Anda di halaman 1dari 36

I LOVE U TILL JANNAH

Bersama Kaunselor Anda:


TN HJ NORAZMAN AMAT
Ketua Kaunselor
Pusat Kaunseling MAINS
“Dan di antara bukti-bukti kekuasaanNya ialah diciptakanNya
untuk mu pasangan hidup dari jenis mu sendiri, supaya kamu
mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang
diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda
kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir”
-Ar-rum :21-
Memahami Konsep Sebenar Perkahwinan

 a. Sebagai tanda kebesaran Allah


“ dan Kami jadaikan setiap sesuatu itu
ada pasangan semoga kamu beroleh
peringatan” ( az-Zariat :49)
“ Allah yang menjadikan langit dan bumi
ini dan menciptakan bagi diri kamu
pasangannya” ( As-Syura : 11)
 b. sebagai ibadah dan sunnah Rasulullah

“ perkahwinan itu sunnahku dan sesiapa yang menolak


sunnahku maka dia bukan dari golonganku”

“apabila seseorang itu berkahwin sesungguhnya dia


telah menyempurnakan sebahagian iman atau
agamanya maka berhati-hatilah sebahagian yang lain”
 c. untuk melahirkan perasaan bertanggungjawab
“ setiap kamu adalah pemimpin,suami mestilah memimpin
keluarganya dan isteri juga bertanggungjawab memimpin
ahli keluarganya”

 d. mengatur fitrah manusia


“ dihiaskan kepada manusia itu kecintaan dan keinginan
kepada wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis
emas”
( ali-Imran : 14)
 e. mengatur kehidupan sosial
- menyambung kehidupan sosial
“ Allah telah menjadikan kamu berpasangan ddan kemudian
menjadikan dari kamu anak-anak dan cucu- cucu”( an-Nahl:72)

 f. Perkahwinan adalah perjanjian/kontrak


“ para isteri telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat” ( an-
Nisa’: 21)

 g. Perjumpaan di hari akhirat


“ orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikut mereka
dalam keimanan kami hubungkan mereka dan kami tidak mengurangi
sedikitpun dari pahala mereka. tiap manusia terikat dengan apa
yang mereka kerjakan” ( at-Tur :21)
Nilai Perkahwinan Dalam Agama
 a. Perkongsian
- ibarat pakaian ( Al-Baqarah : 187)
- umpama ladang ( Al-Baqarah : 223)

 b. kemasyarakatan
- bergaul dan menerima keluarga baru
- tidak berkahwin keluarga terdekat
 c. memelihara kehormatan diri
- mengawal hawa nafsu dan
pandangan mata
- mengadakan perhubungan yang sah dari segi
syara’( al-Maidah :5)

 d. Ketenangan jiwa ( ar-Rum : 21)


 e. Bersikap adil
 f. Matang
 g. Nilai kebaikan ( an-nisa’ : 19)
 h. Redha (an-nisa’ : 19)
Siapa Suami?

 S: sentiasa menjadi pemimpin & role model


 U: usaha memajukan diri dan keluarga
 A: Amalan hidup yang lurus
 M: matlamat hidup yang jelas
 I : Ingat diri dan keluarga
Siapa Isteri?
 I : istiqamah dalam amalan
 S: setia kepada suami
 T : taat kepada suruhan Allah,Rasul Dan
suami
 E: ehsan dalam amalan
 R: rasa bersama
 I : ingat redha Allah pada reda suami
Pelaksanaan Tanggungjawab
 Suami
- Maskahwin
- Nafkah
- Pergaulan/layanan yang baik & hormat
- Didikan/bimbingan
 Isteri
- taat & setia
- layanan baik & hormat
 Suami & Isteri
a. kasih sayang
b. amanah
c. pergaulan yang baik
d. hubungan kelamin
e. menghormati persemendaan
f. saling memahami masalah
g. ketrampilan yang baik
h. harta bersama
i. bekerjasama
j. cemburu
Pengurusan Masa Depan Keluarga
 Sistem pentadbiran keluarga
- orientasi : status/nilai
- corak komunikasi kekeluargaan

 Peranan sebagai suami isteri/ibubapa


- gaya hidup
- suasana rumahtangga
- usaha mewujudkan keharmonian
- strategik untuk mencapai kebahagiaan
 Peranan sistem kewangan keluarga
- pengawalan perbelanjaan
- sebagai tanggungjawab kepada Allah
- penggunaan yang efisyen
- keselamatan kewangan
- mencapai kesejahteraan hidup

 Perancangan perbelanjaan
- tentukan matlamat
- tentukan sumber pendapatan
- membuat rekod perbelanjaan
- membuat penilaian
 Cara mengawal perbelanjaan keluarga
- senaraikan belian
- membeli secara tunai
- rekodkan pembelian
- tidak pergi beramai-ramai

 Tabungan & simpanan


- memenuhi matlamat
- kecemasan
- perbelanjaan sekali sekala
- pengekalan harta : kereta, rumah, tanah
Cinta selepas Kahwin

 Membuktikan cinta melalui perkataan


 Melahirkan zuriat tanda kasih sayang
 Mengasihi dan menghormati pasangan & keluarga
 Melakukan atas perintah TUHAN dan menerimanya atas taqdir
yang ditentukan
 Cinta yang sejati bukan sahaja kepada insan tetapi kepada
TUHAN yang mengurniakan kenikmatan kehidupan
Walau apapun erti cinta…..
 Cinta dalam agama ialah perkahwinan
 Cinta sejati setelah ijab & qabul dimetari
 Cinta yang luhur dan jujur adalah maruah bukan cinta yang
murah.
 Agama bukan menyekat tapi mengingat setiap yang ditegah
pasti ada faedah, bila tidak baik dilarang yang baik akan
datang.
 Cinta jangan dikotori tapi dihiasi dengan akhlak dan budi
pekerti
Fahami Konsep dan dimensi PERKAHWINAN

1. Sistem dan subsistem


- Sistem keluarga mengandungi tiga subsistem utama iaitu
- subsistem pasangan / perkahwinan (marital /
couple subsystem),
- subsistem ibu bapa (parental subsystem)
- subsistem adik beradik (sibling)

- Subsistem pasangan sangat penting bagi menentukan


kebahagiaan keluarga.
Sempadan (boundaries) sistem dan subsistem

- Sempadan sistem atau subsistem adalah “ undang-undang


yang menetukan siapa yang terlibat dan bagaimana
penglibatan”
- Pasangan mesti meneroka undang-undang yang ada dalam
subsistem pasangan yang membentuk sempadan dan
mengkaji bersama-sama pasangan samada undang-undang
tersebut menghasilkan satu subsistem pasangan yang
berfungsi atau tidak
2.Perbezaan jantina (gender difference)

3 kategori perbezaan gender iaiatu :

- perbezaan fiziologikal
- perbezaan peranan / undang-undang perhubungan
- perbezaan komunikasi
Perbezaan fiziologikal

Gotman (1999) menyatakan dlm perkahwinan yg bahagia


tidak terdapat perbezaan yang jelas d.s fiziologi namun
bagi perkahwinan yg berkonflik :
- perempuan seringkali mencari jalan utk
menenangkan dan membantu diri (self soothe),
melibatkan diri, demand and complain

- Lelaki mudah teransang (more aroused) namun


mengekalkan keadaan tertekan dan menarik diri
Perbezaan peranan / undang-undang perhubungan

Semua pasangan dipengaruhi oleh pola sosialisasi yang ditentukan oleh


undang-undang dan peranan proses perkahwinan. Kerpel (1994) menyatakan:

1. perempuan mudah mengalah terutama dari segi mendapat pangkat dan


kuasa, olehitu kebanyakan perempuan mempunyai
penghargaan kendiri yg rendah dan kurang berjaya dlm kerjaya

2. Lelaki lebih agresif, dan suka bertanding (competitive) manakala


perempuan disosialisasikan untk menjadi lebih bergantung

3. Lelaki disosialisaiskan secara menuntut kedudukan utk memenuhi


kehendaknya manakala perempuan untuk memenuhi kehendak
orang lain dahulu
Perbezaan gaya komunikasi

Schmaling (1998) mengatakan


- perempuan lebih banyak mengadu (complain)/ meluahkan
perasaaan mengenai corak perhubungan dan memerlukan
kemesraan dari suami serta mendapatkan rawatan
terapi berbanding lelaki

- Lelaki lebih suka mengekalkan keadaan sedia ada dan


memerlukan lebih autonomi dan menjarakkan diri dari
isteri, sukar meluah perasaan, mengekalkan peranan
tradisi gendernya serta tidak suka mendapatkan
pertolongan /terapi.
3. Kesan bangsa dan budaya
- Ramai pasangan kini mengalami perbezaan dari segi
bangsa, etnik, kelas sosial dan budaya. Oleh itu mereka
mempunyai ekspektasi dan interpretasi yang berbeza.
Malah diantara pasangan sendiri terdapat perbezaan
individu (individual differences) kerana budaya keluarga
asal mereka yg berbeza

- Dlm situasi berkonflik perbezaan dari segi budaya ini


diperburukkan apabila pasangan saling hina menghina budaya
masing-masing dan menyebabkan kekecewaan kpd pasangan
MEMAHAMI PSIKOLOGI PERKAHWINAN

1. Pembentukan perhubungan baru dengan keluarga asal

- peringkat permulaan perkahwinan memerlukan pasangan


membentuk corak perhubungan baru dengan keluarga
asalnya. Pasangan yang gagal menyesuaikan diri atau
gagal menjadi “separate self ” dari keluarga
asalnya akan terlalu bergantung kepada keluarga
asal. Ini akan membawa kegagalan dalam kehidupan
perkahwinannya
2. Membina “kesepakatan”(togetherness) dan autonomi

Kedua-duanya penting bagi membentuk identiti psikologi


perkahwinan pasangan. Kesepakatan dalam pelbagai hal
memerlukan pasangan mengorbankan kepentingan peribadi
masing-masing (autonomi) demi mengekalkan perhubungan
perkahwinan yang sihat (misalnya dlm menyelesaikan isu
mengenai wang, seks, rekreasi dll) dan membuat keputusan tradisi
/ kebiasaan/ upacara (rituals) yang manakah perlu
dikekalkan.Kesepakatan boleh memberi kekuatan kepada
pasangan menyelesaikan pelbagai masalah.
3. Menjadi ibu bapa

Bila pasangan mula mempunyai anak corak


perhubungan berubah dari dua menjadi tiga (triangle).
Apabila ibu terlalu terlibat dgn anaknya bapa
akan merasa terpinggir dan melibatkan diri secara
serius dgn kerjayanya – menjejas perhubungan
pasangan
4. Menangani krisis

- Tekanan mungkin timbul dari sesuatu yang


dijangka ( life cycle transition) atau yang tidak
dijangka misalnya kehilangan pekerjaan, kematian,
sakit yang serius, kelahiran anak cacat dll.
Kombinasi kedua- duanya boleh
memburukkan hubungan pasangan
5. Menangani konflik

- pasangan perlu tahu melahirkan ketidakpuashatian


mereka dengan cara yang sihat iaitu cuba mendengar dan
memahami pasangan dengan baik tidak melakukan
kecaman peribadi (personal attack) atau ancaman.
6. Cinta , kemesraan dan seks

- Perhubungan seksual yg sihat memerlukan komunikasi perhubungan


fizikal pasangan secara lisan dan bukan lisan iaitu pasangan perlu
mengetahui dan berkongsi keperluan seksual masing-masing
secara ikhlas dan terbuka. Pasangan perlu berusaha mencari jalan
untuk memuaskan keperluan seks pasangannya. Ini akan
membuatkan pasangan merasa diri diterima dan memperbaiki
perhubungan fizikal mereka.

pasangan perlu memudahcarakan suasana yang selamat dan sihat


bagi membolehkan pasangan berkongsi masalah hubungan seksual
mereka secara ikhlas dan mendidik (educational)
7. Berkongsi kegembiraan dan mengekal / menghidupkan minat

- kegembiraan, bermain dan kejenakaan merupakan


faktor penting kepada perkahwinan yg sihat kerana ia
boleh mengelakkan dari kebosanan. Pasangan yang bahagia
masih meneruskan corak kehidupan seperti perengkat
mula berkahwin. Sebaliknya pasangan bermasalah
meneruskan kehidupan hanya dengan menjalankan tugas
harian membesarkan anak dan merasa penat dan
terbeban dgn tanggungjawab tersebut.

- pasangan membuat perancangan aktiviti


menyeronokkan bersama anak atau hanya berdua dan
memperkembangkan minat masing- masing.
8. Menyediakan penyuburan emosi ( providing emotional nurturance)
- Pasangan menyediakan sokongan emosi diantara satu sama lain
bagi situasi yang memerlukan suasana selamat seperti kegagalan,
kekecewaan, sakit, kematian, kehilanagan dll. Ini membolehkan
pasangan merasa bebas dan selamat melahirkan impian, keinginan,
kepercayaan, masalah dan kesulitan yang dialami. Semakin intim
dan mesra corak perhubungan pasangan semakain mudah
penglahiran perasaan secara terbuka dilakukan.

- menggalakkkan komunikasi terbuka dan sokongan emosi kepada


pasangan bermasalah yang sering memendam perasaan masing-
masing.
9. Memelihara “double vision”

- mengingati kenangan lama yang manis seperti pertemuan


pertama, cinta mula berputik, peristiwa menyeronokkan dll boleh
membantu pasangan memberi tenaga baru kepada corak
perhubungan masa kini mereka. Ini boleh dilakukan dengan
bercerita semula atau melihat semula gambar, surat,
kad, video lama. Cara lain mungkin dengan meraikan semula
(rituals) upacara-upacara tertentu misalnya pergi
berbulan madu semula di tempat yg sama.
Sekadar Renungan

 Berkemungkinan apa yang kita sayang atau cinta


tersimpan keburukan dan kemungkinan apa yang kamu
benci tersimpan kebaikan didalamnya.
 Cintakan harta ertinya bakhil
 Cintakan wanita ertinya alam
 Cintakan diri ertinya bijaksana
 Cintakan mati ertinya hidup abadi
 Cintakan Tuhan ertinya ketaqwaan
 Kita lebih tahu apa yang kita mahu walaupun orang lain tak
tahu
SEKIAN TERIMA KASIH

Semoga
Berbahagia
Sehingga ke Akhir
Hayat.