Anda di halaman 1dari 41

BAB 5

TAMADUN CHINA
Population1,349,585,838 (July 2013 est.)
Latarbelakang Tamadun • Antara yang tertua dan berkesinambungan

• Dipercayai bermula kira-kira pada millennium ke-6 Sebelum


Masihi (SM).

• Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-


China

tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkannya menjadi


lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-
tamadun lain.

• Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses


perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan
sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada
keseluruhannya.
Kebudayaan Yangshao
• Berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (zaman batu
baru) di Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan kebudayaan Yangshao telah wujud pada
millennium ke-6 Sebelum Masihi (SM).

• Merupakan kerajaan paling awal dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

• Tapak-tapak tradisi kebudayaan Yangshao dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan


Sungai Wei dan Huanghe (the Yellow River) kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur,
lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan pertanian dan penempatan.

• Peradaban Yangshao yanhg menjadikan bijirin sebagai makanan asasi telah menggalakkan
perkembangan dalam kegiatan pertanian.

• Orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi dan
membuat tembikar berlukisan.

• Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan
masa kira-kira 6 millennium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambilalih oleh kebudayaan
Kebudayaan Longshan

• Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan zaman Gangsa
Awal (Bronze Age) lewat millennium ke-2 atau millennium pertama.

• Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan,


di daerah Shandong.

• Tembikar Longshan terutamanya tembikar hitam bergantung kepada gaya dan bentuk
sebagai daya penarik estetiknya.

• Peradaban ini lebih maju berbanding dengan ketamadunan Yangshoa, di mana


tembikar yang dijumpai menunjukkan berkualiti kerana dipercayai menggunakan
mesin peroda tembikar (potter’s wheel) dalam pengeluarannya.
Zaman Gangsa
• Dalam tahun 1766 SM – 1122 SM, gangsa dinilai sebagai symbol elit oleh Dinasti
Shang dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting
semasa pemerintahannya.

• Selain digunakan untuk membuat senjata dan loceng, logam gangsa juga dikaitkan
dengan bekas-bekas ritus atau untuk upacara keagamaan.

• Zaman Dinasti Shang memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih kompleks


dengan pembentukan negara-kota, penggunaan system tulisan, peningkatan
pengkhususan pekerjaan dan wujudnya system masyarakat yang berlapis.

• Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He’nan di mana dua tapak arkeologi di
Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah ketamadunan Dinasti Shang.

• Penggunaan gangsa juga tersebar luas di sepanjang tempoh Dinasti Zhou (1123 SM
– 221 SM).
• China merupakan satu negara yang luas dan besar.

• Bangsa Cina terdiri drpd 5 gabungan kaum besar dikenali Zhonghua Minzu (bangsa
Konsep dan Takrif
Tionghua) iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol, Zang (Tibet)

• Peperangan, interaksi, kahwin campur dan tiru-meniru budaya di kalangan bangsa ini
telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa
(Zhonghua minzu).

• Konsep negara:
– Zhong Guo (Tiongkok) – ‘Negara Tengah’
– Zhong Hua (Tionghua) – ganbungan Zhong Guo dengan Hua Xia – wilayah tanah
jajahan pemerintahan Dinasti China yg mengamalkan budaya Zhong Yen
– Negara merujuk untuk ‘mengkeluargakan’ seluruh unit kenegaraan – gabungan
Guo (negara) dengan Jia (keluarga)
– Konsep Zhong (taat) = asas sistem kenegaraan
– Konsep Xiao (berbakti) = sistem kekeluargaan
– Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem kenegaraan.
• Pusat pertumbuhan tamadun China
– Huang He (Sungai Kuning) – utara
– Chang Jiang – selatan
WILAYAH

• Tanda tamadun paling awal berdasarkan kebudayaan masyarakat:


– Di Yangshao – wilayah Shanxi
– Di Longshan – wilayah Shandong

• Geografi Negara China yang luas menyebabkan keadaan cuaca


yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan
iaitu Kebudayaan Milet (bijirin) dan kebudayaan sawah padi yang
wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China.
• Pada asasnya, bahagian timur China menghadap lautan, bahagian
barat-laut direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya
adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di dunia
dengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata.

• Keadaan ini menyebabkan kebanyakkan sungai mengalir ke arah


kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan
pergerakan penduduk, terutamanya para petani untuk menetap di
bahagian Selatan China.

• Hasil dari pola pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga


turut beralih ke Selatan China.
MASYARAKAT & BUDAYA
• Sistem kemasyarakatan Cina berasaskan sistem kekeluargaan.
Menekankan nilai dan etika serta kuasa bapa.

• Dalam sistem politik, kuasa raja dianggap mutlak.

• Sistem Sangkang menekankan 3 hubungan:


– Raja dgn pembesar
– Ayah dgn anak
– Suami dgn isteri
• Wu Chang merangkumi 5 nilai utama
– Ren (kemanusiaan)
– Yi (Kesaksamaan)
– Li (Kesopanan)
– Zhi (kebijaksanaan)
– Xin (amanah / kepercayaan)

• Konsep Xiao (berbakti) – asas dalam sistem keluarga

• Konsep Zhong (taat) – asas dalam sistem kenegaraan.

• Fahaman Konfusianisme amat tebal dalam masyarakat Cina kuno


dalam aspek kehidupan, etika, budaya, politik, masyarakat, dan
negara
• Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan
Bahasa & Sistem Tulisan ia masih kekal dituturkan dan digunakan sehingga hari ini
berbanding dengan Bahasa-Bahasa kuno yang lain.

• Ini adalah kerana walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek,


tetapi hanya satu tulisan bercirikan karakter digunapakai oleh
semua rakyat cina.

• Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina


dan perkembangan tamadunnya.

• Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa


lain terutamanya di Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga
Vietnam yang telah mengadaptasi karakter tulisan cina ke dalam
• Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han), dicipta
berdasarkan kaedah:
i. Xiang xing (berlambang gambar)
ii.Zh’shi (lambing petunjuk)
iii.Huiyi (lambing petunjuk fikiran)
iv.Xing Sheng (gabungan bentuk bunyi)
v.Zhuan zhu dan jiajie (bersamaan dua kaedah yang
berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu
huruf Cina)

• Kaedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai ‘six


principles of writing’ (liushu).
– Satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan.
PANDANGAN SEMESTA – Pandangan animism merupakan pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina di
mana pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain
yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan bangsa Yangshao dan Longshan
lagi.
– Selain daripada kepercayaan animism ini, terdapat konsep-konsep lain seperti:

• Konsep Tian
– Konsep Tian merujuk kepada langit sebagai dewa utama atau makhluk unggul
(supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman Dinasti
Zhou (1123 SM – 221 SM).
– Semasa dinasti Chou, Tian dirujuk kpd makhluk unggul mempunyai kuasa, menguasai
perjalanan hidup dan menentukan nasib yg mendapat mandat dari syurga.
– Umumnya, Tian merujuk kpd 4 fahaman utama:
• Tian – sumber kewujudan kpd seluruh makhluk
• Tian – maha agung mengatasi segala sesuatu
• Tian – kuasa penentu nasib sesebuah dinasti
• Tian – penentu bahagia dan sengsara
– Raja-raja Chou sering dikaitkan dgn konsep Tian iaitu sbg wakil Tuhan.
– Tian mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan, melindungi rakyat dan
menghukum pesalah. Mandat akan ditarik jika raja berlaku zalim.

– Menurut Konfusius, Tian merujuk kepada tuhan terunggul dalam alam semesta
yang menentukan nasib seseorang.

– Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek


falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.

– Asas utama dalam pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang
mulia, terutamanya mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan
ketaatan kepada ibu-bapa (xiao).

– Pujangga agung konfusianisme, Mencius (372 SM – 289 SM) berpendapat


semasa dilahirkan manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu
perikemanusiaan (ren), kewajaran (yu), kesusilaan (li) dan kearifan (zhi).
– Dong Zhongshu (179 SM – 104 SM), seorang lagi pujangga konfusianisme di
zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang menceritakan bahawa
insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu, wujud satu pertalian di
antara insan dengan Tian.

– Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menyebabkan


kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan atau fenomena luar biasa
dalam alam semulajadi sebagai tanda amarannya.

– Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme.

– Kitab Daoisme dan Yijing menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya.

– Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada
akhir hayat mereka iaitu Dao.
• Taiji
– Iaitu sesuatu yang bersifat universal yang digunakan untuk menjelaskan
perubahan dunia serta segala kewujudan benda.
– Ia adalah prinsip dan disiplin kepada semua benda dan selalu berada dalam
keadaan bertentangan iaitu Yin (negatif) dan Yang (positif).
– Kitab Yijing (The Book of Change) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk
kepada kenyataan muktamad.

• Yin Yang
– Prinsip ini dianjurkan oleh pendukung Taoisme.
– Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan
tenggelam tanpa pengakhirannya.
– Dalam kehidupan, wujud pertentangan seperti lelaki & wanita, cerah &
gelap, dan sebagainya namun saling melengkapi. Contoh: kegelapan malam
terdapat cahaya bintang.
– Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut manakala
Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras
• Datong
– Diibaratkan sebagai jalan agung.
– Ianya hanya dapat dicapai apabila segala objek / benda di dunia ini dikongsi
oleh semua pihak secara adil, tanpa membazir dan digunakan demi
kepentingan umum.
– Termasuk juga yang tua dijaga dan yang muda dipelihara selain tiada
maksiat, mencuri, pemberontakan di dunia ini.

• Konsep Di / Ti
– Umumnya merujuk kepada bumi
– Dalam teori Yin dan Yang, Tian dirujuk kpd proses penciptaan makhluk dan
Di bertindak menjaganya.
– Bagi masyarakat bawahan, Di dianggap dewa tertinggi dan menguasai
dewa-dewa lain.
– Bagi Konfusius, Di bukan dewa-dewa tetapi sebaliknya Tian adalah tuhan.
• Dao/Tao
– Dao = sesuatu jalan / lorong / cara kelakuan atau tabiat sama ada baik atau buruk.
– Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk
i. Menunjukkan satu jalan
ii. Cara kelakuan
iii.Tabiat (baik atau buruk)
– Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud
metafizik
– Konsep Dao menurut Kung Fu-Tze merupakan konsep tatatertib moral atau
sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti dan diipatuhi oleh seseorang
individu

• Zhongyong
– Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
– Tidak bersetuju suatu konflik yang melibatkan manusia diselesaikan melalui
kekerasan tetapi melaui perundingan atau tolak ansur.
– Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian
keharmonian sejagat.
Falsafah dan Agama • Konfusianisme

– Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek


falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.

– Berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama


Konfusius.

– Nama sebenar pengasas – Kung Chiu.

– Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral


yang mulia (perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan
kepada ibu bapa – xiao)

– Moral yang baik mampu membentuk pemerintah yang baik.


• Buddhisme
– Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (563 SM – 483 SM) di India dan kemudiannya
disebarkan ke China pada kurun masihi yang pertama
– Ajaran asing yang sebati dgn kehidupan masyarakat Cina.
– Selepas disebarkan ke China, agama ini mengalami pengubahsuaian sehingga menyerapkan ciri-ciri
kecinaan dan dikenali sebagai Buddhisme China
– Asas pengajaran tetap kekal : penderitaan adalah berpunca daripada nafsu yang berakar dalam diri
manusia dan merupakan punca kepada pelbagai masalah manusia.
– Nafsu hanya dapat dihindarkan jika mengikuti Lapan Jalan Mulia:
• Panna (kebijaksanaan)
– Pemahaman yang betul
– Pemikiran yang betul
• Samadhi (penumpuan)
– Pengucapan yang betul
– Tindakan yang betul
– Cara hidup yang betul
• Sila (moral)
– Usaha yang betul
– Pertimbangan yang betul
• Daoisme
– Diasaskan oleh 2 orang pemikir agung Cina – Lao Zi & Zhuang Zi
– Lao Zi beranggapan dunia manusia adalah buruk dan menyeru ke
arah keadaan semula jadi. Menekankan pembinaan perwatakan
manusia. Menurutnya, kecurian, rompakan, peperangan adalah
usaha manusia mengejar benda yg tidak dpt diperolehi dgn cara
baik.
– Dunia akan aman dan tidak memerlukan undang2 jika manusia
tidak mengejar dunia dan menahan nafsu.
– Baginya, kerajaan yang baik ialah kerajaan memerintah dgn kurang.
– Daoisme terbahagi kepada dua cabang utama:
i. Pemikiran falsadah Dao
ii. Aliran keagamaan Dao
– Dao merupakan jalan yang mempunyai pengertian bahawa punca
segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan
• Moisme
– Diasaskan oleh Mo Zi.
– Beliau menyatakan,:
• setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri
dan menekankan persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah.
• Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baik
• Melarang hidup mewah tetapi sederhana.
• Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran.
• Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai
dgn muzik

– Konsep penting termasuk:


i. Kasih sayang sejagat (jian’ai)
ii. Menyerah kepada nasib (feiming)
iii. Mengecam sikap suka berperang (feigong)
iv. Mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian)
• Legalisme (Fa Jai)
– Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.

– Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah


terhadap rakyatnya.

– Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang.

– Undang-undang keras dan hukuman berat adalah cara untuk membawa


keamanan bagi negara dan mengajar manusia ke arah sikap baik.

– Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di


Negara China.

– Antara falsafah legalisme:


• Menentang dunia feudal
• Golongan bangsawan perlu diganti dgn hierarki tentera
• Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun yang merosakkan masyarakat
• Pertanian dan peperangan dipuji sebagai asas kuasa negara.
• Islam
– Dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara China melalui dua saluran jalan
pada kira-kira kurun ke-8:
i. Melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan
China
ii. Melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui
kawasan Parsi dan Afghanistan
– Pedagang Arab-Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Quanzhou.
– Manakala pendakwah Islam yang melalui jalan darat (jalan Sutera) telah
membentuk masyarakat Islam di Xian.
– Di zaman dinasti Yuan (1271-1368M), telah lahir tokoh-tokoh Islam yang
memberi sumbangan besar kepada tamadun Cina seperti astronomi,
perubatan, sains dan teknologi.
– Ahli pelayaran Islam Cina – Zhenghe berjaya melakukan pelayaran mengelilingi
dunia termasuk ke Alam Melayu.
– Kesan pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi
fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran dan
tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China
SISTEM POLITIK DAN Sistem Beraja Tamadun China

• Semenjak awal tamadun China telah mengamalkan sistem pemerintahan


beraja mutlak secara monarki.
PEMERINTAHAN
• Semasa Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan
angkatan tentera dan mengamalkan sistem feudal
• Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika Dinasti Chin (Shih
Huang Ti). Baginda telah menghapuskan sistem feudal dan digantikan
dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor.
• Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu yang
merupakan seorang ahli falsafah.
• Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM – 220 SM), sistem
peperiksaan awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan
• Pengasas Dinasti Han iaitu Liu Pang telah memperkenalkan satu Hukum
Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman
mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah
dibayar denda sebanyak yang dicuri.
Sistem Politik China
• Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Qin (221 SM –
209 SM).

• Ianya banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah spt Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme:
i. Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada
kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.

ii. Falsafah Legalisme bersifat authoritarian yang menekankan kepentingan undang-undang. Legalisme
bermula sebelum Dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaan konsep legalisme telah berjaya membawa
pembaharuan dalam sistem pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal yang
bercirikan pelbagai negeri dan jajahan kepada sistem pentadbiran kerajaan birokratik berpusat. Sistem
ini telah menyumbangkan kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah
ketamadunan cina.

iii. Daoisme berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras
(wuwei) dan meneruskan kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta.

iv. Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa
pusat (shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini adalah kerana ajarannya yang
menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan pelantikan pegawai kerajaan berdasarkan kepada
kelayakan dan kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk dilaksanakan.
Konsep Pemusatan Kuasa

• Merupakan ciri unik dalam sistem pemerintahan China


dimana Maharaja mempunyai kawalan penuh terhadap
urusan pentadbiran negara
• Aliran Legalisme menekankan pemerintahan bercorak
pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang
menggunakan kuatkuasa undang-undang
• Aliran Konfusianisme pula menegaskan bahawa urusan
pentadbiran adalah soal yang bersifat etikan dan
kepimpinan melalui teladan
• Masyarakat Cina tradisional pentingkan konsep kekeluargaan. Anak2 diajar mengenai 5
hubungan asas manusia:
– Antara suami dan isteri
– Antara bapa dan anak
KEKELUARGAAN
– Antara adik beradik
– Antara pemerintah dan rakyat
– Antara kawan-kawan
SISTEM

• 3 hubungan berkaitan dengan keluarga manakala 2 lagi hubungan berkaitan dengan


masyarakat

• Oleh itu perhimpunan keluarga setiap tahun Baru Cina misalnya amat bermakna. Yang tua
dihormati dan yang telah meninggal dunia diingati.

• Golongan tertinggi harus menjaga orang bawahan dan golongan bawah perlu menurut perintah.
Hubungan ini wujud pada 4 hubungan kecuali antara kawan-kawan.

• Hubungan kekeluargaan yang erat dipengaruhi oleh idea Konfusius yg menekankan pentingnya
konsep ketaatan anak kepada ibubapa. Hal ini penting bagi mengekalkan keturunan keluarga
yang baik.

• Tidak menjaga diri dari kecelekaan atau kesalahan seolah-olah tidak menghormati ibubapa
Bahasa dan Kesusasteraan Cina Klasik
• Bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan walaupun negara
China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Monggol (Dinasti Yuan, 1279-
PENCAPAIAN DALAM
PELBAGAI BIDANG
1368) dan orang Manchu (Dinasti Qing, 1644-1911).
• Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik. Sifat ini menjadikan
Bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan Bahasa
lain.
• Sifat Bahasa Cina yang bukan berabjad fonetik bermakna huruf-hurufnya tidak
menunjukkan bunyi sebutan.
• Bahasa Cina boleh disebut dalam kelaianan cara dari segi fonologi mengikut tempat
atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah
China.
• Sifat Bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan
kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat
bernilai.
• Ahli2 falsafah cina dan maharaja turut memainkan peranan merangsang perkembangan
kesusasteraan Cina.
• Antara tokoh sasterawan cina yg terkenal – Lu Ji, Zuo Si, Li Bo, Du Fu, dan lain-lain.
• Perkembangan kesusasteraan cina yang pesat turut dikaitkan dengan penciptaan mesin
cetak.
1. Puisi
– Antologi puisi terawal – Shi Jing (Classic of Song) –
mengandungi 305 nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat.
Dikatakan disusun pada masa Konfusius.

– Selain Shi Jing, terdapat puisi klasik lain:


• Yi Jing (Klasik Perubahan)
• Shu Jing (Klasik Sejarah)
• Li Ji (Rekod Ritual)
• Chu Qiu (Klasik musim bunga dan musim luruh)

– Kebanyakan puisi-puisi klasik ini dinyanyikan dengan iringan


muzik atau tarian.
2. Prosa
• Prosa klasik (guwen)adalah dominan dalam sastera cina klasik.

• Prosa klasik berdasarkan stail karya pakar zaman purba khasnya klasik
Konfusius dan ahli falsafah lain.

• Bahasa klasik menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa kerana
ianya menjadi bahasa untuk peperiksaan rasmi.

• Tujuan penulisan prosa adalah untuk menyampaikan moral dan etika.

• Zhuang Zi merupakan prosa Qin yang paling indah.

• Shi Ji karya Sima Qian sebuah buku sejarah yang mempunyai penulisan prosa
yang terbaik zaman Dinasti Han.
3. Drama
– Drama Cina bersemarak pada zaman Dinasti Yuan (1279-1368M).
– Drama yg paling menarik – jenis zaju.
– Zaju bukan sahaja sbg hiburan tetapi berperanan untuk menyatakan rasa
tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Misalnya, drama Dou’er Yuan
(Ketidakadilan Dou’er) karya Guan Hanqing – kritik kelemahan pegawai
Mongol yang rasuah sehingga seorang surirumah dihukum mati tanpa sebab.
– Drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) karya Wang Shifu – cinta bebas
dan menentang tradisi lama dalam perkahwinan.
– Zaju banyak menyokong nilai2 Cina tradisional seperti zhong (kesetiaan),
xiao (hormat terhadap ibubapa), jie (kesucian wanita) dan yi (keadilan)
– Akhir kurun 18, drama rakyat dari berlainan daerah mula berkembang dan
dipentaskan di Beijing. Dari sinilah lahirnya opera cina yang digemari ramai.
– Umumnya drama cina lebih menekankan nilai moral berbanding agama
seperti dlm prinsip moral Konfusius spt tggjawab terhadap ibubapa dan
suami, taat kpd ketua. Tujuannya mendukung kelakuan baik.
4. Fiksyen
– Dalam istilah cina disebut xiaoshuo – percakapan kecil dan
percakapan sia-sia.

– Gemilang pada zaman Dinasti Yuan (1279-1368), Dinasti Ming


(1368-1644) dan Dinasti Qing (1644-1911).

– Antara karya fiksyen:


• Sanguo Yanyi (Roman tiga negara) – mengenai perebutan kuasa antara
3 buah negara pd kurun ke 2
• Honglou meng (mimpi loteng merah) – mengenai kehidupan dan nasib
keluarga besar pada zaman Dinasti Qing
• Shuihu Zhuan (Kisah pinggir air) – menggambarkan dunia utopia dan
menyokong perubahan
• Xijou ji (perjalanan ke barat) – mengenai keghaiban
1. Muzik Klasik
– Antara sistem muzik yang paling lama dan paling
berkembang
– Bentuk muzik yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan
dimainkan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa
KESENIAN CINA

berkaitan agama.
– Alat-alat muzik diperbuat daripada logam, batu, tanah liat,
kulit, sutera, kayu, labu dan buluh.
– Alatan muzik cina dalam bentuk meniup, genderang,
memetik, menggesek
– Menurut Konfusius, muzik teragung adalah muzik yang
harmoni dengan alam sekitar dan melaluinya dapat
memulihkan keadaan dunia fizikal.
– Pengaruh muzik cina dapat dilihat dalam tamadun spt
Korea dan Vietnam kesan interaksi.
2. Kaligrafi
– Kaligrafi cina dianggap unik dan membayangkan kualiti seorang ahli
kaligrafi dari segi personaliti.

– Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar


akan dibukukan untuk ditiru oleh pelajar.

– Kaligrafi boleh dilihat dlm bentuk skrol dan pada batu bersurat di pintu
tembok, kuil-kuil, papan tanda, pintu gerbang, tiang bangunan dan
rumah-rumah.

– Antara bahan membuat kaligrafi – dakwat, berus, kertas dan sutera.


Berus biasanya diperbuat daripada bulu kambing, rusa, serigala dan
tajam di hujung.

– Terdapat 4 stail kaligrafi yang biasa digunakan:


• Kaishu
• Lishu
• Xingshu
• caoshu
3. Seni Lukis
– Ianya berkait rapat dgn kaligrafi dan puisi.
– Kebanyakan pelukis biasanya juga pakar kaligrafi seperti Su Dongpo zaman Dinasti
Song.
– Sebuah lukisan cina – kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan ukir cap.
– Lukisan tradisional cina terbahagi 2:
• Xieyi (freehand brushwork)
• Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti)
– Bahan lukisan adalah sama seperti kaligrafi.
– Jenis lukisan – landskap, tumbuhan, binatang, potret dan figura.
– Kebanyakan lukisan cina bersifat simbolik.
– Simbol popular – orkid, konfusius, bunga plum, pokok pain tua.
– Sifat simbolik ini menjadikan lukisan cina sebagai perantara yang membayangkan
personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis.
– Turut dipengaruhi tamadun lain spt seni khat Arab yang membentuk seni khat
bersifat Cina beragama Islam. Begitu juga pengaruh agama Buddha yang
mencorak seni lukis Cina
berlatarbelakangkan dewa dewi yang
diambil daripada ajaran Buddha
4. Seni Bina
– Bangunan yang dibina dalam tradisi cina mengambilkira
kedudukan dan susunatur berpandu kepada teori fengshui
(kuasa alam)
– Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan untuk
pertahanan dan keselamatan. Tembok kota biasanya
mempunyai ketinggian 25 – 30 kaki, mempunyai pintu yg dibuka
pd waktu tertentu dan di atasnya terdapat menara. Tembok kota
dikelilingi parit dan dipenuhi air yang dalam. Tembok yg terkenal
– tembok besar Cina.
– Binaan kayu cina tradisional biasanya diperbuat daripada kayu
berkualiti dan mempunyai rangka yang berbentuk tiang dan
ambang.
– Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan
melengkung. Bumbung biasanya dipasang tembikar.
– Antara ciri bentuk binaan – pavilion dan pagoda
– Seni taman berkait rapat dgn seni bina cina
• Kajian arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11 SM.
• Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal
SAINS & TEKNOLOGI
banjir Sungai Kuning.
• Bidang sains & teknologi dlm tamadun Cina menekankan – fungsi dan kepentingannya.
• Merangkumi bidang pertanian, matematik, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi,
geologi, fizik, kimia, biologi, seni bina, perlombongan dan pelayaran.
• Bidang astronomi:
– Kemampuan menyediakan katalog bintang
– merekod berlakunya gerhana dan komet
– Menghasilkan peralatan astronomi
– Menyelenggara rekod astronomi
– Memperkenalkan sistem kalendar
• Bidang matematik:
– Penggunaan sempoa (abacus) pd kurun ke 2 oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue.
– Menghasilkan karya matematik – Jiuzhang zuanshu (sembilan bab matematik ) oleh Zhang
Cang pd kurun ke 2SM – mengandungi catatan mengenai kuantitif negative, sistem
pecahan dan perpuluhan.
– Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
• Bidang perubatan
– Teori yin dan yang – keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi
kesihatan manusia
– Teori lima elemen – tubuh manusia yang terdiri dari organ dalaman dan
luaran adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta
– Teori jing dan luo – merupakan asas kepada lawatan terapeutik seperti
moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupunter: kaedah perubatan
tradisional bagi memperbetulkan peredaran darah. Teori ini berpendapat
bahawa organ dalaman, tangan, dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan
oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada
sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat
– Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba, binatang dan sumber galian
sangat meluas.
– Antara buku perubatan & farmokologi terkenal:
• Huangdi neijing (Klasik perubatan Maharaja Kuning)
• Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li Shizhen mengandungi 52
jilid.
• Bidang Teknologi
– Pencapaian teknologi cina – empat penciptaan agung : teknik
membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas
– Teknik membuat kertas telah dicipta oleh Cai Lun pd tahun 105 yang
diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan
– Teknik percetakan blok diperkenalkan pada zaman dinasti Tang (618-
906). Antara buku terawal dicetak – Jingang jing (kitab sutera
diamond).
– Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak.
– Bahan letupan mula dicipta oleh ahli kimia Daois untuk membuat
bunga api. Pada tahun 906, bahan letupan mulai diguna dalam
militari.
– Kompas mula diperkenalkan setelah sifat-sifat magnet diketahui
antara kurun pertama dengan kurun ke-6.

Anda mungkin juga menyukai