Anda di halaman 1dari 31

KATA ADJEKTIF

1. Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu


benda atau kata nama
2. Contoh: indah, kacak, gempal, tinggi, nyaman,
hijau, tohor, cergas, dan sebagainya.
KATA ADJEKTIF WARNA
Menerangkan warna sebagai unsur.
Contoh; merah, biru, hijau, ungu dan lain-lain.
Rumah Pak Ishak berwarna kuning.
KATA ADJEKTIF UKURAN
Menerangkan ukuran sebagai unsur
keterangan.
Contoh; nipis, panjang, pendek, tinggi,
rendah, kecil, besar, renek dan lain-lain.
Jambatan panjang itu belum siap didirikan.
KATA ADJEKTIF BENTUK
Menerangkan rupa bentuk sebagai unsur
keterangan.
Contoh; lonjong, bulat, bujur, leper, bengkok,
lurus, buncit, kempis, lekuk.
Bola keranjang berbentuk lonjong.
KATA ADJEKTIF WAKTU
Menerangkan konsep masa sebagai unsur
keterangan.
Contoh; awal, lewat, baharu, lama, lampau,
segera, suntuk, silam ,cepat.
Ali tergesa-gesa menyiapkan tugasannya
kerana waktu telah suntuk.
KATA ADJEKTIF JARAK
Menerangkan konsep ruang antara dua benda
atau sebagai penerang kata nama.
Contoh; jauh, dekat, hampir, nyaris.
Kampung yang dia hendak pergi itu
sungguh jauh.
KATA ADJEKTIF CARA
Menerangkan keadaan kelakuan atau ragam
sebagai penerang kata nama.
Contoh; cepat, deras, laju, lambat, perlahan,
lincah, gopoh, jelas, sering.
Dia makan dengan gopoh kerana terlalu
lapar.
KATA ADJEKTIF PERASAAN
Memberi pengertian tentang konsep perasaan
yang berfungsi sebagai penerang kata nama
dan mesti diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh; rindu, benci, sayang, segan, suka,
gembira, sedih, ragu, berahi.
Halimah amat rindu akan anak-anaknya.
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA
Perkataan yang memberi pengertian tentang
konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh
atau gabungan kelima-lima pancaindera dan
berfungsi sebagai penerang kata nama.
Contoh; sedap, manis, lazat (pancaindera rasa)
cantik, molek, hodoh (pancaindera
pandang)
bising, merdu, serak (pancaindera
bunyi)
KATA ADJEKTIF SIFATAN / KEADAAN
NAMA
Perkataan yang memberi sifatan atau keadaan
sebagai unsur keterangan.
Contoh; baik, jahat, cerdik, gopoh, lemah,
kasar, sihat, takut, berani.
Pelajar itu seorang yang baik lagi cerdik.
(Muka surat: 8)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

Halus cantik curam luas dingin

1. Tokoh politik itu mempunyai pengalaman yang


______ dalam bidang ekonomi.
2. Pemandu bas itu memperlahankan bas apabila
melalui jalan yang _______.
3. Fatimah kelihatan _____ setelah disolek oleh
jurusolek profesional.
4. Cuaca di kampung memang _______ pada waktu
pagi.
5. Hasil kerja seni Hanis yang ________ itu
mendapat pujian daripada cikgunya.
Soalan 1 – soalan 6
1. Kami dinasihati agar berhati-hati
menyeberangi jambatan kayu yang ______
itu.
A. kusam
B. reput
C. hancur
D. Pecah
(Jawapan: B)
2. Puan Rahimah berasa _______ ketika
menghadiri majlis makan beradab diraja yang
penuh adat istiadat serta dihadiri oleh orang
kenamaan.
A. ganjil
B. kekok
C. pelik
D. gerun
(Jawapan: B)
3. Pokok kelapa yang sudah ______itu menanti
masa untuk tumbang.
A. senget
B. condong
C. serong
D. bengkok

(Jawapan: B)
4. Harapan Arman untuk memasuki universiti
itu amat _______ memandangkan keputusan
peperiksaan SPMnya kurang
memberangsangkan.
A. tinggi
B. besar
C. tipis
D. nipis

(Jawapan: C)
5. Kedai makan yang terletak di tepi selekoh
_____ itu patut dipindahkan ke tempat lain
kerana lokasinya amat membahayakan.
A. tajam
B. panjang
C. padat
D. curam

(Jawapan: A)
6. Keris pusaka yang diwarisi oleh Tok Gadong
mempunyai mata yang ________.
A. dalam
B. landai
C. leper
D. tirus

(Jawapan: D)
Soalan 7 – soalan 10
7. Kentang ini dipotong kecil-kecil agar cepat
A B
empuk dan lembut apabila dimakan.
C
Tiada kesalahan.
D

(Jawapan: D)
8. Pemain bola sepak yang handal itu berjaya
A
menjaringkan gol walaupun dia dikawal kemas
B
oleh pemain pasukan lawan. Tiada kesalahan.
C D
(Jawapan: B)
9. Pak Samad enggan menceritakan peristiwa
A
ajaib yang berlaku di banglo usang itu kepada
B C
anaknya. Tiada kesalahan.
D

(Jawapan: B)
10. Pengantin lelaki itu sungguh kacak apabila
A
memakai sepersalinan songket yang ditenun

halus dan kemas buatannya. Tiada kesalahan.


B C D

(Jawapan: D)
Soalan 11 – soalan 13
11. Filem yang baru ditayangkan di pawagam itu
mendapat sambutan bagus daripada
penonton.
A. mendapat sambutan hangat
B. mendapat sambutan meriah
C. mendapat sambutan gembira
D. mendapat sambutan bagus

(Jawapan: A)
12. Hanya orang yang berfikiran kusut tidak
dapat menerima perubahan dalam hidup.

A. berfikiran mundur
B. berfikiran luas
C. berfikiran kolot
D. berfikiran kusut

(Jawapan: C)
13. Bantal itu berbau hapak kerana sudah lama
tersimpan di dalam almari.

A. Bantal itu berbau tengik


B. Bantal itu berbau hangit
c. Bantal itu berbau hancing
D. bantal itu berbau hapak

(Jawapan: D)
Soalan 14 – soalan 16
(Pilih ayat-ayat yang betul)
14. i. Lauk-pauk di Restoran Murni lazat belaka.
ii. Para pelajar sekolah itu berasa gusar
apabila terdengar bunyi siren kebakaran.
iii. Farid membantu pak ciknya mengangkat
kotak yang berat itu.
iv. Ganesanlah yang terpandai dalam
kalangan adik-beradiknya.
A. I dan II
B. I dan IV
C. I, III, dan IV
D. I, II, III, dan IV

(Jawapan: C)
15. I. Sungguh hebat sekali anak mudah itu
berpencak silat.
II. Ranila menerima berita kematian ayahnya
dengan tenang.
III. Harimau tergolong dalam kumpulan
haiwan yang bengis.
IV. Ibu membuang minyak yang sudah berbau
tengik itu.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. II, III, dan IV

(Jawapan: C : I, II dan IV)


16. I. Buah pisang muda kelat rasanya.
II. Malam tadi saya bermimpi telah dibelit
oleh seekor ular yang besar.
III. Suasana kusam menyelubungi rumah
Encik Rahman kerana anaknya terkorban
dalam nahas kapal terbang.
IV. Baju yang dijual di butik itu cantik-canti k
sekali.
A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

(Jawapan: A)

Anda mungkin juga menyukai