Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ISLAM: INQILABIYYAH
(MERUBAH)
INQILABIYYAH
Merupakan salah satu daripada ciri khusus islam.
Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai ancaman pada masa kini
yang dapat menjatuhkan martabat agama Islam.
KEDUDUKAN IJTIHAD DALAM ISLAM
Menurut pengertian bahasa, ijtihad bermaksud ‘jahada’ yang bermaksud
berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukam yang tidak jelas dan
yang wujud di dalam al-Quran dan hadis.
Qiyas
Qiyas adalah menerangkan hukum sesuatu yang tidak ada nashnya didalam
Al-qur’an dan hadis dengan cara membandingkannya dengan sesuatu yang
ditetapkan berdasarkan nash.
Contoh: larangan memukul dan memarahi orang tua.
Didalam Al-qur’an Allah menjelaskan “ dan janganlah kamu mengatakan Ah
kepada kedua orang tuamu”.
Sedangkan memukul dan memarahi orang tua tidak disebutkan. Jadi
diqiyaskan oleh para ulama bahawa hukum memukul dan memarahi orang tua
sama dengan hukum mengatakan Ah iaitu sama-sama menyakiti hati orang
tua dan sama-sama berdosa.
Maslahah mursalah
Maslahah mursalah menurut bahasa ialah, maslahah (kebaikan) dan mursalah
(terlepas atau bebas).
Gabungan dua perkataan ‘marsalah mursalah’ yang bermaksud prinsip
kemaslahatan (kebaikan) yang terlepas dari keterangan yang menunjukkan
boleh atau tidak boleh dilakukan.
Saddu adzari’ah
Bermaksud memutuskan sesuatu perkara yang makhruh kepada haram demi
kepentingan dan kesejahteraan umat.
Istisab
Bahasa – bersahabat, bersama atau sentiasa seiring
Istilah – dalil yang menilai tetapnya sesuatu perkara selagi tidak ada sesuatu
yang mengubahnya.
Uruf
Perkara yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam
kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan.
Dari segi fuqaha, uruf dikatakan adalah sama dengan adat.
Dr. Yusuf Qardhawi membahaskan uruf sebagai budaya masyarakat yang lumrah
dan diterima dengan penuh rela dan senang hati sama ada dalam bentuk
perkataan ataupun perbuatan sama ada umum mahupun khusus.
Istihsan
Bererti menganggap sesuatu itu baik atau mengikuti sesuatu yang baik atau
lebih baik untuk diikuti.
Menurut ulama’ Malikiyah: Mengutamakan atau meninggalkan pengertian suatu
dalil dengan cara istisna’ (pengecualian) dan tarkhis (berdasarkan pada
keringanan agama), disebabkan oleh suatu hal yang bertentangan dengan
sebahagian pemahaman.
PRINSIP HUKUM
SYARIAT
Wajib
Batal Sunat
HUKUM
Sah SYARIA Harus
T
Syubhah Makruh
Haram
HUKUM WAJIB
Wajib ialah apabila melakukannya kita mendapat pahala dan apabila
ditinggalkan mendapat dosa
Solat 5 waktu
1. Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat)
hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah).
Sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah
(tuhanmu) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa
yang kamu lakukan ".
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertakwa”.
HUKUM SUNAT
Merupakan amalan yang mendapat pahala apabila dilakukan dan
tidak berdosa apabila meninggalkannya.
Bersedekah
Surah al-Hadid, ayat 18
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang
perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman
kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan
balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan
beroleh pahala yang mulia”.
Bersugi
HUKUM HARUS
Harus ialah sesuatu amalan yang dilakukan, namun
tidak mendapat dosa atau pahala.
Tidur
HUKUM HARAM
Amalan yang apabila dilakukan mendapat dosa dan apabila
ditinggalkan mendapat pahala.
Meminum arak
Surah al-Maidah ayat 90
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.”
HUKUM MAKRUH
Makruh merupakan sesuatu amalan yang apabila
ditinggalkan mendapat pahala dan dilakukan tidak berdosa.
HUKUM SAH
Bahasa – sah bermaksud lulus pada sisi undang-undang
Dari segi islam – perkataan sah digunakan bagi merujuk
sesuatu perkara yang benar dari segi perundangan islam
HUKUM BATAL
Batal bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan tidak lulus
atau tidak terjadi.
HUKUM SYUBHAH
Syubhah adalah sesuatu yang tidak jelas akan kehalalannya dan
keharamannya.
Daripada ‘Abdullah bin An-Nu’man bin Basyir r.a katanya : “Aku telah
mendengar Rasulallah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang itu telah jelas
nyata (jelas akan hukumnya) dan yang haram itu telah jelas nyata (jelas akan
hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat
perkara yang syubhah (yang tidak akan jelas akan kehalalannya dan
keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barang siapa
yang berjaga-jaga dari perkara yang syubhah, sesugguhnya ia telah menjaga
agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara
yang syubhah, maka ia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram.