Anda di halaman 1dari 23

Konsep Budaya

“Suatu cara hidup yang diamalkan oleh


kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai”.
Menurut Kamus Dewan (2005):
Budaya diklasifikasikan sebagai satu
cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai.
Budaya dan Adat Resam

ORANG MELAYU
SEWAKTU MENGANDUNG
Melenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu


di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di
sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.

Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung


anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan
untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
SEWAKTU BERSALIN
Bersalin
Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup
sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh
kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua
belas bulan yang dipanggil bunting kerbau.

Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri


akan digantung di bawah rumah dan kapur akan
dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah
wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan
gangguan makhluk halus.
BERSALIN
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-
dua belah telinganya manakala bayi perempuan
akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi
tersebut akan melakukan upacara ini.
SELEPAS LAHIR

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di


sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai
kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia
tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping
ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari
Isnin atau Khamis.
SELEPAS LAHIR
Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu
masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian,
kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini
sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan
menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur
mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan
dijalankan oleh Tok Mudim.
PERKHAWINAN
Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat


ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga
bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan
kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras
rupa serta pengetahuan agamanya.
PERKHAWINAN
Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya,


pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk
menghantar satu rombongan peminangan. Urusan
peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat
pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan
mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara
kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan
tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.
PERKHAWINAN
Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan
dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan
saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari
tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan
tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada
tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin
beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih,
pakaian dan lain-lain.
PERKHAWINAN
Akad Nikah
Dijalankan oleh Tok Imam
PERKHAWINAN
Majlis Perkahwinan

Persiapan akan dijalankan termasuklah


mendirikan, khemah tetamu, menyiapkan
pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan
bunga telur.
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari
langsung atau hari bersanding. Ia merupakan
kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari
inilah pengantin digelar raja sehari.
KEMATIAN

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu
dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok
imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara
mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-
kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh
tok imam.
• Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan
dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan
kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan
ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si
mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah
tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
KEMATIAN
Semasa Kematian
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan
tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan
secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan
oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat
perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan
dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik
memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
KEMATIAN
• Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara
membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi
jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga
lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak
lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan
dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga
terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup
mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis
pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya
disembahyangkan samada di rumah atau di
masjid.
KEMATIAN
Semasa Kematian
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang
wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan
memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama
hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang.
Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana
hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat
dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada
waris si mati.
KEMATIAN
Semasa Pengebumian

Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan


diusung ke tanah perkuburan.
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur,
sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri
akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang
berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan
dalam Islam.
Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke
dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan
mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.
KEMATIAN
Semasa Pengebumian

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-


kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda
ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis
nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di
atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin
akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai
dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian
kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai pula ditabur
KEMATIAN
Selepas Kematian

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga


si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan
pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat
atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan
kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga
masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu
menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina
pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari
seseorang itu meninggal dunia.
Sekian, terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai