Anda di halaman 1dari 2

Kedudukan yang strategik

• Dari segi geografi, kedudukan Melaka yang terletak di Selat


Melaka menjadikannya sebagai kawasan lalu lintas di antara
Timur dengan Barat dan memainkan peranan sebagai
pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang alik
melalui Selat Melaka.
• Selain itu, kawasan Melaka yang bergunung-ganang juga
menjadi petunjuk untuk laluan ke Melaka.
• Dari segi alam sekitar, terdapat dua jenis angin monsun yang
menentukan panduan dan arah pergerakan kapal.
• Selain itu, Tomes Pires juga ada menyatakan bahawa
pelabuhan Melaka begitu baik kerana kapal-kapal boleh
berlabuh dalam semua musim dan perdagangan boleh
dijalankan dalam keadaan yang sangat selesa.
• Menurut Tomes Pires lagi, saban tahun sekurang-kurangnya
100 kapal besar dan antara 30 hingga 40 kapal-kapal kecil
berlabuh di Melaka. Pelabuhan Melaka dapat menampung
sehingga 2000 kapal yang pelbagai saiz untuk sesuatu masa.
Hubungan luar Melaka
• berhubungan baik dengan negara China, membolehkan
Parameswara menjaga Melaka daripada ancaman luar iaitu Siam
dan Majapahit.
• Seorang pelapor Portugis, Ruy Araujo menganggarkan saban
tahun, antara lapan hingga sepuluh buah jong China datang ke
Melaka dengan membawa pelbagai barangan.
• Di bahagian barat, kalangan saudagar yang penting datang ke
Melaka ialah saudagar dari Koromandel.
• Melaka juga berhubungan dengan Siam, menurut Tome Pires dan
Ruy de Brito, hubungan dengan dua hala ini dilihat dari segi
kepentingan dan keperluan bahan-bahan makanan yang
diperlukan oleh Melaka dari Siam.
• Pemerintah Melaka ada berkahwin dengan puteri Majapahit iaitu
antara Sultan Mansur Syah dengan Raden Galah Cendera Kirana.