Anda di halaman 1dari 14

UJIAN PENCAPAIAN

DAN
UJIAN KECERDASAN
(UJIAN APTITUDE)

NUR ALIA SYAFIQAH BINTI ABDUL HALIM

6 PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2


PENGENALAN PENTAKSIRAN
PSIKOMETRIK

 Suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran
pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan,
sikap dan personaliti.
 Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat
tentang kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan
personaliti seseorang individu bagi tujuan membantu dalam
memperkembangkan potensi dan pertumbuhan individu itu.
 Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang
seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
SEKOLAH RENDAH UJIAN APTITUD AM

 Menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan


pengajaran-pembelajaran.
 Instrumen itu direka bentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif
dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam
suatu cara tertentu yang bersifat am.
 Dengan Ujian ini Unit Bimbingan & Kaunseling dapat mengukur kebolehan
semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)
daripada pengalaman dan persekitaran.
 Prestasi murid tidak diukur dan laporan adalah dalam bentuk deskriptif.
UJIAN APTITUD AM
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

 Ujian Aptitud digunakan untuk mengukur potensi murid untuk berjaya dalam
pembelajaran atau pekerjaan yang akan dilaluinya di masa hadapan.
 Ujian Aptitud Lembaga Peperiksaan Malaysia lazimnya terbahagi kepada
kebolehan yang spesifik yang menggambarkan struktur kecerdasan secara
hierarki dan diterima oleh pengamal atau pekerja dalam sesuatu bidang.
 Penting dalam pembangunan individu murid kerana ia dapat membantu guru
mengenal pasti dan mengembangkan pelbagai potensi yang ada pada murid.
 Ujian ini diskor dan diinterpretasikan secara individu sebagai ukuran aptitud
khusus atau secara komposit sebagai ukuran aptitud am yang berkaitan
dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang.
OBJEKTIF UJIAN APTITUD

 Mencungkil dan membantu mengembangkan potensi murid pada peringkat umur tertentu

 Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
aktif dan berkesan

 Membantu guru memahami psikologi murid

 Membantu murid mengenal potensi diri

 Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan pekerjaan

 Memantau tahap kebolehan umum murid dalam menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan pekerjaan
sama ada di peringkat lokal dan global dengan menggunakan kemudahan yang ada di persekitarannya

 Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan
individu
TUJUAN UJIAN APTITUD (SK)
SEKOLAH RENDAH

 Di peringkat sekolah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan


maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi serta
minat atau kecenderungan dalam bidang tertentu.
 Di peringkat menengah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan
maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid dalam
berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan
Penciptanya serta minat atau kecenderungan dalam bidang tertentu.
 Manakala di peringkat menengah atas, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan
maklumat am tentang kemahiran spesifik murid serta minat atau
kecenderungan dalam bidang yang lebih spesifik.
FORMAT UJIAN

– Satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi 3 Bahagian dengan


61 item. Masa - 90 minit. Tiga bahagian adalah seperti berikut:
Bahagian I: Kemahiran Berfikir

– Berfikir secara verbal :

Kebolehan melihat hubungan antara perkara yang diwakili oleh nombor


atau abjad atau perkataan atau rangkai kata dalam suatu siri, analogi atau
logik.

– Berfikir secara non verbal:

Kebolehan melihat hubungan antara beberapa objek yang diwakili oleh


bentuk atau corak dalam suatu siri, analogi atau persamaan
Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan
Masalah dan Membuat Keputusan

– Kebolehan menyelesai masalah dalam konteks kehidupan seharian (rutin) dan


juga tidak rutin berdasarkan situasi yang dicipta
Bahagian III: Minat, Kecenderungan &
Kesediaan

– Tiada jawapan salah

– Murid perlu menjawab secara jujur ikut minat, kecederungan dan kesediaan

– 5 opsyen: Setiap pilihan jawapan A – E memberi petunjuk minat dan


kecenderungan

– Item 61 tentang kesediaan murid tinggal di asrama


CONTOH SOALAN
UJIAN APTITUD
TAHUN 3
C:\Users\Alia Syafiqah\Desktop\Ujian Aptitud Am Tahun 3
SK 2015.pdf
CONTOH BORANG
JAWAPAN

C:\Users\Alia Syafiqah\Desktop\Borang Jawapan


Psikometrik UAAT3.pdf
CONTOH SKEMA
JAWAPAN

C:\Users\Alia Syafiqah\Desktop\Skema Jawapan Ujian


Aptitud Tahun 3 2015.pdf
https://www.academia.edu/16299091/Pentaksiran_PBS
_Psikometrik_Ujian_Aptitud_Am_KPM_Lembaga_Pepe
riksaan