Anda di halaman 1dari 24

 Teori Aaron Beck

 Latar belakang teori


 Prinsip dan Konsep Asas
 Proses perkembangan personaliti
 Aplikasi teori
 Komen terhadap teori
 Dipelopori oleh Aaron Beck
 Fokus utama- memahami gangguan kepercayaan
dalam diri klien seterusnya membantu mereka
menukar pemikiran yang tidak sesuai
 Menekankan kepentingan sistem kepercayaan
dan pemikiran dalam menentukan tingkah laku
dan perasaan.
 Memberi fokus kepada pengertian kepada
pengalaman hidup yang dilalui klien dari segi
bagaimana mereka memikirkan bukan
bagaimana mereka merasakannya
 Cara manusia merasa dan bertingkah laku
ditentukan oleh bagaimana mereka menganggap
dan menstruktur pengalaman mereka
 Menekankan kepentingan sistem kepercayaan
dan pemikiran dalam menentukan tingkah laku
dan perasaan
 Pemikiran sebagai penentu utama kepada
tingkah laku dan emosi, dan seterusnya
menentukan sama ada seseorang berada dalam
psikologi yang sihat atau kecelaruan mental
 Mengikut teori kognitif,orang yang sihat dari
psikologi menyedari apa yang difikirkan. Ini
bermakna mereka sentiasa menyedari
pemikiran-pemikiran yang merosakkan dan
boleh mengubahnya menjadi pemikiran yang
sihat.
 Orang yang mempunyai masalah dari segi
emosi sering melakukan kesilapan
penaakulan yang bersifat sistematik ,
seterusnya menyebabkan mereka mempunyai
konsep dan andaian yang silap tentang diri
Menganggap sesuatu Pemikiran ‘ Semua
Membuat kesimpulan
peristiwa sebagai atau tiada langsung’
berdasarkan peristiwa
peristiwa peribadi
tertentu

Membesar-besarkan
atau menganggap
kecil sesuatu isu
Konsep Membaca minda

Pelabelan dan
Salah Label

Membuat
Membesar-besarkan Ramalan negatif
generalisasi
isu
berlebihan
Pemikiran “Semua atau Tiada Langsung”
 Individu berfikir bahawa beliau mesti
mendapatkan apa yang beliau inginkan atau
jika tidak bermakna beliau seorang yang
gagal . Contohnya, pelajar yang mahu
mendapat gred A dalam semua kertas
peperiksaan akan merasakan bahawa gred
selain A bermakna seorang yang gagal.
Membuat kesimpulan berdasarkan peristiwa
tertentu
 Individu membuat kesimpulan ke atas
sesuatu isu bersandarkan satu peristiwa.
Semua maklumat lain diabaikan. Contohnya,
pelajar yang mendapat A dalam semua kertas
kecuali satu kertas,menfokuskan kegagalan
ke atas satu kertas yang beliau tidak
mendapat A. Kesannya beliau berfikir secara
negatif terhadap diri sendiri
Membaca minda
 Individu seolah-olah membaca minda orang
lain. Dengan ini, individu tersebut berfikir dia
tahu apa yang orang lain fikirkan
terhadapnya. Contohnya, seorang
mengatakan bahawa kawan baiknya
membencinya hanya kerana kawan tersebut
tidak menjawab panggilan telefonnya
sedangkan kawan tersebut mungkin tidak
menyedari panggilan telefonnya
Ramalan Negatif
 Apabila seseorang meramalkan sesuatu yang
buruk akan berlaku terhadapnya walau dia
tiada bukti bermakna dia telah membuat
ramalan negatif. Seseorang pelajar yang
meramalkan bahawa dia gagal dalam
peperiksaan walaupun selama ini dia
cemerlang.
Membesar-besarkan isu
 Bentuk pemikiran yang rosak ini terjadi
apabila seseorang mengambilkira satu
peristiwa dan membesar-besarkannya
sehingga dia menjadi bimbang dan takut.
Contohnya, seorang graduan yang akan
menghadiri temu duga beranggapan dia akan
gagal temu duga kerana dia tidak mempunyai
kelayakan dan itu bermakna dia seorang yang
tidak mungkin berjaya dalam kerjayanya.
Membuat generalisasi berlebih-lebihan
 Konsep ini lebih serupa dengan konsep kedua
iaitu membuat kesimpulan berdasarkan
peristiwa tertentu. Perbezaannya ialah
melalui konsep ini individu membuat
kesimpulan secara berlebih-lebihan.
Contohnya, seorang pelajar menyatakan
bahawa disebabkan dia gagal dalam
peperiksaan Statistik, bermakna dia adalah
pelajar yang teruk dalam semua bidang.
Perlabelan dan Salah label
 Seseorang melabelkan dirinya tetapi dengan
pelabelan yang silap hanya kerana dia
melakukan sesuatu kesalahan. Contohnya,
seorang perempuan yang baru putus
hubungan cinta merasakan bahawa dia
adalah seorang perempuan yang tidak
menarik kerana lelaki tidak berminat
kepadanya
Membesar-besarkan atau menganggap kecil
sesuatu isu
 Keadaan ini berlaku apabila seseorang
melihat sesuatu peristiwa sebagai terlalu
besar impaknya atau terlalu kecil impaknya.
Seorang kaunselor yang baru bertugas
melakukan kesilapan dalam sesi dan
menganggap dirinya sebagai kaunselor gagal
(membesar-besarkan isu) atau menganggap
kesilapan tersebut tidak penting untuk diatasi
(menganggap kecil sesuatu isu).
Menganggap sesuatu peristiwa sebagai
peristiwa peribadi
 Apabila seseorang mengambil kira sesuatu
peristiwa yang tiada kaitan dengannya
sebagai sesuatu yang berkaitan dengan
peribadinya bermakna pemikirannya telah
terganggu. Seorang kaunselor yang baru
lulus latihan menyimpulkan bahawa dua
orang kliennya tidak hadir sesi sebagai
kekurangannya dan dia menjadi punca klien
tersebut enggan datang ke sesi kaunseling.
Tahap Pemikiran

 Pemikiran automatik
 Pemikiran pertengahan
 Kepercayaan utama
 Skema
Pemikiran automatik
 Sentiasa bergerak dalam diri manusia. Menjadi
penengah antara satu kejadian dan emosi.
 Contohnya:
 Kejadian : Anak sepatutnya pulang dari asrama
berjanji akan tiba dalam pukul 6 petang tetapi
sehingga pukul 7.30 malam anak tersebut belum
muncul.
 Pemikiran automatik ibu : Sesuatu yang buruk
mesti berlaku ke atas anaknya
 Emosi : Berdebar-debar dan bimbang
Pemikiran pertengahan
 Refleksi yang agak esktrem melibatkan
peraturan atau sikap yang tidak fleksibel.
 Berdasarkan contoh tadi, pemikiran
pertengahan akan menyatakan bahawa
seorang anak sepatutnya memaklumkan
ibunya mengapa dia tidak dapat menepati
janji
Kepercayaan utama
 Idea utama seseorang terhadap dirinya yang
mengandungi semua pemikiran lain.
 Disifatkan sebagai global dan tidak fleksibel
 Berpunca daripada pengalaman kanak-kanak
 Tidak semestinya betul dan tepat dan boleh
dicabar serta dimodifikasi
 Contoh positif : Seseorang menganggap dirinya
berkebolehan
 Contoh negatif: orang lain yang tidak sama
pendirian dengan saya semua musuh saya, atau
saya memang dilahirkan sebagai manusia yang
tidak berguna
Skema kognitif
 Struktur kognitif minda seseorang
 Melibatkan pemikiran, emosi dan tindakan
 Skema mengawal dan memproses
maklumat,memandu seseorang untuk
mempunyai jangkaan tertentu terhadap
pengalaman,peristiwa dan manusia lain dan
mengadunkannya dengan maklumat yang
telah ada di dalam skema
 Skema boleh bersifat peribadi, keluarga,
sosial, budaya, berkaitan agama
 Apabila skema telah terpahat dalam diri
seseorang, individu akan mempercayai apa
sahaja maklumat yang membenarkan skemanya.
 Contoh : seorang yang mengganggap dirinya
tidak cekap, beliau akan menerima apa sahaja
perkara negatif berkenaan dirinya dan tidak
mempedulikan maklumat yang lain
 Skema boleh diubahsuai apabila manusia
mengalami perubahan hasil daripada penilaian
dan pengubahsuaian pemikiran mereka yang
rosak selama ini
 Diperkenalkan untuk merawat kemurungan,
tetapi telah berkembang untuk merawat
kemarahan.
 Masalah-masalah lain yang didapati
bersesuaian ditangani oleh terapi kognitif
termasuklah fobia,masalah pemakanan, panik
dan tekanan post trauma, bunuh diri dan
masalah personaliti dan skizofrenia
 Berkesan di Barat merawat pelbagai masalah
gangguan emosi dan mental
 Skema kognitif perlu dilakukan dengan
cermat dan berhati2 kerana klien mengambil
masa untuk mengubah skema pemikiran
mereka kerana berkemungkinan mereka
khuatir bertentangan dnegan norma budaya.
Sekian, terima kasih