Anda di halaman 1dari 3

SHAH ALAM, 15 Mei – Satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah van

sekolah dan sebuah trak tunda telah berlaku di sini awal pagi ini. Pemandu
van yang membawa 12 orang murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,
meninggal dunia di tempat kejadian.

Malim Deraman, 36, pemandu van tersebut, meninggal dunia


pada pukul 7.40 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital. Dia yang cedera
parah di bahagian kepala dijumpai tersepit di tempat duduk hadapan.

Dua daripada 12 orang murid yang menaiki van tersebut juga


dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital yang berhampiran untuk
menerima rawatan. Lima yang lain cedera ringan dan dirawat sebagai
pesakit luar.

Menurut saksi kejadian, trak tunda itu yang dalam perjalanan ke


Klang dilihat hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar van sekolah dari
arah bertentangan. Pemandu trak itu walau bagaimanapun hanya
mengalami cedera ringan.
Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pihak
polis walau bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan lalu lintas
kembali pulih empat puluh minit kemudian.
PETALING JAYA, 12 Mac - Tiga buah rumah hangus
PUCHONG, 17 April – Sebuah kedai emas di sini telah dirompak oleh
sekumpulan tiga orang lelaki yang bersenjatakan pistol, petang semalam.
Mereka berjaya melarikan barang kemas yang bernilai RM100,000.
Kejadian itu berlaku pada pukul 5.00 petang ketika kakitangan
kedai emas itu sedang berkemas-kemas untuk menutup kedai. Ketiga-tiga
orang perompak yang berpura-pura bertanya sesuatu kepada pengawal
keselamatan kemudiannya menarik pengawal itu ke dalam kedai lalu
menutup pintu.
Mereka kemudiannya mengarahkan dua pekerja kedai itu
memasukkan barang kemas yang ada di ruang pameran, ke dalam beg
sambil mengacukan pistol. Pengawal keselamatan diikat dan didudukkan di
sudut kedai itu dengan mulutnya disumbat dengan kain. Sebelum melarikan
diri , perompak itu mengikat pekerja kedai emas itu pula.

Kejadian hanya disedari oleh orang ramai lima belas minit


kemudian apabila mereka terdengar bunyi pintu kedai itu ditendang dari
dalam. Mereka kemudiannya menelefon pihak polis. Polis yang tiba lima
minit kemudian memecahkan pintu kedai dan menyelamatkan mangsa
rompakan. Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut tampil
memberikan maklumat.

Anda mungkin juga menyukai