Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

PENGENALAN

Maklumat Pentaksiran
i. Kertas 3 wajib diambil oleh calon yang mengambil kertas
Perniagaan dan perlu dibimbing oleh guru sepenuhnya.
Calon yang tidak buat tugasan atau tidak mengambil Kertas
1 atau 2 akan diberi Tidak Hadir atau “T” di dalam
peperiksaan SPM. Calon diwajibkan untuk mengambil
ketiga – tiga kertas bagi subjek Perniagaan.

ii. Tempoh melaksanakan Kertas 3 bermula April hingga Jun


dan tarikh akhir untuk guru menghantar markah kepada
setiausaha SPM sekolah adalah pada 31 Ogos 2018. Guru
pembimbing diberi masa 2 minggu perancangan dan 10
minggu untuk perlaksanaan Kertas 3di sekolah.

iii. Bagi calon sekolah biasa diwajibkan untuk mengambil


Kertas 1,2 dan 3 dan bagi calon persendirian perlu
mengambil kertas 1,2 dan 4. Kertas 4 akan diuji pada bulan
September oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia
Calon Berkeperluan Khas (CBK)

i. Guru pembimbing perlu mendapatkan bilangan


dan jenis calon berkeperluan khas daripada
setiausaha SPM di sekolah. Contohnya calon yang
terpaksa mendapat rawatan di hospital untuk
jangka masa yang panjang.

ii. Moderasi akan dibuat untuk calon cacat


penglihatan. Lembaga Peperiksaan Malaysia akan
mengkaji keperluan CBK untuk kertas 3.
Penskoran akan diubahsuai mengikut keperluan
masing-masing calon masing-masing.
Perlaksanaan Rancangan Perniagaan

i. Guru perlu membimbing calon untuk menyediakan Kertas 3.


Pelaksanaan Kertas 3 boleh dilakukan sama ada semasa PdPc atau
luar PdPc.

ii. Calon wajib untuk menyediakan draf untuk kerja kursus. Guru
boleh membantu untuk menyediakan tapak untuk calon tapi
penulisan bagi setiap calon mestilah berbeza. Draf boleh disediakan
sama ada dengan menggunakan pensil atau pen.

iii. Calon perlu memindahkan hasil draf dalam bentuk tulisan


komputer. Calon diwajibkan untuk menghantar draf bersama kerja
kursus yang telah siap dibinding. Guru boleh memberikan markah
melalui draf atau kerja kursus akhir yang telah siap.

iv. Calon dibenarkan untuk meminta bantuan daripada luar atau


perbincangan dengan rakan untuk mendapatkan maklumat sahaja.
Penskoran

i. Bagi calon yang tidak dapat menyediakan kerja kursus


dalam bentuk komputer, guru perlu memberi bantuan
untuk menyiapkan kerja kursus tersebut.

ii. Sekiranya terdapat elemen penskoran yang mendapat


gred yang teruk, calon boleh membuat pembetulan
untuk mendapatkan gred yang lebih baik. Guru perlu
menyemak semula pembetulan calon.

iii. Pembentangan oleh calon boleh dijalankan secara


formal atau tidak formal.

iv. Perbincangan Peraturan Pemarkahan dan Panduan


Penskoran Kerja Kursus Tingkatan 5 SPM 2018. (Rujuk
Lampiran)
Peranan KPN, KPW dan KPKW

i. Setiap KPN perlu memberi penataran


berkaitan kerja kursus di negeri masing-
masing.

ii. Sekiranya terdapat masalah semasa kerja


kursus dijalankan, KPN, KPW dan KPKW
perlu turun ke sekolah yang bermasalah.

iii. KPN, KPW dan KPKW perlu melakukan


pemantauan mengikut jadual yang telah
disediakan oleh JPN negeri masing-masing.
Fail PBS

i. Setiap sekolah perlu menyediakan


i. Fail Induk PBS, (Oleh SU PBS)
ii. Fail PBS Panitia (SPSK 9) (Oleh Ketua Panitia)
iii. Fail Pentaksir PBS (Oleh setiap guru yang
mengajar).

ii. Fail mestilah lengkap mengikut format


yang telah disediakan.

iii. Lawatan dari JPN, PPD, LPM, KPN / KPKw


/ PKw akan merujuk kepada fail tersebut
Hal-hal Lain

i. Bilangan helaian bagi kerja kursus tidak


ditetapkan. Kerja kursus disediakan
mengikut penerangan calon tersebut.

ii. Surat pemberitahuan untuk calon dan ibu


bapa bagi kertas 3 perlu disediakan.

Anda mungkin juga menyukai