192/Kriteri a-Pemilihan-Aktiviti-Pendidikan-Jasmani • http://akusukamelalut.blogspot.com/2011/11 /kriteria-pemilihan-aktiviti-pj.html