Anda di halaman 1dari 27

PENGAJIAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA :SAKINAH ZAHRA BINTI ZARIZAL
KELAS : DLS1A
NO MATRIKS : 30DLS18F2040
KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

Kerajaan sangat komited dalam pembangunan modal


insan kerana ia tindakan atau program yang
dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk
membangunkan seseorang supaya berketerampilan
dari aspek pengetahuan, kemahiran dan pembentukan
sikap dalam melaksanakan tugas
Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan modal
insan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak
kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan,
kemahiran dan seterusnya berkebolehan membantu
 Antara kepentingan pembangunan modal insan adalah
seperti yang berikut:
a) Menjana pendapatan negara
b) Pembangunan negara pada masa akan datang
c) Penentu kejayan dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan
2020
d) Membantu kerajaan dalam membangunkan negara

 Pendidikan memainkan peranan penting dalam


membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang
kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi untuk mengisi
keperluan negara maju pada abad ke-21
 Modal insan yang ingin dihasilkan oleh mantan perdana Menteri YAB
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah seseorang yang mampu
berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai
ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran
yang lebih global dan sering berubah-ubah
 Kementerian Pendidikan Malaysian diberikan tugas yang berat sebagai
pemimpin untuk menghasilkan generasi muda yang berpotensi,
mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk ciri-ciri
keperibadian dan perspektif hidup Berjaya dalam kehidupan dan
mampu memajukan negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan
Falsafah Pendidikan Negara
 Sistem Pendidikan di Malaysia mempunyai bentuk kurikulum yang
tersendiri dan tidak hanya memfokuskan ilmu pengetahuan dan
kemahiran untuk membolehkan seseorang insan menjana ekonomi
negara semata-mata, sebaliknya memberikan focus kepada
pembinaan sahsiah dan akhlak insan
SISTEM PENDIDIKAN
 Sistem Pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara dan telah
menyediakan wadah dan saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
generasi kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara
 Sistem Pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak
mendapat peluang Pendidikan yang sesuai pada masa yang tepat, iaitu sejak
lahir hingga ke alam kerjaya
 Kerajaan telah melakukan transfomarsi dalam sistem Pendidikan negara dan
struktur system Pendidikan di Malaysia dan amalan sistem Pendidikan
berprestasi tinggi adalah antara perubahan dan transformasi yang ingin
dicapai standing dengan negara maju yang lain
 Kejayaan sistem pendidkan ialah hasil kegigihan dan dedikasi para guru,
pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan sekolah kerana
mereka ialah kumpulan yang menjadi teras kekuatan dalam Kementerian
Pendidikan sejak dahulu lagi serta bakti kumpulan ini tidak dapat disangkal
oleh mana-mana pihak
 Dalam tempoh lebih 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatan
yang ketara dapat dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan
Matlamat Pendidikan di Malaysia adalah
bertujuan untuk :

a)Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan


bersatu padu
b)Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan dan sejahtera
c) Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan kemajuan negara
d)Memberi peluang-peluang pendidikan kepada
semua warganegara Malaysia
Peringkat dan Tempoh Pendidikan
 Kementerian akan memastikan setiap kanak-kanak mendapat
peluang yang sama dalam Pendidikan tanpa mengira latar
belakang etnik, status sosioekonomi atau kedudukan geografi
kerana ia dicapai melalui usaha meningkatkan enrolmen bagi
memastikan akses sejagat pada peringkat prasekolah,
pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas.
Langkah yang diambil ialah :

a) Memastikan peringkat dan tempoh Pendidikan selari dengan


amalan sistem Pendidikan berprestasi tinggi
b) Pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan
keperluan serta bantuan lain kepada pelajar dan sekolah
PERINGKAT PENDIDIKAN

 Sistem Pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat, iaitu


prasekolah, rendah, menengah serta lepas menengah dan melalui sistem
Pendidikan kebangsaan akan mengikut Pendidikan formal selama 12 hingga
13 tahun (tidak termasuk Pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti
pendidikan tinggi
 Perbezaan satu tahun tempoh Pendidikan bergantung kepada jenis
pendidikan lepas menengah atau program prauniversiti yang dipilih atau
mengikuti program dua tahun dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
yang setara dengan A-Level atau pilihan alternatif aliran agama, iaitu Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) memerlukan 13 tahun untuk menamatkan
pengajian
 Murid yang mengikuti program matrikulasi pula memerlukan satu hingga dua
tahun Pendidikan manakala murid keperluan khas juga mempunyai pilihan
tambahan tempoh dua tahun untuk menamatkan persekolahan mereka
(Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025)
 Tempoh persekolahan selama 13 tahun sehingga tamat STPM
adalah standing dengan sistem pendidikan lain yang maju dan
system Pendidikan seperti di England dan Scotland telah
mencapai standard-A Levels dalam tempoh 13 tahun dan di
Hong Kong pula dijalankan dalam tempoh 12 tahun
 Pendidikan formal di Malaysia bermula dengan kemasukan ke
sekolah rendah bermula umur enam tahun ke atas yang sama
amalan dalam kebanyakkan sistem pendidkan berprestasi tinggi,
seperti Singapura dan Ontario (Kanada)
 Sistem Pendidikan Finland mempunyai system Pendidikan
berprestasi terbaik dalam pentaksiran antarabangsa dan
memulakan Pendidikan rendah pada umur tujuh tahun ke atas
Pendidikan prasekolah
 Tujuan utama penetapan umur permulaan bagi Pendidikan
prasekolah ialah memberikan tempoh yang mencukupi kepada
kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek, rohani,
emosi dan jasmani sebagai persediaan ke sekolah rendah
 Terbahagi kepada 2 :-
a) Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara
empat hingga lima tahun
b) Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada
empat tahun
 Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak memainkan
peranan penting dalam perkembangan psikologi dan intelek dan
senario Pendidikan berkembang yang memberangsangkan sejak
beberapa dekad yang lalu
 Kira-kira 77% kanak-kanak berumur antara empat hingga
lima tahun telah mendaftar dalam pelbagai bentuk
Pendidikan prasekolah sehingga akhir tahun 2011 dan
dianggarkan sebanyak 733,000 kanak-kanak telah
mendaftar di hamper 40,000 buah prasekolah
 Kementerian menyasarkan enrolmen di prasekolah
berdaftar meningkat sehingga 92% menjelang tahun 2015
 Kementerian tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk memastikan struktur sistem Pendidikan Malaysia selari
dengan amalam sistem pendidikan berprestasi tinggi dan
memberi tumpuan kepada penyusunan semula struktur
bagi setiap peringkat pendidikan (jika perlu)
Kurikulum Kebangsaan
 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan
merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat
Pendidikan untuk tujuan melahirkan pelajar seimbang dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi. Terbahagi kepada lima:

a) Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak


b) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
c) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
d) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
e) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
 Antara strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah:

a) Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan


awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan
b) Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah
c) Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong
pelaksanaan kurikulum
d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum
berdasarkan perubahan dasar Pendidikan dan dasar utama
negara
e) Menyediakan, menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia
ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan
Kokurikulum Kebangsaan
 Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani
dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai
estetika serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar
mengikuti aktiviti kokurikulum.
 Antara strateginya ialah :

a) Membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid


b) Memberi wajaran kepada penglibatan yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum
c) Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif
melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulum
d) Melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum
e) Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam
aktiviti kokurikulum
PENDIDIKAN RENDAH

Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen di


peringkat sekolah rendah untuk memastikan semua
rakyat Malaysia mempunyai Pendidikan, bermula di
peringkat awal lagi
Matlamat Pendidikan rendah adalah untuk
menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran
membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul,
pengenalan kepada konsep asas sains, kemahiran
pravokasional, kemahiran generik serta penerapan
nilai-nilai murni
PENDIDIKAN MENENGAH

 Kerajaan beriltizam untuk mewajibkan pendidikan peringkat


menengah rendah dan menengah atas menjelang tahun 2015
kerana ingin selari dengan standard tempoh pendidikan wajib
antarabangsa dan usaha kerajaan untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti pada masa akan datang
 Tujuan utama pendidkan menengah ialah melahirkan pelajar
yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi, iaitu secara kritis,
kreatif dan inovatif, mempunyai nilai jati diri kenegaraan yang
tinggi serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan memastikan
pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat Latihan Kemahiran
Industri, Matrikulasi, Tingkatan Enam, Prauniversiti, Universiti
Awam atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH

Pelajar yang telah tamat Pendidikan sekolah menengah


berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat
lepas menengah ( tingkatan Enam) supaya
memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka
sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian
peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi
sama ada di dalam atau di luar negara
Pada akhir pengajian, pelajar akan menduduki
pentaksiran peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan
Malaysian University English Test (MUET)
TEMPOH PENDIDIKAN FORMAL

Sistem persekolahan di Malaysia adalah


antara 12 hingga 13 tahun bagi Pendidikan
formal
Tempoh tersebut bertujuan memberi masa
yang cukup kepada murid di Malaysia untuk
berkembang secara menyeluruh intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial
Laluan Pendidikan Vokasional
 Pendidikan vokasional adalah bertujuan memberi Pendidikan khusus
dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan
kemahiran dan kepakaran teknikal yang khusus dan perbezaannya
ialah, aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam
pendidikan lanjutan, manakala aliran vokasional lebih berorientasikan
kerjaya
 Permintaan untuk lulusan vokasional adalah sangat tinggi dan
memberangsangkan
 Pada tahun 2008, Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa
terdapat kekurangan sumber tenaga kerja mahir, iaitu melebihi 700,000
orang dalam industri pembuatan, pertanian dan pembinaan dan
menjelang 2020, sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan
di bawah NKEA, sekurang kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil
vokasional atau diploma, berbanding dengan 22% yang memerlukan
kelayakan ijazah pertama
 Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di rancang dalam
bidang Vokasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa
hadapan dan kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi
Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan
berkemahiran
 Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula
pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan
Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada
peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV)
 Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan
pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional pada
tahun 2015 melalui Pelan Pendidikan Transformasi Vokasional dan
pengambilan murid dijangka akan meningkat kepada 20%
menjelang 2020
Laluan Pendidikan Teknikal

 Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat


dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh
negara supaya meneruskan pengajian dan kerjaya dalam
bidang kejuruteraan dan professional
 Pendidikan teknikal diiktiraf sebagai sebahagian daripada
laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik
yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi dan mengambil mata pelajaran
akademik dan boleh memilih set mata pelajaran elektif
teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteraan
awam, sains pertanian, prinsip perakaunan dan lain-lain
Laluan Pendidikan Agama

 Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam


sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras
dalam Kurikulum Kebangsaan menggalakkan peningkatan
Pendidikan Islam di Malaysia
 Terdapat 90,000 murid berdaftar di sekolah agama awam yang
terdiri daripada Sekolah Agama Kerajaan di bawah kawalan
Kerajaan, Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kawalan pihak
berkuasa agama negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) di bawah kawal selia Kerajaan dan pihak berkuasa agama
negeri atau Lembaga pengelola sekolah
 Semua Sekolah Agama Kerajaan melaksanakan kurikulum
kebangsaan, manakala SAN dan SABK melaksanakan kurikulum ini
dan kurikulum kebangsaan
 Terdapat kira-kira 350 buah sekolah agama swasta di seluruh
Malaysia yang mendaftar dan boleh dipilih melaksanakan
kurikulum atau tidak
 Kebanyakkan sekolah agama swasta (sekolah agama rakyat
dan sekolah agama persendirian) terletak di luar bandar dan
kekurangan sumber
 Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah agama
sangat memberangsangkan lalu kerajaan telah
memperkenalkan program pendaftaran Sekolah Agama Negeri
(SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mewujudkan Kelas Aliran
Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan
 Jumlah kini SAN dan SAR berdaftar sebagai SABK ialah 195
sekolah dan sekolah KAA berjumlah 547
Laluan Pendidikan Sukan dan Seni

 Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni


untuk melahirkan pelajar hebat dalam bidang sukan dan seni
kerana ia penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat
generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta penggiat seni
 Terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni
di Malaysia
 Ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa
 Murid di sekolah ini juga akan menerima pendidikan asas yang
luas dengan mengikut kurikulum dan menduduki peperiksaan
yang sama seperti pelajar di sekolah yang lain untuk
membangunkan potensi murid secara holistic dan menyeluruh
Pendidikan Khas

 Dalam sistem pendidikan, kanak-kanak Orang Kelainan Upaya


(OKU) diberi perhatian yang sama dengan pelajar-pelajar
normal
 Pelajar yang mempunyai kurang upaya penglihatan, kurang
upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya
fizikal dan kurang upaya pelbagai di peringkat prasekolah,
rendah, menengah dan lepas menengah termasuk dalam
golongan Orang Kelainan Upaya
 Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang dihadapi
dalam sistem Pendidikan khas seperti kekurangan guru dan
tenaga pakar khidmat sokongan berkelayakan, keterbatasan
kurikulum dan pentaksiran, serta ketidakcukupan kemudahan
infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
Pendidikan untuk Murid Pintar Cerdas

Golongan murid pintar dan cerdas perlu


diberikan Pendidikan yang khusus bagi
menggilap lagi minda dan keistimewaan
mereka
Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak
Kerajaan adalah dengan mewujudkan program
Pendidikan untuk murid pintar cerdas seperti
PERMATA pintar
Pendidikan Swasta

Ibu bapa juga berpeluang untuk menghantar anak


mengikuti pendidikan swasta yang terdapat di negara
ini
Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan
kepada murid tempatan dan antarabangsa oleh institusi
Pendidikan swasta dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor
swasta
Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga
ke peringkat prauniversiti