Anda di halaman 1dari 21

TEKNIK PENGAJARAN

KEMAHIRAN MEMBACA
TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN
PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca.
Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik
darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi,
kecerdesan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca.
Berikut beberapa teknik membaca:
• Teknik Membaca SQ3R
• Teknik KWL
• Teknik Membaca KWLH
• Teknik Directed Reading – Thingking
Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir
Terarah)
• Teater cerita
TEKNIK MEMBACA SQ3R
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan
mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji
pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk
menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori
Robinson (1941).

S-SURVEY (Tinjau)
• Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran
awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar
bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya
memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk
umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik,
pemenggalan teks.
• Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan
scanning.
Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)

• Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati)


yang terkandung dalam teks.
• Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh
pelajar tentang topik/isu dalam teks.
• Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang
berkaitan dengan tugasan yang diberi.
• Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang
sebenar.
• Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari
jawapan – peramalan jawapan yang paling relavan.
R-READ (Baca)

• Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan


memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
• Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari
jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
• Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh
menyenaraikan soalan tambahan.
• Sepanjang masa membaca, pelajar boleh
menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan
teks/bahan bacaan.
• Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran
dengan sama ada menerima atau menolak konsep
maklumat yang dibaca. Hal ini bererti pelajar tidak
semestinya menerima semua maklumat yang
terdapat dalam teks.
R-RECITE (Imbas kembali)
• Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan,
pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat
kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat
dalam teks.
• Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan
dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar
dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan
maklumat dalam teks.
• Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan
kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang
terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan
jawapan mereka.
R-REVIEW (Baca semula)

• Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca


semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
• Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan
yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
• Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan
fakta dan maklumat dalam teks.
• Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam
tugasan pada peringkat question / pertanyaan.
• Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh
maklumat yang tepat, cepat, dan dapat
menyelesaikaan tugasan secara berkesan.
TEKNIK MEMBACA KWL
KWL adalah singkatan dari ;
• K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum
membaca),
• W (want) Apa yang hendak diketahui
(sebelum membaca),
• L (learned) Apa yang telah diketahui (setelah
membaca)
• Teori tersebut ialah suatu teknik membaca
kritis di mana pembaca mengingat dahulu apa
yang telah diketahui atau menentukan apa
yang ingin diketahui melakukan pembacaan
(bahan yang telah dipilih) mengetahui apa
yang telah diperoleh dari pembacaan yang
baru dilakukan.
• Teknik pembacaan akan membiasakan pelajar
mengaitkan pengetahuan yang telah dipelajari
dengan apa yang dibaca dan menentukan apa
yang telah diperoleh dari pembacaannya.
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan
menggunakan seperti yang di bawah sekiranya
dikehendaki menggunakan teknik KWL.
• Know (K) Apa yang sudah diketahui?
• Want (W)Apa yang hendak diketahui?
• Learned (L) Apa yang telah
dipelajari/diperoleh?
TEKNIK MEMBACA KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang
dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan
sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas
proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran,
pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk
meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan
dan maklumat bahan / teks yang dibaca.

Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang


diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya
menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca
lagi.
K W L H bermaksud:
• K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum
membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk
atau topik bahan bacaan.
• W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum
membaca) – catat apa yang ingin diketahui
tentang tajuk atau topik bahan bacan.
• L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas
membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau
topik yang dibaca.
• H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat
bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan
selepas membaca teks/tajuk tersebut.
Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?
Tujuannya ialah:

• Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada


dengan bahan atau teks yang beri untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh
daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang
perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang
telah sediakan.
• Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada
bahan yang sedang berikan (semasa).
TEKNIK DIRECTED READING– THINGKING
ACTIVITY (DR-TA) ( AKTIVITI MEMBACA
BERFIKIR TERARAH)
Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer,
(1969/1975). Menurut beliau teknik ini
membolehkan pelajar membina satu set tujuan
apabila mereka membaca bahan bacaan (teks,
imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan
menguji jawapan dengan mengambil bahagian
dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal
dan mengesahkan sari pati / isi maklumat yang
dibaca.
Pendekatan yang digunakan ialah dengan
cara guru membimbing pelajar:
• Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah
pendapat anda (pelajar) tentang
petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...:”
• Menggerakkan pemikiran (mencabar idea)
pelajar:
“Mengapakah anda (pelajar) berpendapat
begitu ...”
• Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki
membuktikan hujah atau idea mereka
berdasarkan pemahaman mereka.
Tujuan teknik DR-TA:
• Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan
bacaan/teks secara kritis dan reflektif.
• Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.
• Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan
dibaca.
• Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan
memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.
• Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
• Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh
pelajar.
• Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian,
dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.
Penggunaan Teknik DR-TA secara
Individu :
• Selepas pembacaan, pelajar berkongsi
hasil dengan membuat poster, laporan,
berdrama, dan menjalankan aktiviti yang
sesuai.
• Pelajar menyimpan rekod cerita yang
dibaca, aktiviti selepas pembacaan, dan
kecekapan-kecekapan yang diperoleh
untuk melihat perkembangan dan
pencapaian.
Kelebihan teknik DR-TA
Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan
pengajaran bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

• Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab,


bukan penilai.
• Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir.
Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang
proses membaca dan membuat ramalan.
• Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan
dapat berkomunikasi makna.
• Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami
makna dalam frasa atau perkataan.
• DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu
pencapaian yang dikehendaki.
TEATER CERITA
• Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita
dan digabungkan dengan beberapa orang
pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita,
dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut. Guru atau murid boleh
menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain
boleh mencatat maklumat berdasarkan
arahan guru.Teknik ini sesuai untuk genre
drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Anda mungkin juga menyukai