Anda di halaman 1dari 5

Pokok bunga

• 1.0 PENGENALAN

• Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini
mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-
agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga
sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup
sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

• Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah
diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar
sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah
yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
• 1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

• Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan
masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom
Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri,
pemakanan yang seimbang, senaman yang
konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan dadah.

• 1.2 TUJUAN PROGRAM

• Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi
Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di
samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan
mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di
sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan
kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu
bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat
dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
• 1.3 RASIONAL PROGRAM

• Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa
tanggungjawab para pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah,
kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

• 1.4 MATLAMAT PROGRAM

• Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu
menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

• 1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• • Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan
kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
• • Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok dan peyalahgunaan
dadah.
• • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
• • Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
• • Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka berada.
• • Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah,
• • Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat
merokok

Anda mungkin juga menyukai