Anda di halaman 1dari 15

*

* Akhlak dari segi bahasa


* -berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku,
perangai atau tabiat.
* Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan
akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlaknya
(Rasulullah) adalah al-Quran."
* Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di
atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan
tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan
pelaksanaan ajaran al-Quran.
* Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua
sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Ini ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam sepotong
hadis yang bermaksud : "Sesungguhnya aku
diutuskan hanya semata-mata untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia."

* Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya


yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran,
firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya
engkau seorang memiliki peribadi yang agung
(mulia)."
* Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak
ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya
timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.“
* Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang
yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa
pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."
* Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar
kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.

* Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin


bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-
lain.

* Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan


dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

* Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil,


berat tulang, sombong diri dan lain-lain.
*
* Tempatnya Hati
* Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan
bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
* ‫أال وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله‬
‫وإذا فسدت فسد الجسد كله أال وهى القلب‬
*“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul
daging, apabila baik ia maka baiklah jasad
seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah
jasad seluruhnya, ia adalah hati”
* Kembali kepada sifat Mahmudah dan
Mahmudah. Imam Ghazali telah memudahkan
kita di mana beliau telah menggariskan sepuluh
sifat-sifat ini di dalam kitab 'Arbain Fi
Usuluddin'
TAUBAT
(Membersihkan Hati)
ZIKRULMAUT
(Sentiasa ingat mati
KHAUF (Takut
dan
kepada Allah)
memperlengkapkan
diri untuknya)

REDHA (Tenang hati


MUHABBAH (Kasih
terhadap apa yang
Sayang sentiasa
datang daripada
ingat kepada Allah)
Allah)

Sifat
TAWAKAL
Mahmudah ZUHUD
(Menyerah diri (Menggunakan
sepenuhnya kepada nikmat dunia
Allah) sekadar yang perlu)

IKHLAS (Setiap SABAR (Menahan diri


perbuatan diniatkan daripada keluh
untuk keredhaan kesah pada suatu
Allah ) musibah)
SYUKUR (Memuji
setiap nikmat
daripada Allah)
*
* Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau
kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan
diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata
serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan
pujian manusia.

* Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud : “


Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah
kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian
itulah agama yang benar “. ( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
* Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan
daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada
perintah Allah s.w.t.
* Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain
dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ ,
ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
* Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah
diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada
makhluk atau sebagainya.
Banyak
Makan
Riya'
Banyak
(Menunjuk-
Bercakap
nunjuk)

Ujub
(Hairan Marah
Diri)

Sifat
Mazmumah

Bangga Diri Hasad

Cinta Dunia Bakhil

Cintakan
Kemegahan
* Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan
bongkak. ·
* Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan
lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang
orang lain itu hina dan rendah pangkat. ·
* Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa
kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala
membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan
tunduk kepada kebenaran.

*
*
* Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai. ·

* Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

* 1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain
daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

* 2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

* 3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah. ·

* Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman
dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah
agama. ·

* Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya
adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan
merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
*
* 1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah
kepada Allah s.w.t.

* 2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang


dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa
peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan
daripada Allah s.w.t.

* 3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua : ·


* Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang
dibebankan kepada manusia. ·
* Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang
mengenai diri.
* Redha Menerima hukum Allah s.w.t. : Redha menerima
hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi
daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan
kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-
peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa
terpaksa atau dipaksa.

* Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada


bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang
digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar
dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah
tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ” Tetapi tidak ! Demi
Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka
menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka
perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak
merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau
putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh –
sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

Anda mungkin juga menyukai