Anda di halaman 1dari 34

TAKRIF EKONOMI ISLAM

 Hailani Muji Tahir (1991) menerangkan bahawa ekonomi Islam


adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah
laku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber-
sumber alam untuk kepentingan diri dan juga kepentingan
masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah.
 Kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan
manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam.
 Sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang
pada nilai Islam."
 "Ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan
kehendak syariat, dari segi memperoleh, mengguna atau
mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan
bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat
keredhaan Tuhan."
CIRI-CIRI PENTING
1)Pengukur nilai yang mutlak kepada gelagat
manusia adalah didasari oleh akidah Islam.
2)Kepentingan diri boleh diutamakan selama
mana ia tidak menjejaskan kepentingan
masyarakat.
3)Matlamat ekonomi Islam ialah untuk mendapat
keredhaan Allah S.W.T.
Ekonomi Islam ialah suatu usaha kegiatan
manusia mengikut nilai-nilai hukum dan
peraturan-peraturan tertentu dalam mengguna
dan mengurus sumber-sumber alam untuk
dimanfaatkan semaksima mungkin, bukan
sahaja untuk keperluan diri dan
tanggungannya, tetapi juga untuk menjamin
hak dan kepentingan ramai bagi memenuhi
kehendak semua pihak dengan matlamat
akhirnya untuk mendapat keredhaan Allah.
Perspektif Ekonomi Islam Akan Gelagat Manusia
1)Tuhan telah menciptakan dunia bagi membolehkan manusia
merubah, memiliki dan menikmatinya.
2)Sifat kejadian manusia akan memerlukan ia merubah dunia
serta menikmati akan perobahan itu.
3)Manusia adalah pemilik sah akan hasil titik peluhnya.
4)Dalam menjalankan usahanya serta meraih hasil
duniawinya, manusia tidak boleh melakukan ketidakadilan.
5)Dalam usaha memiliki & menikmati hasil dunia, manusia
mesti mengambilkira keperluan-keperluan asasi masyarakat.
6)Orang-orang yang memiliki harta perlu sedar bahawa orang-
orang fakir miskin mempunyai hak ke atas sebahagian dari
harta kekayaan yang dimilikinya.
FALSAFAH EKONOMI ISLAM
1. Konsep Tauhid
2. Konsep Penguasa (Rububiyyah)
3. Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyyah)
4. Hari Pembalasan
5. Manusia Sebagai Khalifah
6. Kesamaan Dan Persaudaraan Manusia
7. Konsep Hak Milik
KONSEP TAUHID
 Implikasi Tauhid adalah bahawa Allah adalah Pencipta
dan manusia sebagai ciptaan-Nya adalah sama rata di
antara satu sama lain.
 Semua sumber adalah ciptaan Allah Taala jua.
 Tauhid membawa pengertian persaudaraan di antara
manusia di mana manusia perlu bekerjasama untuk
menegakkan kesaksamaan dan setiap orang mempunyai
hak kepada sumber-sumber ciptaan Tuhan.
 Sesiapa yang menafikan hak ini bererti ia menggugatkan
prinsip persaudaraan seperti yang digariskan dalam
konsep Tauhid.
KONSEP PENGUASA
(RUBUBIYYAH)
 Tuhan adalah Penguasa yang dari-Nya datang
peraturan yang bertujuan menjaga dan
menampung kehidupan makhluk kepada
kesempurnaan.
 Manusia bebas bergerak seluas-luasnya dalam
lingkungan garis panduan yang disediakan oleh
Tuhan.
 Apa-apa peraturan yang manusia wujudkan perlu
selari dan seiring dengan peraturan Tuhan.
PENYUCIAN AKHLAK
(TAZKIYYAH)
 Konsep ini bagi membentuk kesucian jiwa dan
ketinggian akhlak yang mendekatkan diri
manusia kepada Tuhannya serta memupuk
perasaan tanggungjawab secara bersama terhadap
manusia dan makhluk.
 Meliputi aspek amalan-amalan ibadat yang
difardhukan bagi orang Islam berteraskan ilmu.
 Dari sudut harta, keperluan tazkiyyah adalah
kepada pembersihan harta melalui zakat dan
sedekah bagi mencapai al-falah (kejayaan) di
dunia dan juga akhirat.
HARI PEMBALASAN
 Kepercayaan kepada Hari Pembalasan akan
menjadikan kegiatan ekonomi manusia sentiasa
prihatin terhadap kesan pada Hari Pembalasan.
 Melalui keyakinan akan hari pembalasan, prinsip
keadilan akan sentiasa dijunjung dan tindakan
manusia dilaksanakan dengan penuh kesedaran
dan keikhlasan sebagai suatu ibadat.
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH
 Sebagai khalifah Tuhan di muka bumi, manusia
akan menjaga amanah dan bertanggungjawab
dalam segala tindak-tanduknya.
 Prinsip amanah akan mencegah manusia dari
melakukan ketidakadilan dan kezaliman lantas
ditakuti akan dipersoalkan keamanahannya di
hari Akhirat.
KESAMAAN & PERSAUDARAAN
MANUSIA
 Persaudaraan kemanusiaan merentasi batasan
geografi, bangsa, warna kulit dan sebagainya bagi
melahirkan manusia yang :
 Bertanggungjawab
 Tolong-menolong &Bekerjasama
 Hormat-menghormati
 Tidak menindas
 Tidak mengeksploitasi
 Hak setiap individu dilindungi bagi
meningkatkan kebajikan umum.
KONSEP HAK MILIK
 Hak milik mutlak harta adalah milik Allah Tuhan semesta
alam. Manusia hanya pemegang amanah.
 Manusia berhak ke atas apa yang diusahakan dari sumber
yang diperolehi. Pendapatan manusia dari penggunaan
sumber ini adalah atas usahanya dan hak ini tidak boleh
dinafikan dan tidak boleh menafikan hak ini atas orang
lain.
 Penafian hak penggunaan sumber bererti telah melakukan
penindasan & ini juga dianggap adalah sebahagian
daripada ciri-ciri riba.
 Manusia lahir dalam dunia tanpa apa-apa tetapi dengan
pertolongan Tuhan dan ahli masyarakat, ia memiliki harta.
MATLAMAT KEGIATAN EKONOMI ISLAM
1)Bermatlamat untuk mewujudkan kesejahteraan ekonomi bagi
individu, masyarakat dan negara.
2)Keperluan asasi yang mencukupi meliputi makanan, pakaian,
perlindungan rumah, kesihatan/perubatan, pendidikan,
keselamatan serta sistem negara akan menjamin pelaksanaan
keperluan secara adil.
3)Penggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan, jimat dan
tidak membazir.
4)Kesaksamaan agihan harta, kekayaan, pendapatan dan
pembangunan.
5)Menjamin kebebasan individu.
6)Kesamaan hak dan peluang.
7)Kerjasama dan keadilan.
Prinsip Asas Sistem Ekonomi Islam
 Kebebasan Individu
 Hak Memiliki Harta
 Ketidaksamaan Ekonomi Terkawal Lazim
 Keadilan Dan Kesaksamaan Sosial
 Jaminan Sosial
 Edaran Kekayaan Yang Meluas
 Pengharaman Pengumpulan Harta Tak Menentu
 Pengharaman Institusi Anti-Sosial
 Kebajikan Individu Dan Sosial
Struktur Sistem Ekonomi Islam
Sistem Ekonomi Islam (Nizam al-iqtisad al-Islami)
mempunyai tiga sektor yang besar:
1)Politik/ siasah/ kenegaraan (Awam) - Siasi
2)Tijarah/ perdagangan/ perniagaan (Swasta)
-Tijari
3)Kebajikan/ sosial/ kemasyarakatan (Sukarela)
-Ijtimaiy
SEKTOR AWAM (KERAJAAN)
Sektor ini merujuk kepada kegiatan ekonomi yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Antara fungsi sektor ini ialah:
 1)Merancang dan melaksana Polisi Fiskal, Polisi
Kewangan, Polisi Pembangunan.
2)Pentadbiran dan pengurusan harta hakmilik negara.
3)Pengurusan semua sektor (awam dan swasta) melalui
agensi al-hisbah.
Tanggungjawab Kerajaan ialah
  Memastikan pelaksanaan undang-undang dan peraturan
  Memastikan wujudnya jaminan sosial
  Mengagih pendapatan /harta
  Mengawasi pasaran
  Mewujudkan dasar pekerjaan dan upah
  Memerangi riba, rasuah dan monopoli
  Mobilisasi sumber asli
  Kesaksamaan peluang
Hukum-Hakam Yang Bersangkutan
  Pencukaian
  Harta
  Pusaka atau pewarisan
  Harta wakaf dan wasiat
  Matawang
  Tanah dan galian
  Institusi, Jabatan @ Kementerian
Yang Berkaitan

  Institusi Perbendaharaan Negara (Baitulmal)


  Bank Pusat (Dar al-Amwal)
  Diwan atau Jabatan Perancang Pembangunan
  Jabatan Hasil Dalam Negeri (Diwan al-Jibayah)
  Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah
  Kementerian Galian dan Sumber Alam
  Kementerian Waqaf
Sektor Swasta

Rakyat, secara individu @ kolektif, berusaha


mencari rezeki dgn menggunakan tenaga,
kebolehan & harta dlm bidang-bidang spt
pertanian, perlombongan, perusahaan,
pembinaan, perdagangan, kewangan,
pengangkutan, perkhidmatan & sebagainya
melalui cara yg halal & dengan rezeki ini
menjalankan tanggungjawab seperti zakat &
amalan berbelanja di jalan Allah (infaq fi sabil
Allah).
Fungsi Sektor Swasta
1)Kewajipan berusaha mendapat rezeki yg halal &
menunaikan tanggungjawab infaq fi sabil Allah.
2)Mempelbagaikan sumber rezeki yg baik &
bermanfaat melalui mekanisme pasaran yg sihat.
3)Memberi perkhidmatan yg diperlukan oleh pengguna
secara meluas dan secukupnya.
4)Berusaha mengembangkan harta dgn cara yg halal &
tidak membekukannya @ menghadkannya.
5)Memakmurkan alam & isi kandungannya bagi
mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi,
kestabilan dan kesejahteraan. 
Sektor Sosial & Kebajikan Masyarakat
 Sektor ini adalah unik dalam sistem ekonomi Islam
dan sama penting dengan sektor lain.
 Kegiatan dalam sektor ini dilakukan dengan
menggunakan harta milik persendirian (sadaqah
tatawwu’), awam & Baitulmal. Fungsi sektor adalah:
1)Membantu golongan yang lemah.
2)Menyediakan skim kesejahteraan sosial (al-
dhaman al-ijtima’i) sama ada oleh kerajaan atau
persendirian
3)Menyediakan prasarana di peringkat asas.
Antara hukum-hakam berkaitan :
 Zakat (segala jenis) termasuk zakat fitrah
 Pemberian sukarela (sadaqah tatawwu’)
 Hibah
 Waqaf, samada waqaf am atau khas &
 Pinjaman kebajikan (Qard al-Hassan)
Institusi-institusi yg terlibat meliputi sektor kerajaan &
swasta seperti Institusi Perbendaharaan Negara
(Baitulmal), Institusi Zakat dan Waqaf &  Yayasan,
badan amal atau kebajikan
CIRI ISTIMEWA EKONOMI ISLAM
1)Manusia sbg pemegang amanah utk dimanfaatkan dgn penuh ihsan.
Islam mengetengahkan prinsip pemegang amanah berbanding prinsip
kepentingan diri sendiri.
2)Islam mengiktiraf hak milik persendirian tetapi kepentingan
 

masyarakat mendahului kepentingan individu; perolehan harta adalah


melalui kaedah yang menepati hukum Syariah.
3)Ekonomi Islam mengamalkan prinsip kerjasama (al Ta’awun)
 

berbanding teknik pertembungan (techniques of opposites) bagi


mencapai keseimbangan (equilibrium).
4)Konsep harta sbg sumber yang produktif, iaitu meningkatkan
 

pengeluaran ekonomi negara & tahap kehidupan.


5)Islam mengutamakan pemilikan awam (public ownership) bagi
 

industri yg ada kepentingan bagi semua golongan masyarakat spt


keperluan air, elektrik, gas dll.
i. 6)Seseorg perlu mengamalkan sifat taqwa agar dapat dielakkan dari
aktiviti menindas, penipuan, keuntungan berlebihan, diskriminasi dll.
Strategi Pelaksanaan Sistem Ekonomi Islam
Chapra (1992), mencadangkan empat elemen yang perlu
ada :
1)Mekanisme tapisan yang dipersetujui bersama (socially-
agreed filter mechanism).
2)Sistem motivasi individu yang berkesan untuk berusaha
sebaik mungkin bagi kepentingan diri dan juga
masyarakat.
3)Penstrukturan keseluruhan ekonomi bagi maksud
mencapai maqasid walaupun dalam keadaan sumber yang
terhad.
4)Peranan kerajaan yang berorientasi matlamat dan kukuh.
SISTEM KAPITALISME
Ciri Utama Kapitalisme
1)Hak Pemilikan Harta Persendirian
Individu boleh memiliki, membeli atau menjual mana-mana
harta tanpa sekatan; Individu berkuasa penuh atas asetnya.
2)Kebebasan Ekonomi dan Persaingan Bebas
       Individu mempunyai pilihan untuk menganjurkan dan
mewujudkan apa saja bentuk organisasi/perniagaan &
memperolehi keuntungan yg tiada had asalkan ianya sah di sisi
undang-undang. (Individu akan berusaha sepenuhnya manfaat
persendirian)
3)Ketidaksamaan Kekayaan dan Peluang Ekonomi
Modal adalah sumber dan alat kepada hak. Individu yang
bermodal besar lazimnya mempunyai > peluang pekerjaan.
Ketidaksamaan ini mengakibatkan jurang kekayaan &
kemiskinan bertambah besar.
RASIONAL KAPITALISME
 Kebebasan berekonomi akan meningkatkan kapasiti
produktiviti masyarakat, meningkatkan kekayaan negara
& juga membantu pengagihan kekayaan dlm masyarakat.
 Persaingan bebas akan mengakibatkan pengeluaran &
harga berlaku pd paras yang munasabah. Dgn
persaingan, untung & upah juga berada pada paras yg
munasabah.
 Motif keuntungan akan membawa kpd pengeluaran
maksima. Setiap org akan berusaha mendapatkan
pendapatan yg maksima & mendorongnya berusaha ke
tahap yg maksima. Dgn itu, Q & Qtq akan diperbaiki.
PERMASALAHAN KAPITALISME
 Golongan berada akan menambahkan hartanya dan
menjejaskan imbangan dalam pengagihan harta.
 Kepentingan individu akan diutamakan berbanding
kepentingan bersama.  
 Sifat mementingkan diri sendiri, kebencian, adu domba dan
seumpamanya besar kemungkinan akan menggantikan sifat
akhlak mulia seperti bekerjasama, tolong menolong, muhibbah,
setiakawan, kejiranan, kasih sayang dan seumpamanya.
 Jurang perbezaan yang berkembang antara hak pekerja & hak
majikan masyarakat berpecah menjadi 2 kelompok yg
bertentangan. 
 Individu yang ingin kaya akan menggunakan kaedah yang tidak
berakhlak bagi mencapai cita-cita mereka.
 Kapitalisme akan melahirkan suatu sistem yang memberi kuasa
dan harta kepada segolongan yang kecil
SISTEM KOMUNISME DAN SOSIALISME
Prinsip asas komunisme
1)Hakmilik Negara (Nationalisation of Property)
i.  Semua cara pengeluaran & sumber hasil adalah milik negara @
komuniti di mana hak individu memiliki harta/sumber pengeluaran
tidak diiktiraf dan dinafikan.
2)Kesaksamaan Ekonomi (Economic Equality)  
Hak individu dalam ekonomi adalah dikawal oleh prinsip
kesaksamaan (equality) & setiap individu akan diberikan keperluan
hidupnya berasaskan keperluannya.
3)Penguasaan (Regimentation)
Bagi mencapai objektif komunisme, keseluruhan negara akan di
perintah oleh golongan “proletariat” (kelas pekerja, terutama pekerja
industri) yang mengambilalih semua faktor @ kaedah pengeluaran,
pengagihan dan kebebasan berekonomi serta hak kepada pemilikan
harta dihapuskan sama sekali.
RASIONAL KOMUNISME
 Setiap ahli dalam negara dibekalkan dgn keperluan
asasinya.
 Setiap individu diberi pekerjaan & golongan yang lemah
& tidak berkeupayaan akan dijaga oleh negara.
 Semua kerja dilakukan mengikut suatu perancangan &
terdapat penyelarasan diantara pengeluaran &
permintaan. Ini dapat menyelesaikan persoalan terlebih
pengeluaran @ kekurangannya.
 Kesemua sumber & kaedah pengeluaran adalah dimiliki
& diuruskan oleh negara & mana-mana keuntungan
adalah untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
Permasalahan Komunisme
 Kos bagi mendapatkan keperluan asasinya adalah dgn
mengorbankan kebebasan individu & hak pemilikan harta.
 Individu menjadi “hamba” kpd masyarakat & berstatus
tidak lebih seperti sebuah mesin yg diperintah utk bekerja
shj.
 Kepemimpinan & kuasa di tangan golongan proletariat
memungkinkan sikap seperti berdendam, penindas & kejam
bertambah teruk berbanding kapitalis.
 Objektif komunisme dicapai melalui sekatan luaran &
langsung & mengabaikan pendidikan moral & keperluan
latihan individu.
 Kesungguhan utk bekerja kuat akan malap &
menghapuskan kecekapan tenaga buruh.
SISTEM NEGARA KEBAJIKAN
 Sistem negara kebajikan (welfare state) adalah suatu
sistem ekonomi yg berasaskan sistem ekonomi campuran
- bentuk kapitalisme bercampur dengan ciri-ciri
sosialisme seperti yg wujud pd negara Eropah spt
England, Jerman & Sweden.
 Objektif utamanya adalah utk mengawal keterlaluan yg
terdapat pd sistem kapitalisme & seterusnya
mengurangkan tarikan komunisme.
 Falsafahnya adalah kebajikan individu terlalu penting
utk diserahkan kpd operasi kuasa pasaran.
CIRI UTAMA
 Setiap ahli masyarakat dipastikan mendapat perlindungan
dpd risiko-risiko sosial spt kecederaan industri, keilatan &
tiada pekerjaan.
 Perkhidmatan sosial spt pendidikan, perumahan, kesihatan &
pengangkutan awam disediakan bagi membolehkan individu
berfungsi dgn berkesan.
 Mengiktiraf objektif pekerjaan penuh & pengagihan
pendapatan & kekayaan secara adil & saksama. Untuk ini
campurtangan negara amat perlu utk  masalah dlm sistem
kapitalisme.
 6 alat utama ialah undang-undang & peraturan,
memiliknegarakan beberapa industri utama, kesatuan sekerja
yg kuat, polisi fiskal, kadar pertumbuhan yg  & kadar
pasaran buruh yg penuh.
Permasalahan Sistem Negara Kebajikan
 Ketidakcekapan sistem & undang-undang serta peraturan boleh menjadi “for
and against” serta sukar dikuatkuasakan.
 Halangan dpd berlakunya kecekapan dlm penggunaan sumber. Kini program
“penswastaan” giat dilaksanakan.
 Pergerakan kesatuan sekerja yg dianggap dapat memperbaiki keadaan
pekerjaan menghadapi masalah a/bila berlakunya inflasi & kadar
pengangguran   

 Wujudnya perbelanjaan kerajaan yg “excessive”, berlaku “budget deficit” &


“budget cuts.” Pinjaman & kadar cukai yg  merupakan fenomena negara
kebajikan yg tak sihat. Usaha mengurangkan jurang kaya & miskin agak
meleset kerana golongan berada lebih mendapat manfaat dpd kemudahan
kerajaan
 Pertumbuhan ekonomi yg tinggi tidak dapat menghapus kemiskinan,
memenuhi keperluan asasi masyarakat spt pendidikan, kesihatan &
perumahan, @pun  ketidaksamaan kerana disertai inflasi, kadar faedah ,
kerosakan & pencemaran alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai