Anda di halaman 1dari 15

Kriteria Pemilihan Aktiviti

Pendidikan Jasmani

PERALATAN DAN KEMUDAHAN


KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI
PENDIDIKAN JASMANI
SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar
kepada kriteria dan cara-cara pemilihan aktiviti
PJ dari aspek prasarana, peralatan, kepakaran
dan perkembangan murid serta sosial budaya
setempat.
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI
PENDIDIKAN JASMANI
HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat membuat pemilihan yang terbaik
dalam membuat perancangan pengajaran harian PJ
berdasarksan faktor-faktor seperti kemudahan,
peralatan, kepakaran dan sebagainya.
2. Pelajar mampu membuat pemilihan aktiviti yang
bersesuaian berasaskan berdasarksan faktor-faktor
seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan
sebagainya.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama juga dengan
mata pelajaran lain, memerlukan perancangan yang teliti
dan teratur untuk manghasilkan penyampaian yang
berkesan.Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu
diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang terlibat
adalah seperti berikut:
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ
KEPAKARAN GURU
PRASARANA
PERALATAN
KEWANGAN
SOSIO BUDAYA TEMPATAN
PENTADBIRAN
PERALATAN DAN KEMUDAHAN
 Perkara paling penting-> Setiap sekolah haruslah
mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang
lengkap.
 Berdasarkan spesifikasi kemudahan sukan yang
dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap
sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya
satu padang dan gelanggang di setiap sekolah
tersebut.
Elemen yang perlu dititikberatkan-
Peralatan
• Kesesuaian mengikut umur.
• Mengikut sukatan pelajaran.
• Mencukupi dengan per kapita murid.
• Semua murid berpeluang menggunakannya.
Elemen yang perlu dititikberatkan-
Kemudahan
• Bergantung kepada situasi sekolah.
• Jika ada, gunakan dengan sebaiknya.
• Jika tiada, modifikasi keadaan.
• Pemilihan peralatan perlu berdasarkan
spesifikasi umur dan pertandingan.
• Kualiti alat dan keselamatan pengguna perlu
dipertimbangkan dalam pemilihan alatan.
• Contoh peralatan sukan yang dianggap
merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa
maut ialah:
a) Lembing, peluru, cakera, tukul besi, tiang lompat
itnggi , tiang lompat bergalah, kayu hoki, kayu
golf, bat kriket, bola hoki, bola kriket, bola golf,
dart, spikes, anak panah dan peralatan
gimnastik.
• Pihak kementerian juga haruslah menyediakan
peralatan dan kemudahan tambahan yang lain
bagi menambah peralatan dan kemudahan yang
sedia ada.
• Hal ini adalah kerana ia memudahkan lagi sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Sukan dan Jasmani di sekolah.
• Dengan ini, murid juga dapat merasai
penggunaan pelbagai jenis peralatan dan
kemudahan sukan dalam proses pembelajaran
mereka.
• Ini akan mendedahkan kepada mereka tentang
penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan
sukan.
• Selain itu, ia dapat membantu murid untuk
mengenali lebih mendalam tentang peralatan
sukan dan memahami cara penggunaan dan
pengendaliannya sendiri.
• Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini
boleh membantu guru dalam memberi
peluang kepada murid untuk belajar tentang
banyak jenis permainan sukan.
• .
• Tambahan, ia juga membolehkan aktiviti
dijalankan dengan lancar.
• Contoh: kemahiran lompat pagar, peralatan
yang digunakan mestilah selamat dan tidak
membahayakan murid.
• Manakala, kemudahan pula perlulah cukup agar
aktiviti dijalankan dengan sempurna.
• Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mesti
dijalankan dengan sempurna.
• Contohnya:
Aktiviti yang melibatkan penggunaan gelanggang
tidak semestinya dapat dijalankan dengan
sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak
terdapat dalam semua sekolah atau tidak
disediakan dengan sempurna.
• Sekiranya kemudahan di sekolah tidak
mencukupi ketika melaksanakan aktiviti
Pendidikan Jasmani, pihak sekolah perlu
menggunakan kemudahan yang berhampiran
dengan sekolah bagi menggelakkan
pembaziran masa dan kos.
• Ia juga memudahkan proses pengajaran kerana
dengan adanya peralatan dan kemudahan,
guru tidak akan mengalami sebarang masalah
ketika mengajar.
Penyelenggaraan Peralatan Sukan
• Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga
dan diawasi penggunaannya dengan rapi
sepanjang masa.
• Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan
mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk
alat-alat sukan oleh guru sahaja.
• Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke
rumah oleh sesiapapun.
• Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan
pada pentadbir sama ada untuk diperbaiki atau
dimusnahkan.
Rujukan
• http://www.slideshare.net/IzzatNajmi/tutorial
-5-pj
• http://www.slideshare.net/ShamimiJamudin/
m5-kriteria-pemilihan
• http://www.scribd.com/doc/57587192/Kriteri
a-Pemilihan-Aktiviti-Pendidikan-Jasmani
• http://akusukamelalut.blogspot.com/2011/11
/kriteria-pemilihan-aktiviti-pj.html

Anda mungkin juga menyukai