Trend Dan Isu Dalam Kurikulum Matematik
Trend Dan Isu Dalam Kurikulum Matematik
Guru Matematik
Perkembangan
Profesional Guru
Matematik
Wacana:
Sekumpulan ayat
memperlihatkan
satu kesatuan
buah fikiran,
fakta atau cerita.
Seminar
• Seminar merupakan satu perjumpaan untuk
berbincang atau bertukar-tukar pendapat
tentang perkara-perkara tertentu.
• Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik akan menjadi wadah dan wacana
untuk berkongsi pengalaman yang dilalui
para pendidik, pengkaji, pengamal dan
semua pihak yang terlibat dalam pendidikan
sains dan matematik.
• Seminar Pengajaran dan Pembelajaran untuk
Mata Pelajaran Sains dan Matematik disertai
oleh guru-guru cemerlang untuk saling bertukar
idea dan berinteraksi dalam usaha meningkatkan
kepentingan Sains Matematik demi kemajuan
teknologi dalam bidang Sains dan Matematik.
• Dengan ini, para guru Matematik dapat
memperkembangkan pengetahuan dengan
melibatkan diri dalam seminar-seminar tersebut
dan seterusnya telah memperkembangkan
profesional diri sebagai guru Matematik.
BENGKEL
• Bengkel merupakan mesyuarat atau
perbincangan secara berkelompok untuk
mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat
tentang sesuatu.
• Bengkel Penandaan Matematik Kertas 1 dan 2
untuk guru-guru sekolah rendah bagi
meningkatkan tahap profesionalisme guru
berkenaan supaya lebih berkualiti, bersedia dan
berdaya saing.
• Pengetahuan ini dapat diaplikasikan pada situasi
lain yang serupa seperti peperiksaan bulanan
atau ujian pra.
• Bengkel Inovasi Pedagogi dalam Penyelesaian
Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan
Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah
merupakan satu sesi perkongsian pengalaman untuk
mengaplikasikan strategi melukis gambar rajah
dalam menyelesaikan masalah matematik.
• Guru Matematik wajar menerokai pelbagai strategi
menyelesaikan masalah serta dapat
mengaplikasikannya dengan mengambil kira
perbezaan individu seperti kebolehan, minat, gaya
pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar.
PERSIDANGAN
• Persidangan LINUS Kebangsaan juga memainkan
peranan yang penting dalam memperkembangkan
pengetahuan kepada guru-guru Matematik.
• Objektif persidangan ini termasuklah berkongsi
rahsia amalan terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk literasi dan numerasi
khususnya untuk murid-murid yang masih lemah.
• Justeru, satu komuniti pembelajaran profesional
dalam kalagan FasiLINUS dan guru-guru LINUS
dapat diwujudkan supaya prestasi murid yang
menguasai literasi dan numerasi dapat dicapai.
BUKU
• Buku Isu-isu Pendidikan Sains dan Matematik Edisi
pertama 2008 tebitan Universiti Teknologi Malaysia ditulis
untuk satu perkongsian ilmu melalui dapatan dalam kajian-
kajian yang telah dan sedang dijalankan secara berterusan
berkenaan mata pelajaran Sains dan Matematik.
• Penyelidikan, penemuan dan perbincangan dalam buku ini
berkisar kepada isu-isu tahap kompetensi guru-guru Sains
dan Matematik. Buku ini dapat menjadi rujukan kepada
guru-guru, pensyarah-pensyarah dan mereka yang terlibat
dalam membuat perancangan mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam usaha untuk sama-sama menyumbang
kepada peningkatan prestasi yang dicita-citakan melalui
Falsafah Kebangsaan dan Dasar Wawasan Negara.
• Buku Pedagogi dalam pendidikan Matematik, 2001
dapat membantu guru-guru Matematik dalam
menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara,
strategi-strategi dan teknik-teknik dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran subjek
Matematik secara efektif di dalam kelas.
• Dengan ini, guru Matematik akan menggunakan
strategi yang paling berkesan seperti strategi
pemusatan murid bagi mengajar topik masa. Hal ini
dapat menambahkan pengalaman murid semasa
mempelajari topik ini di dalam kelas dengan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
JURNAL
• Jurnal merupakan terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu
perkara, profesion, atau bidang tertentu.
• Jadi, amatlah penting bagi guru-guru terutamanya guru Matematik untuk
mengemas kini dan sentiasa prihatin terhadap peristiwa yang berlaku
terutamanya mengenai subjek Matemaik.
• Jurnal Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian
Matematik bagi Murid-murid Sekolah Rendah meliputi kajian untuk meninjau
keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian
Matematik apabila guru pelatih menggunakan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
• Dapatan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk
meningkatkan pencapaian Matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan
dalam sikap murid terhadap Matematik antara kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
• Natijahnya, guru-guru Matematik seharusnya menggunakan kaedah atau
strategi yang lain dan lebih berkesan untuk mengubah sikap murid terhadap
Matematik.
• Jurnal Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru
Pelatih memberi pendapat bahawa sikap, minat dan
motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan
tahap pencapaian masing-masing. Justeru, guru dan pelajar
harus berusaha untuk memupuk sikap, minat dan motivasi
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mencapai objektif yang telah disasarkan.
• Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih yang
bersikap positif berminat dalam kerjaya perguruan serta
bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya.
Mereka juga menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa
latihan mengajar berbanding mereka yang tidak berminat
dan rendah motivasinya.
BADAN-BADAN AKADEMIK
Persatuan
guru-guru
Matematik
Persembahan Perbincangan,
poster bengkel
Program
saintifik
Kumpulan
topik kajian
Persatuan Sains Matematik Malaysia
(PERSAMA)
• Ditubuhkan pada tahun 1970 oleh sekumpulan ahli yang
terdiri daripada ahli akademik dan guru sekolah seluruh
negara.
• Misinya : meletakkan sains matematik dan ilmuannya ke
tahap yang unggul dalam pengartikulasian, pencanggihan,
penerokaan, penyatuan ilmu dan pembinaan insan.
• Berusaha untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan
daripada orang ramai yang berminat di dalam bidang
Matematik.
• Persatuan ini menjemput semua pensyarah matematik di
universiti, institut, kolej dan guru-guru sekolah, mereka
yang menggunakan sains matematik sebagai alat di dalam
perniagaan atau profesion mereka dan mereka yang
mengiktiraf khidmat besar matematik di dalam
pembinaan tamadun untuk menjadi ahli persatuan ini.
• Dengan menyertai persatuan ini, para guru Matematik
dapat mengekalkan status dan memajukan minat orang
ramai terhadap bidang Sains dan Matematik. Selain itu,
guru-guru Matematik juga dapat melaksanakan kemajuan
dalam pengajaran Sains dan Matematik. Justeru, sesi
pengajaran dan pembelajaran guru-guru Matematik
menjadi lebih menarik serta berkesan dan seterusnya telah
melahirkan generasi muda yang berminat dalam kedua-dua
bidang Sains dan Matematik.